Laman Roda

Laman Roda Engine / Kejuruteraan Mekanikal

Permanently closed.
14/04/2026

Modenas lancar skuter elektrik MEV-1 & MEV-2

14/04/2026

Zontes 368G V2

13/04/2026

Nova Aveta 200

💠 Financial Times: Volkswagen beralih daripada pengeluar kereta kepada pengeluar senjataPerundingan sedang berlangsung a...
27/03/2026

💠 Financial Times: Volkswagen beralih daripada pengeluar kereta kepada pengeluar senjata

Perundingan sedang berlangsung antara Israel dan Jerman untuk mengubah syarikat pengeluaran kereta Jerman itu menjadi pengeluar beberapa bahagian “Iron Dome” Israel.

30% daripada import senjata entiti Zionis berasal dari Jerman.

22/02/2026

“Tak semua senyuman itu bahagia… ada yang sekadar menutup luka.”

Kredit video to fittech corner

Isuzu D-Max EV 2026 merupakan trak pikap elektrik (BEV) pertama daripada Isuzu yang mengekalkan keupayaan lasak model di...
22/02/2026

Isuzu D-Max EV 2026

merupakan trak pikap elektrik (BEV) pertama daripada Isuzu yang mengekalkan keupayaan lasak model dieselnya dengan sistem pacuan 4WD sepenuh masa.

Model ini dijadualkan mula dijual di pasaran United Kingdom pada Februari 2026, manakala pelancaran di Malaysia masih bergantung kepada keperluan pasaran tempatan.

Spesifikasi Utama Prestasi
Menurut maklumat daripada Isuzu UK, D-Max EV dibina di atas casis ladder-frame yang diperkukuh dan menggunakan sistem suspensi belakang De Dion untuk pengendalian yang lebih baik.

Motor Elektrik:
Sistem dwi-motor yang menghasilkan kuasa keseluruhan 140 kW (188 hp) dan tork 325 Nm.
Pecutan & Kelajuan: 0–100 km/j dalam masa 10.1 saat dengan kelajuan maksimum melebihi 130 km/j.

Keupayaan Menunda & Beban:
Mengekalkan kapasiti menunda 3,500 kg dan beban muatan melebihi 1,000 kg, setanding dengan model diesel.

Bateri dan Pengecasan

Sistem bateri diletakkan di bahagian tengah casis untuk mengekalkan pusat graviti yang rendah.
Kapasiti Bateri: Lithium-ion 66.9 kWh.

Jarak Gerak (Range):
Jarak gerak rasmi (WLTP) adalah 263 km.

Masa Pengecasan:
DC (50 kW): 20% hingga 80% dalam masa kira-kira 1 jam.

AC (11 kW):
0% hingga 100% mengambil masa sekitar 10 jam.

Ciri-Ciri Luaran dan Dalaman

Walaupun reka bentuk luaran menyerupai D-Max standard, terdapat beberapa perbezaan kosmetik untuk menandakan identiti EV.

Reka Bentuk:
Gril hadapan yang lebih tertutup dengan aksen biru pada lampu hadapan dan lencana "EV" pada pintu but belakang.

Teknologi Dalaman:
Dilengkapi dengan skrin sentuh infotainment 9 inci (bergantung kepada varian), sokongan tanpa wayar untuk Apple CarPlay dan Android Auto, serta paparan maklumat pemandu 7 inci.

Keupayaan Off-Road:
Mempunyai jarak kelegaan tanah 210 mm dan kedalaman meredah air sehingga 600 mm.
Sebagai rujukan harga, di UK, Isuzu D-Max EV mula dijual pada harga sekitar £59,995 (lebih kurang RM340,000) sebelum cukai, yang jauh lebih tinggi berbanding varian diesel standard.

Sumber gambar Carofmalaysia.com

Honda Civic Type R FK2 2015Anda rasa VTEC dah cukup hebat? Bagaimana p**a dengan model Civic Type R yang mempunyai enjin...
20/02/2026

Honda Civic Type R FK2 2015

Anda rasa VTEC dah cukup hebat? Bagaimana p**a dengan model Civic Type R yang mempunyai enjin VTEC siap dengan turbo terus dari kilang? Honda Civic Type R FK2 keluaran 2015 merupakan model Type R pertama yang telah dipasangkan dengan kuasa turbo untuk memberi kuasa yang lebih luar biasa!

Model FK2 ini telah disiapsediakan dengan enjin 2.0 liter jenis empat silinder bersama turbo yang mampu menjana lebih kurang 306hp pada 6,500rpm dan 400Nm tork maksimum dari 4,500rpm. Secara keseluruhan, Civic Type R ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam 5.7 saat sahaja. Kelajuan maksimum? 270km/j!

Dari segi reka bentuk, ia seumpama kereta lumba yang telah dipasangkan beberapa aspek hanya untuk memastikan ia boleh dibawa di jalan raya secara sah. Dari segi rekod di litar Nurburgring, ia mencatat masa hanya 7 minit 50 saat. Sangat pantas.

Sumber dari .my

Nissan Skyline GT-R KPGC10 (209kmj)Ini adalah permulaan dinasti dan seperti penggantinya, model ini cukup menawan. Penam...
20/02/2026

Nissan Skyline GT-R KPGC10 (209kmj)

Ini adalah permulaan dinasti dan seperti penggantinya, model ini cukup menawan. Penampilan ikonik Nissan Skyline GT-R yang berkotak itu dikuasakan oleh enjin 2.0L sebaris enam silinder yang menghasilkan kuasa 160hp.

Kereta itu pertama kali didedahkan pada 1969 dan dikeluarkan hingga 1972.

Model itu merupakan salah satu kereta paling rare pernah dihasilkan oleh Nissan kerana hanya 1,945 unit dihasilkan.

Skyline adalah jentera buas yang berkuasa dan ringan yang menawarkan pemanduan impresif. Nama panggilan kereta itu adalah ‘Hakosuka’ yang bermaksud Skyline berbentuk kotak.

Sumber dari

Datsun 510Dijual di luar Jepun dengan nama 1600. Kereta ini dihasilkan dari tahun 1968 hingga 1973 dengan rupa paras yan...
20/02/2026

Datsun 510

Dijual di luar Jepun dengan nama 1600. Kereta ini dihasilkan dari tahun 1968 hingga 1973 dengan rupa paras yang elegan.

Versi Datsun paling berkuasa dijana oleh enjin empat silinder sebaris 1.8L yang menghasilkan kuasa 96hp. Kereta ini selama bertahun-tahun menjadi ikon kerana penampilannya yang unik.

Pembuat kereta Jepun itu mendapat inspirasi dari BMW dan Neue Klasse 1600 ketika mencipta 510.

Jenama Jepun memahami bahawa untuk mencapai kejayaan, ia harus membina sebuah kereta dengan pengendalian hebat yang juga sangat berpatutan untuk orang ramai.

Sumber dari

20/02/2026

"Ada motor yang dibina untuk jalan raya, ada yang dibina untuk sejarah.

Kawasaki H2R bukan sekadar mesin, dia adalah 'monster' yang lahir dari teknologi angkasa.

Sekali p**as, hilang segala masalah dunia. Respect the power!

Kredit video to Amina520

19/02/2026

Bunyi yang paling merdu di telinga... 🎼

​Bayangkan malam-malam dengar bunyi enjin K20C1 meraung kat atas dyno. Meter makin naik, 220... 260... sampailah 300km/j!

Mata terpaku tengok RPM mencanak lepas 7,000.

​FL5 Type R bukan sekadar rupa, tapi jiwa kelajuan tu memang ada dalam DNA dia. Owner bukan setakat belanja rupa, tapi belanja performance sekali.

​Tag kawan korang yang pakai Honda tapi bawak 60km/j kat lorong kanan. Kasi dia tengok ni kejap! 😂

Kredit video to

Address

Taman Tanjung Utara
Tanjung Rambutan
31250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Roda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share