07/08/2019
Cara Pengiraan Harga Kabinet Dapur Aluminium
Sila Sediakan Pita Pengukur,Pen, Kertas dan Kalkulator dan sama waktu dengannya serta bacalah karangan ini di dapur rumah anda dengan menarik nafas sedalam-dalamnya.
(Kita bukan dalam dewan peperiksaan)
Berdasarkan pengalaman kami yang tidak seberapa ini,maka eloklah sekiranya pihak kami berkongsi berkenaan pengiraan harga untuk kabinet dapur berasaskan aluminium.
Pengiraan untuk sebarang kerja pembuatan kabinet diukur dengan kiraan panjang sekaki (feet long) dan didarab dengan kadar harga.
Kabinet ini terbahagi kepada Bottom dan Top
1.Bottom
Anda boleh memilih untuk membina kabinet bawah anda dengan (base) dibina dengan meja konkrit yang mana permukaan meja dipasang mozek 2x2,granite,quartz,marble mahupun mieco (seperti kayu) dll.
Cara ini mungkin sedikit sebanyak akan menjimatkan saku anda kerana hanya PINTU meja konkrit (table top) tersebut sahaja perlu dipasang.
Harga untuk pembinaan meja konkrit juga dikira dengan sekaki panjang (feet long).Harga untuk table top biasanya berbeza mengikut kawasan.Harga untuk sekaki panjang bermula RM 150 hingga RM300 mengikut jenis pemilihan bahan permukaan table top.Lebar table top biasanya adalah 23" - 24".
Kos untuk pintu ini biasanya lebih murah dan ianya lebih kurang dalam lingkungan RM100 hingga RM150 bergantung kepada material panel pintu.
Contohnya : panjang (table top) yang ingin dibina adalah 10 kaki
10 ft x RM150 = RM 1500
Keseluruhan harga pintu untuk table top adalah RM 1500
* Panel Pintu (saiz pintu biasanya 14'' hingga 22'')
1. Kaca yang dipasang wallpaper.(kami tidak sangat mengalakkan kerana berat kaca dan kelemahan kaca yang mudah pecah.
2.Acrylic- Bahan ini kelihatan seperti kaca,berkilat dan bersinar tetapi tidak mudah pecah dan lebih ringan.(kami sangat menggalakkan anda memilihnya).Kekurangannya adalah kurangnya warna dalam pasaran.
3.Aluminium Komposit- bahan ini adalah asas dan mempunyai pelbagai variasi warna.tidak terlalu berkilat.
4.Melamine/fomika- Bahan ini biasanya sinonim dengan pembuatan dapur berasaskan kayu.(chipboard,mieco,plywood
2. kabinet bawah sepenuhnya aluminium.
Terdapat juga pelanggan kami yang inginkan dapur mereka direkabentuk sepenuhnya dengan aluminium.Ini kerana mereka mahu mengurangkan kerja-kerja ubahsuai di dalam rumah mereka.Oleh itu,mereka memilih menggunakan table top (base fully aluminium).
Permukaan meja biasanya para pelanggan memilih mieco,quartz mahupun granite.
Harganya berbeza mengikut jenis kompenen yang digunakan.
Kadar harga untuk (base fully aluminium) beserta kompenen permukaan meja dalam lingkungan RM350-RM650 sekaki panjang.Lebarnya adalah standard 23'' - 24''
Contohnya kabinet bawah yang ingin dibina adalah 10 kaki.
10 ft x RM650 =RM6500 termasuk item percuma
- tap
- sink single/double
3. Kabinet Atas (top cabinet)
Kabinet atas biasanya berukuran lebar 12" hingga 16".Kadar harganya biasanya dalam lingkungan RM250 hingga RM300 sekaki panjang.
Contohnya panjang kabinet atas adalah 10 kaki.
10 ft x RM 300 = RM 3000
Pesanan Penaja
*Pihak kami tidak menyediakan stove dan hood percuma.Beli murah salah beli mahal lagi bermasalah.Lagi baik anda beli sendiri mengikut citarasa anda.
๐๐๐๐๐๐
** Pihak kami hanya menyediakan dish rack,tap dan sinki percuma sahaja
Gambar Bukan Hiasan Semata-Mata Kerana Ianya Ada Sejarah penciptaan terdahulu.
๐ทโโ๏ธ๐ทโโ๏ธ๐ทโโ๏ธ๐ทโโ๏ธ๐ทโโ๏ธ๐ทโโ๏ธ๐ทโโ๏ธ
Nak tanya lebih lanjut?
Whatshapp jea bossku,malu apa bossku , Tekan 019-7641516
&Renovation