CKE JKR Selangor

CKE JKR Selangor Saluran Facebook Rasmi Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kerja Raya, Negeri Selangor.

07/09/2026

FT182 , Landmark: Bulatan Masjid KLIA - Bulatan Charter Field

Persediaan Perlumbaan Formula 1 Gurf Air Bahrain Tahun 2026

Hi semua,

7.9.2026 - Min kemaskini kemajuan semasa kerja senggaraan sistem lampu jalan di laluan FT182

Kerja senggaraan sistem lampu jalan dinsepanjang jajaran ini telah siap sepenuhnya. Skop senggaraan melibatkan penggantian pendawaian dalam tiang lampu, penukaran lanpu jalan jenis HPSV yang rosak kepada lampu jalan Jenis LED dan senggaraan ada feeder Pillar melibatkan penggantian komponen elektrik yang rosak

Kerja senggaraan ini merupakan salah satu daripada 10 kerja senggaraan yang telah dilantik dibawah peruntukan yang disalurkan kepada Pejabat min awal bulan Ogos 2026 ini.

Pemeriksaan di sepanjang laluan FT182 juga mendapati sistem lampu jalan dijajaran ini berfungsi dengan baik.

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM LAMPU JALAN PERSEKUTUAN DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI LALUAN FT26 KM2.60 HINGGA KM6.50 JALAN LEBUH KLIA DAN LALUAN FT182 KM3.60 HINGGA KM3.70 JALAN KLIA 1, DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Kejuruteraan Elektrik




FT287, PE16Landmark : Subang BestariHi semua7.9.20206 : Rondaan rutin malam di laluan FT287, Jalan Sg.Buloh-Shah Alam, t...
07/09/2026

FT287, PE16
Landmark : Subang Bestari

Hi semua

7.9.20206 : Rondaan rutin malam di laluan FT287, Jalan Sg.Buloh-Shah Alam, tindakan isolation kabel pada tiang lampu jalan yang tumbang akibat kemalangan awam berhampiran Jalan susur Bertingkat Laluan B49, Persiaran Mokhtar Dahari.

Seterusnya adalah kerja penggantian signal aspect yang rosak kesan daripada kemalangan awam yang melibatkan kebakaran kenderaan berhampiran tiang lampu isyarat berdekatan.

Kenderaan yang terbakar tersebut memberi impak kerosakan pada signal aspect yang menyebabkan berlakukan kerosakan pada kabel kawalan lampu isyarat.

Penggantian kabel tiang lampu isyarat dibuat secara tenaga jabatan, sistem lampu Isyarat di laraskan dan diaktifkan semula untuk pengoperasian persimpangan berlampu isyarat

πŸ’ͺ π‰πŠπ‘ π’πžπ₯𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐒𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐒 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 π›πžπ«π­π’π§ππšπ€ 𝐝𝐞𝐦𝐒 𝐀𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐑𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐀𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐬𝐞π₯𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🀝⁣







Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Kejuruteraan Elektrik

06/09/2026

B11, PEN 14

Kerja Kecemasan selesai

https://www.facebook.com/share/p/1DMp8xz6e1/

πŸ’ͺ π‰πŠπ‘ π’πžπ₯𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐒𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐒 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 π›πžπ«π­π’π§ππšπ€ 𝐝𝐞𝐦𝐒 𝐀𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐑𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐀𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐬𝐞π₯𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🀝⁣







Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Kejuruteraan Elektrik

PEN14, B11 Jalan Merbuk, Taman Waja KinraraHi semua6.9.2026 : Awal pagi minggu ini team min terima aduan kecemasan insid...
06/09/2026

PEN14, B11
Jalan Merbuk, Taman Waja Kinrara

Hi semua

6.9.2026 : Awal pagi minggu ini team min terima aduan kecemasan insiden kemalangan awam di Jalan Merbuk, Kinrara yang menyebabkan Traffic Light Controller(TLC) tercabut dan sebatang tiang lampu Isyarat tumbang.

Insiden ini menjejaskan kefungsian persimpangan lampu isyarat di lokasi ini. Bergegas team min turun, biasanya isu melibatkan kerosakan lampu Isyarat menjadi keutamaan team min untuk baiki seberapa segera yang boleh. Terutama melibatkan TLC..TLC jantung kepada kefungsian persimpangan berlampi isyarat.

Setibanya dilokasi, pemeriksaan mendapati komponen dalaman TLC masih sempurna. Tindakan serta merta adalah membersihkan sisa kemalangan & membawa semua komponen TLC ini untuk dipindahkan kepada enclosure panel terpakai(peti kawalan terpakai) yang ada dalam simpanan stor team min.

Kerja-kerja pengalihan komponen dan pendawaian semula keseluruhan TLC ini dibuat secara tenaga jabatan. Alhamdulillah, kemahiran,skill dan usaha team min seharian ini berhasil.

TNB juga memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang kerja pembaikan ini. TNB melaksanakan kerja- kerja pembaikan kabel bekalan ke TLC yang terjejas akibat kemalangan awam ini juga.

Menjelang maghrib, kerja penggantian dan pendawaian semula keseluruhan sistem lampu Isyarat dilokasi berjaya disiapkan Dan seterusnya sistem kawalan lampu isyarat berjaya diaktifkan semula...🫰🀝

πŸ’ͺ π‰πŠπ‘ π’πžπ₯𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐒𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐒 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 π›πžπ«π­π’π§ππšπ€ 𝐝𝐞𝐦𝐒 𝐀𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐑𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐀𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐬𝐞π₯𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🀝⁣







Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Kejuruteraan Elektrik

05/09/2026

FT344 ( Litar F1 - Kuarters KLIA(
FT27 ( Bulatan Masjid KLIA - Bulatan LCCT)
FT182

Hi semua,

4.9.2026 : Rondaan oleh team min bagi memantau kerja-kerja senggaraan di Laluan FT344,FT 27 Dan FT182

https://www.facebook.com/share/p/1APRuVH96b/

https://www.facebook.com/share/p/1LcvU7dsAa/

Alhamdulillah..it's 95% siap..

πŸ’ͺ π‰πŠπ‘ π’πžπ₯𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐒𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐒 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 π›πžπ«π­π’π§ππšπ€ 𝐝𝐞𝐦𝐒 𝐀𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐑𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐀𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐬𝐞π₯𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🀝⁣







Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Cawangan Kejuruteraan Elektrik

05/09/2026

FT05/Jalan Keratapi Lama

Hi semua

4.9.2026 : Lanjutan daripada insiden kecurian pada 2 hari yang lepas, team min di JKR Klang laksanakan kerja pembaikan secara jabatan bagi menggantikan semua internal cabling dalaman FP yang hilang dalam kejadian kecurian terdahulu.

https://www.facebook.com/share/r/1EXcZ9Wn3T/

Gabungan tenaga & kepakaran 4 orang team min yang juga merupakan Orang Kompeten yang telah lulus pentauliahan daripada Suruhanjaya Tenaga, Chargeman A1 bergabung tenaga membuat pembaikan secara tenaga jabatan dengan menggunakan alat ganti sediada jabatan. Colour code kabel kuning sahaja yang ada tersimpan dalam stor πŸ˜…..yang penting menyala kembali lampu jalan..itu 🎯 utama.

Alhamdulillah selesai sepenuhnya malam semalam dan jajaran Lampu jalan yang terjejas sebelum ini dapat difungsikan semula.

Kabel bawah tanah dan pendawaian kabel dalam tiang yang dicuri akan dibuat penggantian kelak setelah peruntukan pembaikan diterima.

Kita lawan pencuri..

πŸ’ͺ π‰πŠπ‘ π’πžπ₯𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐒𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐒 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 π›πžπ«π­π’π§ππšπ€ 𝐝𝐞𝐦𝐒 𝐀𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐑𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐀𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐬𝐞π₯𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🀝⁣







Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Cawangan Kejuruteraan Elektrik

Jalan Bukit Kerayong, Kawalselia JKR KlangKecurian Komponen Lampu Jalan Negeri Bukit Kerayong4.9.2026 : Dimaklumkan team...
05/09/2026

Jalan Bukit Kerayong, Kawalselia JKR Klang

Kecurian Komponen Lampu Jalan Negeri Bukit Kerayong

4.9.2026 : Dimaklumkan team min di JKR Klang telah mengesan satu lagi kejadian vandalisme dan kecurian melibatkan sebuah feeder pillar dan kabel lampu jalan Jalan Bukit Kerayong

Akibat kejadian tersebut lampu jalan dijajran sepanjang hampir 600m tidak berfungsi Keadaan ini menyebabkan laluan berkenaan menjadi gelap pada waktu malam dan boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

Sangat mengecewakan melihat masih ada individu yang sanggup merosakkan dan mencuri kemudahan awam. Lampu jalan yang sudah elok menyala untuk keselamatan masyarakat sanggup p**a dirosakkan dan dicuri.

Akibat perbuatan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab ini seluruh masyarakat yang terpaksa menanggung kesusahan.

Jalan menjadi gelap keselamatan pengguna jalan raya terancam dan akhirnya ramai yang menyalahkan pihak CKE JKR Selangor sedangkan kerosakan ini berpunca daripada perbuatan jenayah.

Semoga pelaku diberikan hidayah dan menerima balasan yang setimpal mengikut undang-undang atas perbuatan mereka.

Marilah kita sama-sama menjaga harta awam kerana setiap kerosakan akhirnya dibayar menggunakan wang rakyat.

πŸ’ͺ π‰πŠπ‘ π’πžπ₯𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐒𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐒 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 π›πžπ«π­π’π§ππšπ€ 𝐝𝐞𝐦𝐒 𝐀𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐑𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐀𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐬𝐞π₯𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🀝⁣







Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Cawangan Kejuruteraan Elektrik

03/09/2026

FT15B/FT54
Landmark : Persimpangan Bertingkat KTMB Sg.Buloh - Kg.Selamat

Program Senggaraan Lampu Jalan Persekutuan 2026 : Kawalselia Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling

Hi semua,

3.9.2026: Kerja penyelenggaraan sistem lampu jalan di Laluan FT15B/FT54

Kerja senggaraan kerja ini melibatkan penggantian lampu jalan Jenis LED, bagi menggantikan lampu jalan Jenis HPSV yang tidak berfungsi. Pembaikan pada kabel Lampu jalan, tamatan kabel dalam tiang dan senggaraan pada Feeder Pillar Lampu jalan

Verifikasi kerja siap telah diselesaikan oleh team min dilapangan bagi urusan penyediaan dokumentasi bayaran kepada kontraktor.

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM LAMPU JALAN PERSEKUTUAN DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI FT015B JALAN SUBANG DARI KM 28.40 KE KM 34.00, DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN.


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Kejuruteraan Elektrik




PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI KERJA SENGGARAAN ELEKTRIK LAMPU JALAN DAN SEKOLAH TAHUN 2026 Shah Alam, 3 Sept...
03/09/2026

PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI KERJA SENGGARAAN ELEKTRIK LAMPU JALAN DAN SEKOLAH TAHUN 2026

Shah Alam, 3 September 2026 - Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) telah mengadakan sesi menandatangani Surat Setuju Terima (SST). Sebanyak 36 SST telah dianugerahkan kepada kontraktor bagi program seperti berikut:

1. KUMPULAN WANG AMANAH PENYELENGGARAAN JALAN NEGERI (MARRIS) - Peruntukan sebanyak RM2,000,000.00 telah diterima dari Kerajaan Negeri dan seramai 28 kontraktor kerja telah dilantik dari Undi Simpanan 1 bagi melaksanakan kerja-kerja senggaraan lampu jalan tersebut yang merangkumi semua daerah di Selangor dengan lantikan nilai kerja adalah RM50,000.00 sehingga RM200,000.00.

2. P63 KPM dengan peruntukan sebanyak RM350,000.00 bagi sekolah SMAP Kajang : KERJA-KERJA PEMBAIKAN SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PEJABAT PENTADBIRAN SEKOLAH MENENGAH PERSEKUTUAN (SMAP) KAJANG, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN

3. PROGRAM SELANGOR BERCAHAYA 2026 (PEMASANGAN TIANG LAMPU SOLAR DI SELURUH NEGERI SELANGOR) - Peruntukan sebanyak RM1,500,000.00 telah diterima dari Kerajaan Negeri dan 2 lantikan SST telah dianugerahkan kepada kontraktor berjaya. Kerja ini merangkumi pemasangan lampu ISLED di semua daerah dengan lokasi yang telah ditentukan oleh DUN Selangor.

4. PROGRAM PENYENGGARAAN LAMPU JALAN DAN LAMPU ISYARAT DI JALAN PERSEKUTUAN SEKITAR PELABUHAN KLANG, DAERAH KLANG (GERAN PADANAN) - Peruntukan sebanyak RM5,000,000.00 telah diterima dari Lembaga Pelabuhan Klang dan sebanyak 5 lantikan SST telah dianugerahkan kepada kontraktor berjaya. Kerja ini adalah lebih tertumpu kepada penggantian ISLED asal yang telah berusia 5 tahun kepada ISLED baru di sekitar Pelabuhan Klang.

Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya. Semoga projek yang diamanahkan dapat dilaksana dengan penuh integriti dan berkualiti demi manfaat serta kesejahteraan rakyat di negeri Selangor.


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Kejuruteraan Elektrik





03/09/2026

FT02 : Landmark Cloverleaf Interchange (IC) Pusat Bandar Shah Alam

Insiden kecurian kabel bekalan TNB ke Papan Suis Utama JKR di Pencawang Jalan Susur SIRIM Punca Laluan Utama Bergelap

2.9.2026 : Lanjutan daripada rondaan rutin oleh tim min mengenalpasti ketidakfungsian sistem lampu jalan di Jajaran IC Cloverleaf Pusat Bandar Shah Alam.

Kerja troubleshooting dibuat bagi mengenalpasti punca kerosakan mendapati berlaku Insiden pecah masuk bilik Papan Suis Utama dan kecurian kabel bekalan TNB bagi sistem lampu jalan.

Kabel Neutral bekalan TNB telah dipotong, beberapa litar kabel sistem pembahagian LV milik JKR juga telah dipotong dan dicuri.

Akibat kejadian ini semua Lampu jalan di persimpangan bertingkat dan lampu jalan sepanjang hampir 1.4KM di jajaran ini tidak berfungsi kerana bekalan elektrik ke sistem lampu jalan telah terjejas.

Keadaan ini menyebabkan laluan berkenaan menjadi gelap pada waktu malam dan boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

Sangat mengecewakan melihat masih ada individu yang sanggup merosakkan dan mencuri kemudahan awam. Lampu jalan yang sudah elok menyala untuk keselamatan masyarakat sanggup p**a dirosakkan dan dicuri.

Akibat perbuatan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab ini seluruh masyarakat yang terpaksa menanggung kesusahan.

Jalan menjadi gelap keselamatan pengguna jalan raya terancam dan akhirnya ramai yang menyalahkan pihak CKE JKR Selangor sedangkan kerosakan ini berpunca daripada perbuatan jenayah.

Semoga pelaku diberikan hidayah dan menerima balasan yang setimpal mengikut undang-undang atas perbuatan mereka.

Marilah kita sama-sama menjaga harta awam kerana setiap kerosakan akhirnya dibayar menggunakan wang rakyat.

πŸ’ͺ π‰πŠπ‘ π’πžπ₯𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 - 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐒𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐒 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 π›πžπ«π­π’π§ππšπ€ 𝐝𝐞𝐦𝐒 𝐀𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐑𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐀𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐬𝐞π₯𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐦. 🀝⁣







Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Cawangan Kejuruteraan Elektrik

Address

Kompleks Ibu Pejabat JKR Selangor, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17
Shah Alam
40200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CKE JKR Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CKE JKR Selangor:

Shortcuts

Share