30/01/2026
Ramai pemilik Leasehold hidup dalam ketakutan.
"Kalau pajakan tamat, kerajaan ambil balik rumah aku ke?"
Secara teknikal, ya tanah itu milik kerajaan. Tapi realitinya, kerajaan negeri lebih s**a kau sambung bayar premium (renew) daripada halau rakyat sendiri.
Persoalan utama bukan "Boleh ke renew?", tapi "Bila kena renew?" dan "Mampu ke bayar?".
Jom tengok data dan formula sebenar:
1. BILA Masa Terbaik Untuk Renew? (The Golden Window) β°
Jangan tunggu sampai baki tinggal 10 tahun baru tergadah.
Masa paling kritikal adalah apabila baki pajakan menyentuh angka 60 TAHUN ke bawah.
Kenapa?
Isu Bank (Financing): Kebanyakan bank takkan luluskan loan penuh kepada pembeli (next buyer) kalau baki pajakan kurang dari 30-40 tahun.
Nilai Jatuh: Bila bank tak bagi loan, pembeli kena beli cash. Bila target market cuma cash buyer, harga rumah kau akan jatuh merudum.
Strategi: Renew masa baki masih ada 50+ tahun untuk pastikan nilai hartanah kekal tinggi dan senang dijual (marketable).
2. BERAPA KOS Sebenar? (The Premium Calculation) πΈ
Kos renew ni bukan macam renew lesen memandu RM30. Ia dikira berdasarkan Nilai Pasaran Tanah (Bukan nilai bangunan rumah, tapi nilai tanah tapak tu).
Setiap negeri ada formula beza. Ini contoh untuk Selangor (Berdasarkan Aturan Tanah Selangor):
Opsyen A: Bayar Penuh (Untuk Tujuan Jual/Investment)
β½οΈ Formula: 1/4 x 1/100 x (Tempoh Pelanjutan) x (Nilai Pasaran Tanah)
β½οΈ Kalau renew 99 tahu, Premium = 25% daripada Nilai Tanah.
β½οΈ Contoh: Kau ada banglo di Bangi. Nilai Tanah (Land Value) dinilai RM400,000.
β½οΈ Kos Renew: RM400,000 Γ 25% = RM100,000! π± (Ya, memang mahal).
Opsyen B: Skim RM1,000 (Diskaun Khas Selangor)
β½οΈ Kerajaan Selangor prihatin. Kau boleh renew geran kembali ke 99 tahun dengan bayaran RM1,000 SAHAJA.
β½οΈ TAPI ADA SYARAT (The Catch): Geran kau akan diletakkan sekatan "Kaveat Pendaftar". Kau TAK BOLEH JUAL rumah tu kepada orang lain.
β½οΈ Kalau nak jual juga masa depan? Kau kena bayar balik baki premium penuh tadi (yang RM100k tu) baru sekatan dibuka.
3. Proses Dia Rumit Tak? π
β½οΈ Hantar permohonan ke Pejabat Tanah (Borang 12A).
β½οΈ Penilaian JPPH (Jabatan Penilaian) akan turun padang untuk nilai harga tanah semasa.
β½οΈ Dapat Notis 5A (Surat minta bayar). Kalau tak bayar dalam tempoh ditetapkan, permohonan batal.
Kesimpulannya:
Renew Leasehold memakan modal yang sangat besar (puluhan ribu ringgit) jika kau berniat untuk menjual rumah tu (Investment/Flip).
Kalau kau berniat untuk duduk sendiri sampai tua dan wariskan pada anak (tanpa niat menjual), ambillah Opsyen RM1,000 (di Selangor SAHAJA). Nyawa geran panjang, poket selamat.
Jadi, sebelum beli rumah subsale Leasehold yang baki tahun dia dah nyawa-nyawa ikan, check dulu poket. Sanggup tak bayar premium ni nanti?