JV AUTO LUBE HQ

JV AUTO LUBE HQ Peneraju dunia automotif, JV Auto Lube membekalkan solusi pelinciran dan rawatan enjin serta transmisi berteknologi tinggi.

Kami komited membantu pemilik kenderaan memanjangkan jangka hayat komponen dan mengurangkan kos baik pulih. Engine Treatment & Gearbox Treatment dari JV Auto Lube berfungsi untuk tingkatkan prestasi, merawat masalah dan mencegah kerosakan. Dengan menggunakan Teknologi BIO OIL, kesan boleh dirasa seawal hari PERTAMA... juga untuk penjimatan bahan api hingga 24%. Tiada Risiko dan Tiada Kesan Samping

an. InsyaAllah

Engine Treatment - merawat masalah:
- engine semput & kurang pickup
- makan minyak hitam
- keluar asap putih
- kuat guna petrol / diesel
- terasa berat mendaki bukit
- engine gegar dan bunyi bising

Gearbox Treatment - merawat masalah:
- pertukaran gear tidak lancar
- engine meraung ketika pertukaran gear
- gear D atau R bermasalah pada waktu pagi
- gear D atau R lambat berfungsi
- bunyi berdengung dari gearbox
- susah masuk gear utk manual

Kandungan: 100ml sebotol
Harga: RM65 sebotol

=================

Lebih 100 TESTIMONI dari mereka yang telah mencuba produk JV Auto lube. Sila KLIK link ini untuk ke Album Testimoni di page kami:

>>> https://m.facebook.com/jvautolube/photos/?tab=album&album_id=1459644820996427

=================

BERMINAT untuk dapatkan JV Auto lube Engine Treatment & Gearbox Treatment?

>>> PM kami di fb atau whatsapp 013-3010341

=================

Atau hubungi PENGEDAR kami di kawasan anda. Sila KLIK link di bawah untuk ke post senarai pengedar kami:

>>> https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1482967701997472&id=1456339034660339

Kursus Lanjutan Gearbox DCT/DSG & DCT Hibrid di Akademi JV, Shah Alam 🔧Program yang berlangsung sepanjang 4 hingga 7 Mei...
08/05/2026

Kursus Lanjutan Gearbox DCT/DSG & DCT Hibrid di Akademi JV, Shah Alam 🔧

Program yang berlangsung sepanjang 4 hingga 7 Mei 2026 ini diteruskan dengan sesi perkongsian bersama Pengarah Urusan JV Auto L**e, yang berkongsi pengalaman serta pandangan berkaitan pembangunan kemahiran dalam industri automotif.

Majlis turut disusuli dengan sesi penyerahan sijil kepada para peserta dan diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan sepanjang program berlangsung

Kursus ini secara rasminya berakhir pada 07 Mei 2026, selepas empat hari sesi pembelajaran teori dan praktikal dijalankan di Akademi JV, Shah Alam.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam bidang pekerjaan dan operasi bengkel masing-masing.

Semoga semua peserta terus maju, berjaya dan lebih yakin dalam menghadapi perkembangan teknologi gearbox masa kini.

Terima kasih kepada semua peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya kepada pihak PUNB atas penganjuran dan kerjasama yang diberikan.

— Admin

**e

Kursus Lanjutan Gearbox DCT/DSG & DCT Hibrid di Akademi JV, Shah Alam 🔧Peserta bukan sahaja mempelajari teori, malah dib...
07/05/2026

Kursus Lanjutan Gearbox DCT/DSG & DCT Hibrid di Akademi JV, Shah Alam 🔧

Peserta bukan sahaja mempelajari teori, malah diberi peluang untuk mengendalikan sendiri proses membuka dan memasang gearbox menggunakan special tools yang digunakan dalam sistem DCT/DSG.

Melalui pengalaman ini, peserta dapat mengenali struktur komponen dengan lebih jelas serta mengukuhkan kefahaman terhadap proses kerja sebenar di bengkel.

Sesi turut dilengkapkan dengan diagnosis dan scanning gearbox, di mana En. Rosli berkongsi cara membaca data serta mengenal pasti punca masalah.

— Admin

**e

Kursus Lanjutan Gearbox DCT/DSG & DCT Hibrid di Akademi JV, Shah Alam 🔧Sesi penerangan teknikal & demonstrasi gearbox me...
06/05/2026

Kursus Lanjutan Gearbox DCT/DSG & DCT Hibrid di Akademi JV, Shah Alam 🔧

Sesi penerangan teknikal & demonstrasi gearbox memberi penekanan kepada operasi sistem DCT/DSG, analisis komponen serta asas kawalan elektronik.

Membantu peserta memahami interaksi antara komponen dan kawalan elektronik dengan lebih jelas.

— Admin

**e

Kursus Lanjutan Gearbox DCT/DSG, DCT Hibrid & Pengaturcaraan Kawalan Elektronik telah berlangsung selama 4 hari, dari 4 ...
05/05/2026

Kursus Lanjutan Gearbox DCT/DSG, DCT Hibrid & Pengaturcaraan Kawalan Elektronik telah berlangsung selama 4 hari, dari 4 hingga 7 Mei 2026 di Akademi JV, Shah Alam.

Program ini merupakan inisiatif bersama PUNB dan JV Auto L**e Sdn. Bhd. dalam usaha memperkukuh kompetensi teknikal usahawan automotif, khususnya dalam bidang teknologi transmisi.

Kursus dimulakan dengan sesi teori yang memberi penekanan kepada pemahaman asas sistem DCT/DSG termasuk varian hibrid. Peserta didedahkan kepada prinsip operasi, struktur komponen serta asas kawalan elektronik sebagai persediaan sebelum memasuki sesi praktikal.

Pendekatan ini memastikan setiap peserta mempunyai asas yang kukuh dalam memahami proses diagnosis dan pembaikan, selaras dengan perkembangan teknologi gearbox yang semakin canggih.

Diharapkan segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya.

— Admin

**e

Kursus Diagnostik & Pembaikan Gearbox Automatik & CVT Sesi diteruskan dengan majlis perkongsian dan pengalaman bersama E...
23/04/2026

Kursus Diagnostik & Pembaikan Gearbox Automatik & CVT

Sesi diteruskan dengan majlis perkongsian dan pengalaman bersama En. Zaidi, Pengarah Urusan JV Auto L**e.

Perkongsian ini memberi pendedahan tentang realiti dunia bengkel, cabaran sebenar dalam industri serta kepentingan ilmu dan konsistensi dalam membina kejayaan.

Sesi ini menjadi inspirasi kepada peserta untuk lebih jelas dengan hala tuju dan lebih yakin melangkah dalam bidang automotif.

Program diakhiri dengan majlis penutup dan sesi bergambar sebagai kenangan sepanjang kursus 4 hari ini.

Tahniah kepada semua peserta dan semoga terus maju jaya.

— admin

**e

Kursus Diagnostik & Pembaikan Gearbox Automatik & CVT 🔧📘Selepas sesi simulasi, peserta terus ke fasa praktikal bersama E...
23/04/2026

Kursus Diagnostik & Pembaikan Gearbox Automatik & CVT 🔧📘

Selepas sesi simulasi, peserta terus ke fasa praktikal bersama En. Rosli dengan fokus kepada line pressure test— termasuk pemahaman tekanan main line (MBA) dalam sistem gearbox.

Di sini, peserta bukan sekadar belajar teori, tetapi memahami cara membaca tekanan sebenar, menilai kondisi dalaman gearbox dan membuat diagnosis seperti di bengkel sebenar.

Sesi diteruskan dengan praktikal gearbox automatik, memberi peluang kepada peserta melihat sendiri komponen dalaman serta mengenal pasti bahagian yang sering menjadi punca masalah berdasarkan pengalaman industri.

Sebagai penutup, peserta menjalani praktikal gearbox CVT— melengkapkan pembelajaran daripada proses diagnosis hingga ke peringkat pembaikan.

Latihan yang bukan sekadar ilmu, tetapi kemahiran sebenar untuk diaplikasikan terus di bengkel.

-admin

**e

Kursus Diagnostik & Pembaikan Gearbox Automatik & CVT Sesi diteruskan dengan simulasi gearbox bagi membantu peserta meli...
22/04/2026

Kursus Diagnostik & Pembaikan Gearbox Automatik & CVT

Sesi diteruskan dengan simulasi gearbox bagi membantu peserta melihat dengan lebih jelas bagaimana sistem dalaman gearbox berfungsi.

Melalui simulasi ini, peserta dapat memahami pergerakan komponen, aliran sistem serta bagaimana pertukaran gear berlaku dalam situasi sebenar.

Pendekatan ini memudahkan peserta untuk kaitkan teori dengan aplikasi sebenar sebelum ke sesi praktikal.

— admin

**e

Kursus Diagnostik & Pembaikan Gearbox Automatik & CVT 🔧📘Sesi diteruskan dengan fokus kepada asas Gearbox CVT (Continuous...
21/04/2026

Kursus Diagnostik & Pembaikan Gearbox Automatik & CVT 🔧📘

Sesi diteruskan dengan fokus kepada asas Gearbox CVT (Continuously Variable Transmission).

Peserta diberi penerangan tentang konsep operasi CVT yang berbeza daripada AT, termasuk penggunaan pulley dan belt untuk menghasilkan pertukaran gear yang lebih lancar tanpa gear step.

Kini, semakin banyak model kereta menggunakan gearbox CVT, jadi pemahaman tentang sistem ini sangat penting untuk mekanik masa kini.

Sesi ini menjadi asas penting sebelum peserta meneruskan ke peringkat praktikal, khususnya dalam mengenal pasti struktur dan masalah CVT.

Semoga perkongsian ini membantu menambah kefahaman dan keyakinan peserta.

— admin

**e

21/04/2026
Kursus Diagnostik & Pembaikan Gearbox Automatik & CVT 🔧📘Alhamdulillah, seramai 23 peserta telah menyertai kursus 4 hari ...
20/04/2026

Kursus Diagnostik & Pembaikan Gearbox Automatik & CVT 🔧📘

Alhamdulillah, seramai 23 peserta telah menyertai kursus 4 hari yang berlangsung pada 20 – 23 April 2026 di Akademi JV, Shah Alam, anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dengan kerjasama JV Auto L**e (Pakar Gearbox).

Hari ini memberi fokus kepada asas Gearbox Automatic Transmission (AT).

Sesi dimulakan bersama En. Zahid bagi penerangan teori, merangkumi fungsi gearbox AT, konsep asas sistem transmisi, serta bagaimana pertukaran gear berlaku dalam kenderaan.

Peserta turut didedahkan dengan pemahaman tentang aliran sistem AT bagi membantu mereka mengenal pasti fungsi komponen dengan lebih jelas.

Sesi ini sangat penting sebagai asas sebelum peserta meneruskan pembelajaran ke peringkat praktikal.

Semoga perkongsian hari ini membantu peserta membina keyakinan, menambah kemahiran dan lebih bersedia dalam memahami sistem gearbox AT.

— admin

**e

Terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Vokasional Kluang atas kunjungan ke JV Auto L**e 🔧🎓Lawatan dan Program Asas Ge...
15/04/2026

Terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Vokasional Kluang atas kunjungan ke JV Auto L**e 🔧🎓

Lawatan dan Program Asas Gearbox ini memberi peluang kepada para pelajar serta tenaga pengajar untuk mengenali dengan lebih dekat asas sistem gearbox, melihat sendiri operasi harian bengkel, serta memahami suasana kerja sebenar dalam industri automotif.

Sepanjang sesi, para peserta turut didedahkan dengan perkongsian ilmu bersama Pengarah Urusan JV Auto L**e mengenai hala tuju industri, kepentingan kemahiran teknikal, serta pengalaman sebenar dalam dunia bengkel dan baik pulih transmisi.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat, membuka perspektif baharu dan menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus mengasah kemahiran serta melangkah lebih yakin ke alam pekerjaan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kolej Vokasional Kluang kerana memilih JV Auto L**e sebagai lokasi lawatan dan perkongsian ilmu.
Semoga hubungan antara institusi pendidikan dan industri ini terus memberi impak positif kepada pembangunan bakat masa hadapan.

— admin

**e

Address

JV Auto Lube Sdn Bhd 202101004208 (1404507-M) & JV Auto Resources (M) Sdn Bhd 202101004238 (1404537-P), No. 41, 43, 45 & 50, Lorong Keluli 1D, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Seksyen 7
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00

Telephone

+60183787976

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JV AUTO LUBE HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JV AUTO LUBE HQ:

Share