29/04/2026
Majulah sukan permotoran untuk negara!!!
Breaking News! TW Racing Sertai MotoMini & SIC Oh Vale, Fokus Pembangunan Bakat Muda
TW Racing Team kini secara rasmi mengembangkan langkah apabila menyertai saingan MotoMini Malaysia dan SIC Oh Vale Junior Championship bagi musim ini, sekali gus memperkukuh peranan pasukan dalam pembangunan akar umbi sukan permotoran negara.
Pasukan tampil dengan sokongan penaja utama TuneBoss dan IGOL Lubricants, diiringi Che Sayang Kitchen, FTGarage, Bottol Garage serta Two Wheels Media sebagai Rakan Media Rasmi sepanjang musim.
Bagi cabaran musim ini, TW Racing mempertaruhkan Ariff Rayyan dan Rayyan Thaqif dalam kategori 160cc, manakala Rayyan Mikael serta Abdurrahman Izzuwandi akan membawa cabaran dalam kelas 110cc.
Lebih daripada sekadar keputusan di litar, pasukan memberi penekanan terhadap pembangunan menyeluruh pelumba merangkumi kecergasan fizikal, pemulihan, serta kesiapsiagaan mental. Dalam masa sama, elemen profesional turut diterapkan termasuk kemahiran berinteraksi dengan media, komunikasi di hadapan kamera dan pembinaan keyakinan diri sebagai pelumba masa depan.
Konsep pasukan juga dirangka bagi memberi nilai tambah kepada penaja melalui pendedahan berterusan, termasuk liputan media dan peluang airtime yang mampu memperkukuh jenama rakan kerjasama di dalam dan luar litar.
Dengan penyertaan ini, TW Racing Team kini bersaing secara aktif dalam dua platform utama iaitu Malaysian Cub Prix kategori Pro-Am serta MotoMini Malaysia / SIC Oh Vale Junior Championship di bawah kelolaan ZK Racing, sekali gus mengukuhkan laluan pembangunan pelumba muda ke peringkat lebih tinggi.
Terus Menyokong TW Racing..!