NAS Aircond adalah jenama perniagaan yang didaftarkan di Akta Pendaftaran Syarikat Malaysia dibawah Nurmuhammad Services dengan No. Pendaftaran PG0337108-P. Akaun rasmi syarikat untuk sebarang pembayaran adalah melalui Bank Islam Cawangan Kepala Batas, Pulau Pinang. Terma & Syarat Tempahan Slot Perkhidmatan.
1) Setiap tempahan perlu membuat bayaran penuh 100% seperti harga yang di persetujui s
emasa perbincangan di aplikasi Whatsapp atau perbincangan melalui panggilan telefon.
2) Pengesahan tempahan hanya selepas pelangan menghantar bukti pembayaran tempahan yang boleh dihantar melalui aplikasi Whatsapp atau Email.
3) Semua kerja-kerja yang akan dilakukan oleh NAS Aircond akan mendapat Jaminan Perkhidmatan yang akan meliputi masalah kebocoran gas dan isu air menitik. Tempoh Jaminan bergantung kepada pakej yang diambil Pembatalan Tempahan Perkhidmatan setelah pembayaran di buat.
1) Setelah pembayaran dibuat, pihak pelangan boleh membuat pembatalan sebelum hari perkhidmatan dijalankan. Bagaimana pun pembatalan yang berlaku, pihak pelanggan hanya akan menerima 50% dari nilai tempahan dengan syarat melampirkan Surat Pembatalan Tempahan Perkhidmatan beserta sebab pembatalan. Pihak syarikat akan membuat pemulangan sebanyak 50% dari nilai tempahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat pembatalan tempahan.
2) Sekiranya pihak syarikat gagal memberi perkhidmatan dalam keadaan tidak melibatkan masalah Darurat, Kejadian Alam atau sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, pembayaran penuh 100% akan dibuat dalam tempoh 30hari dari tarikh pembatalan yang dimaklumkan pihak syarikat. Dengan paparan maklumat ini, pihak syarikat yakin dengan ini pihak pelanggan telah memahami dengan terma dan syarat yang ditetapkan untuk memudahkan serta melancarkan tempahan. Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan boleh menghubungi Hotline di 011-1970 0293.