Easy Paint Jln Klang Lama

Easy Paint Jln Klang Lama Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Easy Paint Jln Klang Lama, Commercial and industrial equipment supplier, 143 Batu 3 1/2 Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Pesanan untuk diri kami juga, kalau nak bertahan lama.
21/06/2025

Pesanan untuk diri kami juga, kalau nak bertahan lama.

Tak semua perkara yang cepat itu bagus. Ada yang perlukan masa untuk naik. Tapi biarlah daripada sumber yang baik-baik.

"Kalau depan rumah, 3 tona warna tu standard orang guna.Satu warna gelap — bagi depth. Apply dekat tiang, frame atau bea...
21/06/2025

"Kalau depan rumah, 3 tona warna tu standard orang guna.
Satu warna gelap — bagi depth. Apply dekat tiang, frame atau beam.
Satu medium — untuk balance.
Satu cerah — bagi seri dan naikkan mood.”

Dia angguk.

“Kalau nak nampak mewah, guna warna earth tone — olive, greige, warm taupe…
Kalau nak modern, main warna kelabu dan putih, campur sikit hitam.”

“Kalau saya nak nampak macam tadika?” dia tanya tiba-tiba.

Aku tak terkejut.

“Senang bang. Gunakan warna terang — merah jambu, oren pic, kuning lemon, biru langit.
Lepas tu letak stiker kartun dekat pagar atau buat mural.”

"Tak pun abang guna warna biru PDRM, comfirm rumah abang selamat dunia akhirat"

Dia tergelak besar.

Aku letak balik tong cat atas kaunter.
“Abang pilih, saya bantu warna."

Dia diam kej*p, kemudian senyum.

"Abang bukan apa, abang tengah fikir macam mana nak cat dekat luar rumah abang tu.... sebab"

bersambung...

- part 07

Lepas urus pasal elektrik, air & internet... Sekarang masa untuk tengok lantai kedai.Lantai Berkawah, Tapi Boleh Sumbat ...
20/06/2025

Lepas urus pasal elektrik, air & internet... Sekarang masa untuk tengok lantai kedai.

Lantai Berkawah, Tapi Boleh Sumbat Lagi. Waktu ni air dah ada.

Start dengan tampal lubang-lubang dekat lantai.
Aku beli:
2 guni simen campur pasir siap bancuh
Guna mixer, bancuh dalam tong cat
Tampal satu-satu lubang, rata sikit-sikit

Ilmu bancuh simen memang tak ada. Main rambo je.

Lepas tampal, cuci.
Tak cantik pun tak apa. Janji tak tersadung.

Nak buat Partition – hanya berbekalkan YouTube dan Bismillah

Plan, nak pasang partition untuk pisahkan stor & kaunter.

Upah orang? Modal tak banyak.
So aku pilih jalan yakin:

Belajar dari YouTube, dua tiga hari jugalah tiap malam belajar
Google lokasi beli rangka & papan partition, yang ni pun baru aku tahu. barang partition ni ada kedai khas. Kedai hardware biasa memang tak ada jual

Jenuh juga cari.
Tapi bila semua barang dah sampai…
Kita pasang perlahan-lahan. Kena ambil kira juga ukuran jarak depan dengan belakang. Belakang ni memang fokus untuk simpan barang dan buat kerja sahaja.

Tak cantik tak apa.
Janji tak roboh masa customer masuk nanti

Dekat seminggu juga nak setel dua perkara ni.

Masa partition dah siap, baru la rasa macam “okay, dah boleh cat ni.”

Aku plan beli cat Easy Paint dekat Ampang. Yelahkan, kata nak jual cat Easy Paint, guna pun tak pernah macam mana nak jual.

So aku WhatsApp nombor kedai tu.

“Saya nak beli cat – nanti saya datang collect.”

Owner dia, En Kamal, peramah juga.
Banyak borak.
Tapi aku masa tu tak cerita pun aku tengah setup nak buka Easy Paint.

Sebab plan asal aku memang nak jual barang mengecat je dulu.
Easy Paint ni sekadar ‘gula-gula’.

Aku beli dua warna:
Gun Smoke Grey dan Sky Lake

So aku pun drive ke Ampang untuk pickup.

Sambil tu...
cuci mata tengok kedai orang.
Tengok macam mana susun atur, flow kedai, sistem dorang operate. Lebih kurang sama je macam susun atur kedai yang aku buat sekarang.

bersambung...

- part 08

"semua cat ada bau bang, cuma orang tak tahu beza yang berbau tu apa." aku menerangkan dengan lebih terperinci."bau tu d...
20/06/2025

"semua cat ada bau bang, cuma orang tak tahu beza yang berbau tu apa." aku menerangkan dengan lebih terperinci.

"bau tu datang dari bahan chemical yang tajam, bila abang dah buka tingkap, pintu, bumbung dan masih boleh bau. tu namanya berbau. macam bau minyak." aku sambung lagi.

"kalau bau telur busuk tu maknanya cat tu dah terdedah dengan bakteria dan mungkin waktu penyediaan dia terkena air peluh atau air paip. tapi masih boleh guna"

Dia terdiam

“Bang,” aku angkat satu tong dan tunjuk padanya. “Kalau abang nak hasil paling tahan, cari yang kemasan Diamond.”

Dia pandang tong tu macam baru nampak masa depan.

“Kemasan Diamond ni bukan main-main bang. Berkilat dan berkilau, tahan lasak, tahan hujan, tahan hati panas. 10 kilo orang boleh nampak rumah abang”

“Berkilat sampai orang nampak muka sendiri ke?” dia tanya, mata sempit, cuba buat lawak.

Aku sengih.
“Lebih kurang bang… tapi jangan guna buat cermin pandang belakang.
Ni cat, bukan aksesori motor.”

“Kalau hujan turun, air tak lekat langsung. Macam daun keladi. Licin. Bersih.
Air terus turun. Kotoran pun tak sempat nak singgah. Dah macam waterproofing”

“Power jugak,” dia jawab, macam dah mula jatuh cinta.

“Tapi jangan lupa bang, warna pun mainkan peranan"

bersambung...

- part 06

Masa dapat kunci kedai tu, aku fikir, “Okaylah… masuk je. Renovate sikit, angkut barang, pasang rak, settle.”Tapi rupany...
19/06/2025

Masa dapat kunci kedai tu, aku fikir, “Okaylah… masuk je. Renovate sikit, angkut barang, pasang rak, settle.”

Tapi rupanya...

Cerita baru bermula.

1. Elektrik – Dah Ada Tapi Bukan Kita Punya

Elektrik ada, tapi tu bekas penyewa lama yang masih aktif.
Aku pun call ejen untuk dia uruskan penukaran akaun.

Nak dijadikan cerita, TNB tak boleh nak tutup account sebab duit untuk refund deposit tak tahu nak hala ke mana, tenant lama macam tak eager sangat nak buat pertukaran.
Ambil masa jugalah urus benda ni.

Nasib baik sekarang semua boleh buat online je.
Dalam seminggu settle, tapi kena sediakan deposit RM2800 untuk buka account TNB.

Store lama dulu tak sampai seribu pun.

2. Air – Tak Ada Langsung 💧

Yang ni… memang bercinta. nak renovate macam mana ni..

Meter tak ada.
Kena repair acuan antara meter ikut spek Air Selangor.
Submit dokumen 2 kali baru lepas.
Deposit air pun dekat RM1000.

Masa ni aku mula kira-kira…
“Dekat utiliti je, dah lebih RM4,000.”
Modal pusingan mula mengecil. 😵‍💫

3. Unifi – Nasib Baik Ada Ah Wong 🔌

Bab internet p**a, nasib baik si Ah Wong ni ejen jenis 'boleh bincang'.

“You nak pasang Unifi? Saya boleh tolong adjust.
Saya ejen Unifi ma, nanti saya dapat sikit commission, nanti saya belanja you minum”

Aku senyum je.
Commission Unifi belanja minum,
commission sewa kedai mesti dia belanja kari kepala ikan Kampung Atap.

Tapi aku okay je. Janji benda jalan.
Nak uruskan semua benda sendiri ni — satu hal.
Bila ada orang bantu, walau sikit pun… lega sangat.

Pengajaran minggu tu:

Nak buka kedai bukan sekadar sewa & kunci je.
Utility pun boleh makan modal sampai 4-5 ribu.
Kena banyak sabar & banyak call.

Tapi aku percaya…
Kalau kita buat kerja ikut flow, rezeki akan masuk ikut jalan yang tak disangka-sangka.

bersambung...

- part 07

“Ada satu lagi benda penting sebelum abang mula cat luar…”Aku bangkit dari kerusi, ambil kad warna yang dia terjatuh tad...
19/06/2025

“Ada satu lagi benda penting sebelum abang mula cat luar…”
Aku bangkit dari kerusi, ambil kad warna yang dia terjatuh tadi.

“Kalau nak cat luar, kena tengok musim juga bang.”

Dia angguk, tapi dahi berkerut.
“Musim… macam musim durian ke?”

Aku sengih.
“Ha’ah… silap timing, cat belum kering, jiran dah baling kulit durian sebab bau cat kacau bau Musang King yang dia beli.”

Aku sambung:
“Tapi yang seriusnya — musim hujan, kena hati-hati.
Bukan sekadar tengok langit. Kena tengok ramalan cuaca, arah angin, kelajuan angin, berat dan warna awan…”

Dia angkat kening.
“Berat awan pun kena tahu ke?”

Aku angguk dan diam sambil membuat muka agak serius.

“Kalau musim kemarau, boleh cat tak?” dia tanya p**a.

“Kalau musim takde air, jangan cat bang…
sebab kalau tak ada air, nanti abang susah nak cuci roller, tangan, tong-tong dan juga cuci dosa-dosa silam.”

Dia ketawa.

Aku tambah,
“Kalau nak buat kira-kira waktu terbaik, elakkan waktu musim raya jugak.”

“Raya Aidilfitri ke?” Dia tanya.

“Musim raya kalau nak cat rumah abang wajib beli walk-in, sebab kalau abang beli waktu tu guna platform online. Silap-silap lepas raya baru boleh cat rumah."

Aku sambung..

Dia gelak besar kali ni. Tapi di hati pening juga nak setting untuk mengecat ni.

"Cat ni kuat bau ke?"

bersambung...

- part 05

Petang tu, dapat call dari HQ Easy Paint.Punya la peramah orang dia, siap gelak-gelak macam dah kenal lama.Nama dia En A...
18/06/2025

Petang tu, dapat call dari HQ Easy Paint.
Punya la peramah orang dia, siap gelak-gelak macam dah kenal lama.

Nama dia En Azmin.

“Boss, saya tengok awak minat nak buka Easy Paint.
Kalau free, mai turun Penang.
Kita bawa round tengok kilang, warehouse, cara operasi…”

lenggok perbualan belah utara, jenuh juga nak faham, Aku pun jawab:

“Wah, laju boss… Baru je saya message iklan tadi
Saya tengah setup kedai lagi ni… Kena tengok masa macam mana.”

Tapi En Azmin ni memang steady.
Semua info dia bagi melalui WhatsApp — dari SOP pembukaan, MOQ, sample, sampai ke sistem.

Aku pun KIV dulu.
Sebab masa tu… dalam hati aku, Easy Paint ni macam produk sampingan je.
Macam “gula-gula” — tambah atas rak je nanti.

Lepas call pertama tu, aku mula la check maklumat Easy Paint tu betul-betul dalam whatsapp yang En Azmin hantar.

Katanya…
- Margin untung 30% - 70%
- Modal permulaan RM30,000 lebih

Baca-baca tu dalam hati aku cakap:
"Hmmm... menarik juga. Tapi deposit nak masuk kedai pun rasa sesak nak bayar, duit pun tengah semput ni."

Tapi ada satu syarat yang buat aku berhenti fikir kej*p:

“Setiap cawangan Easy Paint mesti jarak 15KM antara satu sama lain.”

Aku pun terus buat semakan:
Ada ke cawangan Easy Paint yang dah wujud kat Kuala Lumpur ni?

Jumpa satu dekat Cheras.
Terus aku call balik En Azmin, tanya direct.

“En Azmin, ni saya tengok ada satu kedai dekat Cheras. Kira macam overlap la dengan lokasi saya.”

Jawapan dia…
macam tak berapa nak kisah.

“Oh tu… cawangan tu dah pindah ke Bukit Jalil.
Owner kata sewa dekat Cheras naik double. Tak tahan…”

Aku diam kej*p.
Bukit Jalil tu pun bukan jauh sangat dari kawasan aku.

So aku tanya lagi —
“Easy Paint Ampang punya macam mana p**a?”

“Yang tu okay. Masih jauh lagi dari lokasi awak.
Kalau ikutkan, awak ni kira satu-satunya yang cover area KL sekarang.”

Fuh. Cunlah, hilang beban dekat bahu waktu tu. Dengar macam tu, hati pun ringan sikit.

Aku fikir:

“Kalau sewa naik pun, takkan la terus double. Macam tak logik p**ak Easy Paint Cheras boleh tutup.." Nasib baik aku dah ikat 5 tahun perjanjian sewa.. jadi tak payah nak pening.

So waktu tu…
Aku KIV balik dulu pasal Easy Paint.
Bukan tak minat. Tapi aku tahu aku belum ready nak keluar duit banyak.

Fokus utama masa tu:
Renovate kedai
Pindah barang dari store lama
Cari staff full time yang boleh urus kedai

Sebab tu aku pegang prinsip:
Satu benda satu masa. Laju tak semestinya selamat. Jangan tunggu ada baru buat, buat yang mampu dulu.

bersambung...

- part 06

Setelah hampir empat jam di kedai — dengan drama warna, pilihan kemasan, sembang harga, dan tunggu giliran bancuhan — ak...
18/06/2025

Setelah hampir empat jam di kedai — dengan drama warna, pilihan kemasan, sembang harga, dan tunggu giliran bancuhan — akhirnya cat pun siap.

Amir menolak troli keluar dari bahagian belakang kedai dengan dua tong besar Easy Paint. Labelnya berkilat kemas, baru sahaja dilekatkan.

“Nah, ini dia. Dah siap. Dua tong 18 liter, puas hati boleh cat satu rumah,” kata Amir sambil tersenyum, walau wajah Izzah dan Faiz jelas letih.

“Puan, sebelum bawa balik… saya cadangkan ambil gambar label ni. Ada kod warna dan nama cat sekali. Kalau nanti nak tambah order, senang rujuk. Tak payah datang pening kepala cari balik warna.”

Serentak, Izzah dan Faiz keluarkan telefon dan snap gambar dari dua sudut.

“Sebab…” Amir sambung sambil senyum kecil, “...kadang resit hilang, kadang terlupa datang bila, dan paling selalu – terlupa nama warna.”

Mereka tergelak perlahan. Letih, tapi puas.

Amir kemudian iring mereka ke kereta. Dia sendiri angkat tong cat dan letakkan ke dalam bonet. Di dalamnya dah sedia ada roller, masking tape, plastik pelapik lantai, dan beberapa barangan DIY lain.

“Siap macam nak makeover satu rumah terus ni,” Amir seloroh.

“Ha’ah. Plan asal nak cat hall je…” jawab Faiz sambil sengih lesu.

Petang beransur senja ketika mereka sampai ke rumah condo. Lif perlahan. Mereka angkat tong cat berdua-dua, dengan tangan bergilir, sambil mata dah nampak bayangan tilam dan bantal.

Sebaik tiba di dalam rumah, mereka letakkan tong cat betul-betul dekat dinding yang akan dicat. Tapi mereka tak terus mula.

Mereka tersandar di sofa.

Tangan lenguh. Perut lapar. Jiwa? Separuh reda, separuh nak undur balik ke semalam.

“Bang… esok je lah kita mula, boleh?” suara Izzah sayu, sambil kepala terlentok ke tepi sofa.

Faiz hanya angguk. Tak ada tenaga untuk jawab panjang.

Warna dah pilih. Cat dah dapat. Tapi semangat masih loading…
Yang berat kadang bukan tong cat. Tapi keputusan nak mula hari ni ke esok.

bersambung...

-part 06

“Kalau abang sapu wall sealer, lepas kering tu abang cepat-cepat naik cat warna…” aku pesan sambil tangan aku lap hujung...
18/06/2025

“Kalau abang sapu wall sealer, lepas kering tu abang cepat-cepat naik cat warna…” aku pesan sambil tangan aku lap hujung penutup tong yang berhabuk.

Lelaki tu angguk perlahan, macam faham… tapi mata dia merenung dinding display warna macam baru lepas gaduh dengan kenangan lama.

“Tapi… kalau saya tunggu sikit, boleh ke, esoknya baru saya cat? mana sempat nak cat semua dalam satu hari” dia tanya, gaya suara macam tak pasti — tapi harap aku cakap boleh.

Aku senyum.
“Boleh bang… tapi kalau tunggu lama sangat, silap-silap sealer tu move on.
Cat datang, dia dah tak sudi nak lekat.”

Dia ketawa.
“Macam hati bekas isteri la p**ak…”

Aku tak jawab. Cuma geleng perlahan sambil jeling color chart yang dia pegang tu terbalik.

“Zaman dulu takde whatsapp bang. Boleh tunggu.
Sekarang ni kalau lambat sikit… cat pun left group,” aku jawab.

Dia tergelak, tapi masih nampak macam tengah buat kira-kira hidup.

“Kalau saya sapu sealer ni kat hidup saya, boleh ke ikat keputusan yang saya tak berani buat?” Dia tanya, separuh serius.

Aku toleh.
“Boleh bang…
Tapi pastikan hati tu dah bersih dari habuk-habuk ragu.
Kalau tidak, sealer tu pun susah nak lekat.”

Dia diam.
Merenung kad warna dalam tangan dia — antara Biru Laut Dalam dengan Kuning Cahaya Pagi.

bersambung...

- part 04

Lepas semua dokumen settle, Ah Wong pun ajak jumpa untuk sign agreement.Malam tu kami jumpa dekat kedai makan, tak jauh ...
17/06/2025

Lepas semua dokumen settle, Ah Wong pun ajak jumpa untuk sign agreement.
Malam tu kami jumpa dekat kedai makan, tak jauh dari store lama aku.

Biasa la, urusan macam ni confirm malam-malam —
Waktu siang semua kerjakan.

Masa tengah minum kopi tu, Ah Wong mula cerita pasal owner kedai.

“Ini kedai lama. Dia buat family bisnes tapi tak ada orang buat sangat dekat malaysia.
Sekarang ni anak dia ambil alih, tapi anak dia lawyer.
Tu yang banyak sikit prosedur, cerewet sikit… Tapi dia ok. Janji ikut dokumen.”

Aku angguk je. bisnes apa lah agaknya.
Aku pun faham. Bila family business turun kat generasi kedua ni, memang lebih teliti.
Bagus jugak — sebab semua benda terbukti atas kertas.

Malam tu juga, aku terus buat pembayaran deposit —
selepas nego 2 bulan deposit, 1 bulan sewa + setengah bulan utiliti, macam janji.

Lepas duit clear, Ah Wong pun hulur kunci.

“Owner bagi satu bulan free rent, awak boleh renovate, move in barang dulu.
Agreement start 1 November.”

Alhamdulillah, waktu tu dah hujung September, jadi aku ada masa sebulan lebih sikit untuk setup semua benda.
Dalam kepala dah ligat plan susun rak, wiring, signage…

Pagi esok tu, sambil scroll Facebook,
aku ternampak satu iklan.

Iklan tu cerita pasal Easy Paint.
Dan yang peliknya, caption iklan tu macam tahu-tahu je:

"Sedang cari lokasi baru untuk pembukaan cawangan Easy Paint?"

Terkedu j*p.
Aku tak pernah search pun pasal Easy Paint.

Kalau ikut plan asal, aku tengah survey brand lain —
Smart Paint sebenarnya yang aku aim.

Mungkin Facebook atau Google ni detect aku tengah cari-cari brand cat.
Algoritma kerja kuat sangat. 😂

Aku pun reply iklan tu — just tanya-tanya je.

bersambung...

- part 05

iklan : Jika ada rasa nak buka cawangan Easy Paint dan rasa jauh nak pergi Penang tu, tekan butang whatsapp. nanti aku guide, kita jadi rakan niaga bukan pesaing.

Izzah menyeluk dompet dari beg sandangnya, seraya menyerahkan kad bank kepada Amir."Emerald finish, dua tong 18 liter ya...
17/06/2025

Izzah menyeluk dompet dari beg sandangnya, seraya menyerahkan kad bank kepada Amir.

"Emerald finish, dua tong 18 liter ya, puan?"
Izzah angguk perlahan. "Ya, betul tu."

"Baik, saya proses bayaran dulu." Amir menekan butang terminal pembayaran, cekap dan tenang seperti biasa.

Selesai transaksi, Izzah dan Faiz kembali duduk di sofa. Sepasang suami isteri serta anak kecil tadi yang menunggu, mengambil alih kaunter p**a.

“Bang, yang order hari tu, ini baki bayaran,” kata si suami.

Amir tersenyum. “Baik encik. terima kasih.”

Tak sampai seminit, mereka selesai bayar.

Izzah sempat menjeling dan berbisik perlahan kepada Faiz, “Mudahnya orang tu buat pesanan. Kita dua jam tadi macam nak buat pelan rumah baru.”

Faiz tergelak perlahan, “Lain orang, lain cara. Kita special sikit, banyak lapisan perbincangan.”

Mereka sama-sama senyum, sambil mata ikut melihat Amir ke belakang menghantar pesanan mereka, bersama-sama pesanan keluarga tadi.

Tak lama kemudian, keluarga yang baru masuk tadi menerima pesanan mereka dahulu — dua tong cat lengkap dengan kod dan nama warna.

Mereka ucap terima kasih dan keluar kedai dengan langkah ringan.

Izzah kerut dahi, “Eh, kenapa dia siap dulu? Bukan kita dulu ke?”

Amir kembali dari belakang, menyusun semula borang dan katalog. “Mereka tu sebenarnya dah buat order dua hari lepas puan. Guna WhatsApp saja. Hari ni cuma datang buat bayaran penuh.”

Izzah angguk, tapi wajahnya macam belum puas hati.

“Maknanya… kalau order awal, kita boleh terus ambil je?” dia bertanya, mata sudah separuh nak menyalahkan sistem.

Amir senyum. “Ya puan. Kalau dah confirm kod warna dan kuantiti, kami boleh siapkan lebih awal. Datang terus collect saja.”

Faiz sengih. “Tapi kita tadi bincang kod warna pun dekat sejam dua.”

Amir mengangguk sambil berseloroh, “Sebab tu pengalaman puan lebih mahal dari cat itu sendiri.”

Izzah gelak kecil… tapi masih dengan muka tak puas hati manja.

“Lain kali kita WhatsApp je lah bang…”
“Lain kali kita bincang warna dulu kat rumah,” Faiz balas, mata kelip satu.

bersambung...

-part 05

Address

143 Batu 3 1/2 Jalan Klang Lama
Kuala Lumpur
58100

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 19:00

Telephone

+60102509210

Website

http://www.shopee.com.my/aiefoster

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Easy Paint Jln Klang Lama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Easy Paint Jln Klang Lama:

Share