MPB Smoker Malaysia

MPB Smoker Malaysia SPECIALIZE IN CUSTOMIZE IN BBQ PIT & HEAVY DUTY SMOKER. BBQ�SMOKER�GRILL�

01/08/2026

Mekanik F1 banyak bermula dari sini 😋

Ready unit MPB60 1 unit, SOLDD!!! Terima kasihh. Kepada yang berminat , nak custom BBQ pit level orang putih. Terus DM s...
20/07/2026

Ready unit MPB60 1 unit, SOLDD!!!
Terima kasihh.
Kepada yang berminat , nak custom BBQ pit level orang putih. Terus DM sekarang.

19/07/2026

Kat mana nak dapatkan bbq pit yang macam orang america guna?

Tak payah cari jauh2. Kat Malaysia pun ada jugak. Sama sahaja function. Ada ready stock 1unit.

PM for details.

Ready to level up your business?We create majestic custom BBQ pits that combine performance, quality, and unforgettable ...
19/07/2026

Ready to level up your business?
We create majestic custom BBQ pits that combine performance, quality, and unforgettable presence. 🔥

08/07/2026

Kadang-kadang orang hanya nampak hasilnya. Mereka tak nampak berapa kali kami gagal. Tak nampak berapa malam yang kami berjaga. Tak nampak berapa banyak modal, masa dan tenaga yang kami korbankan demi memastikan setiap MPB SMOKER yang keluar dari bengkel benar-benar berkualiti.

Membina sebuah jenama bukan kerja sehari dua. Ia perlukan kesabaran, keberanian dan kepercayaan yang tinggi. Kami masih belajar. Kami masih mencari rentak. Kami masih memperbaiki setiap kelemahan. Tetapi satu perkara yang tidak pernah berubah adalah komitmen kami untuk menghasilkan produk yang terbaik.

Di luar sana mungkin ada yang lebih besar, lebih lama bertapak dan lebih dikenali. Kami hormati mereka kerana kami tahu betapa sukarnya perjalanan membina sebuah jenama.

Sebab itu kami juga berharap orang ramai dapat menghormati usaha kami. Jangan hanya nilai dari luaran atau harga semata-mata. Di sebalik setiap smoker yang kami hasilkan, ada pengalaman, ada pengorbanan dan ada impian yang sedang dibina.

Kami bukan syarikat besar. Kami hanyalah anak Malaysia yang berani bermimpi. Bermimpi untuk melihat MPB SMOKER berdiri sama tinggi dengan jenama-jenama antarabangsa. Mungkin perjalanan ini lambat, tetapi kami percaya setiap langkah kecil yang dibuat dengan jujur akan membawa kami lebih jauh.

Bagi yang sentiasa menyokong, membeli, berkongsi dan mendoakan kami, terima kasih. Anda bukan sekadar pelanggan, tetapi sebahagian daripada perjalanan ini.

Teruslah menyokong produk tempatan. Kerana setiap kali anda memilih jenama Malaysia, anda sebenarnya sedang membantu impian anak tempatan menjadi kenyataan.

Insya-Allah, suatu hari nanti, apabila nama MPB SMOKER dikenali di luar negara, kami mahu seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa jenama ini lahir daripada tangan anak Malaysia yang tidak pernah berhenti berusaha.

MPB SMOKER — Dibina dengan usaha. Diperkukuh dengan kualiti. Didorong oleh impian. 🇲🇾❤️

25/06/2026

Custom BBQ pit. Made in Malaysia 🇲🇾

The Game of ImpossiblePaling besar dan susah buat, 1000 Gallon ke? Jawapan aku, TAk!!!Yang paling mencabar dan gilaa, bu...
21/05/2026

The Game of Impossible
Paling besar dan susah buat, 1000 Gallon ke?

Jawapan aku, TAk!!!

Yang paling mencabar dan gilaa, bukan buat bbq pit offset 1000 gallon. Paling mencabar, buat vertical offset 1000 gallon. Sebab apa mencabar, mai aku cerita sikit.

Bayangkan dengan workshop yang kecik, nak masuk lori trailer dalam tu. macam2 teknik aku terpaksa pikir kan untuk pastikan progress tak sangkut. Selain tu, barnag ni adalah fully insulated double wall smoker.

Bermaksud, ada 2 lapis plate dalam 1 smoker ni. Ibarat dinding rumah, bahagian luar kayu, bahagian dalam konkrit. Method yang aku buat adalah by section semi finish goods. Tak boleh fabricate sekali semua. Sebab masalah workspace yang limited. Siap 1 section, parking tepi dulu, sampai lah siap semua section, baru fully assembled. Proses macam panjang, tapi dari segi safety dan workspace lebih selesa. Tak daklah sampai jalan nak kena macam ketam.

Berat tak???

Memang berat gila!! Internal plate tebal 6mm, external plate 4mm. Total panjang barang ni 16kaki. Bayangkan berat dia macam mana. 1 pintu sahaja berat dekat 100kg.Time ni cuma ada 1 biji gantry crane yang kami buat sendiri. Nak invest beli forklift masih belum mampu.

Memang orang cakap, gilaa apa buat barang macam ni. Betul, memang gilaaa. Dan rasa macam tak berbaloi. Tapi pengalaman nak dapat buat barang macam ni mugkin seumur hidup boleh dapat sekali sahaja. Aku nak buktikan yang aku boleh buat benda yang paling impossible.

Insyallah mugkin akan ada lagi yang macam ni. Kalau ada, pengalaman dulu jadikan sebagai pengajaran. Terima kasih sapa yang baca sampai habis. Tekan like sebagai bukti dah baca habis 🤭.

18/05/2026

Craftsman life 🔥

04/05/2026

Video ni khas untuk yang serius dalam dunia F&B. Tolong share kepada owner-owner F&B. Tengok sampai habis. Kalau ada pandangan atau idea. Komen ja dekat bawah. Open for discussion 😁

26/04/2026

Terima kasih Tailong 🔥

Address

LOT 3123-C Jalan RABINGAN KAMPUNG JALAN KEBUN, Seksyen 30
Shah Alam
40460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPB Smoker Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MPB Smoker Malaysia:

Shortcuts

Share