Makmal Hidraulik dan Instrumentasi - MHI

Makmal Hidraulik dan Instrumentasi - MHI Hydraulic Physical Modeling Expert. Our laboratory is a certified ISO 9001:2015 in Physical Modelling

29/08/2026
MESYUARAT SEMAKAN SEMULA PROSEDUR ISO 9001:201512 - 14 Ogos 2026 | Mesyuarat Semakan Semula Prosedur telah dilaksanakan ...
29/08/2026

MESYUARAT SEMAKAN SEMULA PROSEDUR ISO 9001:2015

12 - 14 Ogos 2026 | Mesyuarat Semakan Semula Prosedur telah dilaksanakan di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dan dipengerusikan oleh Encik Ismail bin Tawnie, P.Geol untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) serta memastikan dokumentasi, prosedur dan pelaksanaan sistem sentiasa teratur, berkesan dan selaras dengan keperluan standard ISO 9001:2015 serta keperluan semasa organisasi. Fokus perbincangan merangkumi semakan dan penambahbaikan skop ISO, struktur Jawatankuasa ISO, pemegang prosedur dan Buku Kualiti, Objektif Kualiti, Dasar Kualiti serta borang-borang berkaitan. Mesyuarat turut memberi penekanan kepada persediaan menghadapi Audit Luar (Recertification Audit), semakan rekod dan maklumat audit, keberkesanan pengurusan risiko serta keperluan mengambil kira isu perubahan iklim dalam organisasi bagi memenuhi keperluan ISO versi 2026.
Hasil mesyuarat menunjukkan beberapa pindaan dan penambahbaikan terhadap dokumen Sistem Pengurusan Kualiti telah dikenal pasti, dibincangkan dan dipersetujui untuk dimuktamadkan. Cadangan pindaan yang dibentangkan turut melalui proses semakan dan kelulusan sebelum dokumen SPK dicetak dan dilaksanakan. Secara keseluruhannya, mesyuarat telah berjaya memperkukuh pengurusan dokumentasi, meningkatkan kesiapsiagaan organisasi menghadapi audit pensijilan semula pada 5 Oktober 2026.













MESYUARAT KEMAJUAN PROJEK BIL. 3/2026 BAGI SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEMBEKAL DATA PRESTASI PENGHASILAN TENAGA DIPERBAHAR...
29/08/2026

MESYUARAT KEMAJUAN PROJEK BIL. 3/2026 BAGI SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEMBEKAL DATA PRESTASI PENGHASILAN TENAGA DIPERBAHARUI BERASASKAN ALIRAN AIR

18 Ogos 2026 | Mesyuarat Kemajuan Projek Bil. 3/2026 bagi Sebut Harga Perkhidmatan Membekal Data Prestasi Penghasilan Tenaga Diperbaharui Berasaskan Aliran Air telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), NAHRIM yang telah dipengerusikan oleh En. Ismail bin Tawnie, P.Geol. Pengarah MHI. Mesyuarat memberi tumpuan kepada perbincangan dan pembentangan Laporan Akhir Projek, termasuk semakan kandungan laporan serta perkara-perkara berkaitan pemuktamadan projek. Hasil mesyuarat, pembentangan Laporan Akhir Projek telah dilaksanakan dan perkara-perkara berkaitan telah dibincangkan bersama pihak pembekal bagi memastikan laporan dapat dimuktamadkan dengan teratur serta memenuhi skop dan keperluan projek yang telah ditetapkan.













PERSEDIAAN BAGI PROJEK KERJASAMA PENYELIDIKAN DAN PERKHIDMATAN FASILITI MAKMAL HIDRAULIK DAN INSTRUMENTASI17 โ€“ 18 Ogos 2...
29/08/2026

PERSEDIAAN BAGI PROJEK KERJASAMA PENYELIDIKAN DAN PERKHIDMATAN FASILITI MAKMAL HIDRAULIK DAN INSTRUMENTASI

17 โ€“ 18 Ogos 2026 | Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) telah melaksanakan persediaan bagi Projek Kerjasama Penyelidikan dan Perkhidmatan Fasiliti untuk projek โ€œHydraulic and Morphodynamic Evaluation of DuneDike Hybrid (DDH) Configurationsโ€ bagi pelanggan daripada Universiti Islam Malaysia (UIAM) yang akan dijalankan di Flume 50. Persediaan tersebut melibatkan penyediaan kemudahan, peralatan, susun atur eksperimen serta keperluan teknikal berkaitan bagi memastikan pelaksanaan eksperimen hidraulik dan morfodinamik dapat dijalankan dengan lancar, sistematik dan selaras dengan skop serta objektif penyelidikan yang telah ditetapkan.













28/07/2026

Basic Techniques of Physical Modeling for Hydraulic Infrastructure Course Series 1/2026

15 - 16 July 2026 | Basic Techniques of Physical Modeling for Hydraulic Infrastructure Course Series 1, organized by the...
28/07/2026

15 - 16 July 2026 | Basic Techniques of Physical Modeling for Hydraulic Infrastructure Course Series 1, organized by the National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM) through the Hydraulics and Instrumentation Laboratory (MHI) from 15 to 16 July 2026 at MHI, was officiated by YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, Deputy Director General of NAHRIM.
This course provided comprehensive exposure to the fundamentals and importance of physical modeling in hydraulic infrastructure, including the concepts of scale and similitude, the role of physical modeling in the planning, design, and assessment of hydraulic projects, as well as methods for analyzing and interpreting modeling results to support technical decisions.
The course was attended by 28 participants from government agencies, higher educational institutions (HEIs), and NAHRIM, thereby serving as an excellent platform for sharing experiences and professional networking in the field of hydraulic engineering. Participants were also exposed to the applications of physical modeling according to project suitability and requirements through knowledge-sharing sessions by experts from NAHRIM, Hj. Mohd Kamarul Huda bin Samion, and from Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Dr. Mohd Remy Rozainy bin Mohd Arif Zainol.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
15 -16 Julai 2026 | Kursus Teknik Asas Pemodelan Fizikal bagi Infrastruktur Hidraulik Siri 1 yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melalui Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) pada 15 hingga 16 Julai 2026 di MHI yang telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah, NAHRIM. Kursus ini memberikan pendedahan menyeluruh mengenai asas dan kepentingan pemodelan fizikal dalam infrastruktur hidraulik, termasuk konsep skala dan kesamaan (similitude), peranan pemodelan fizikal dalam perancangan, reka bentuk dan penilaian projek hidraulik, serta kaedah menganalisis dan mentafsir keputusan pemodelan bagi menyokong keputusan teknikal. Kursus ini telah dihadiri oleh 28 peserta daripada agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT) dan NAHRIM, sekali gus menjadi platform yang baik untuk perkongsian pengalaman dan jaringan profesional dalam bidang kejuruteraan hidraulik Peserta turut didedahkan kepada aplikasi pemodelan fizikal mengikut kesesuaian dan keperluan projek melalui sesi perkongsian ilmu oleh pakar daripada NAHRIM iaitu Hj. Mohd Kamarul Huda bin Samion dan daripada pihak Universiti Sains Malaysia (USM) adalah Profesor Dr. Mohd Remy Rozainy bin Mohd Arif Zainol.









๐ŸŒŠ Jom Dalami Ilmu Pemodelan Fizikal bersama NAHRIM! ๐ŸŒŠAdakah anda terlibat dalam bidang kejuruteraan hidraulik dan pengur...
12/06/2026

๐ŸŒŠ Jom Dalami Ilmu Pemodelan Fizikal bersama NAHRIM! ๐ŸŒŠ

Adakah anda terlibat dalam bidang kejuruteraan hidraulik dan pengurusan sumber air? Tingkatkan kepakaran dan kemahiran teknikal anda dengan menyertai Kursus Teknik Asas Pemodelan Fizikal bagi Infrastruktur Hidraulik anjuran Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)!

Butiran kursus adalah seperti berikut:
๐Ÿ“… Tarikh: 15 โ€“ 16 Julai 2026
๐Ÿ“ Tempat: Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), NAHRIM

Dalam kursus komprehensif selama dua hari ini, para peserta akan diberi pendedahan secara praktikal dan teori merangkumi:

๐ŸŒŠ Prinsip dan konsep asas pemodelan fizikal.

๐ŸŒŠ Analisis keserupaan model (Model Similarity).

๐ŸŒŠ Teknik pembinaan dan pengoperasian model fizikal.

๐ŸŒŠ Penggunaan instrumentasi dan sistem pengukuran terkini.

๐ŸŒŠ Aplikasi pemodelan fizikal dalam kajian hidraulik dan sumber air.

๐Ÿ‘ฅ Siapa yang patut hadir?
Kursus ini terbuka kepada pegawai teknikal, jurutera, penyelidik, pensyarah, pelajar, serta pengamal industri yang berminat untuk menguasai bidang pemodelan fizikal dan kejuruteraan hidraulik.

--------------------------------------------------------------------------

๐ŸŒŠ Dive into Physical Modelling with NAHRIM! ๐ŸŒŠ

Are you involved in hydraulic engineering and water resources management? Enhance your expertise and technical skills by joining the Course on Physical Modelling Basic Techniques for Hydraulic Infrastructure organized by the National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM)!

The course details are as follows:
๐Ÿ“… Date: 15 โ€“ 16 July 2026
๐Ÿ“ Venue: Hydraulics and Instrumentation Laboratory (MHI), NAHRIM

In this comprehensive two-day course, participants will gain both practical and theoretical exposure covering:

๐ŸŒŠ Basic principles and concepts of physical modelling.

๐ŸŒŠ Model similarity analysis.

๐ŸŒŠ Construction techniques and operation of physical models.

๐ŸŒŠ The use of the latest instrumentation and measurement systems.

๐ŸŒŠ Applications of physical modelling in hydraulic and water resources studies.

๐Ÿ‘ฅ Who should attend?
This course is open to technical officers, engineers, researchers, lecturers, students, and industry practitioners interested in mastering the fields of physical modelling and hydraulic engineering.













18 MEI 2026 | PERBINCANGAN HALATUJU SKOP PENYELIDIKAN PEMETAAN SUMBER TENAGA BOLEH BAHARU (TBB) BIRU MALAYSIA (NAHRIM-SE...
19/05/2026

18 MEI 2026 | PERBINCANGAN HALATUJU SKOP PENYELIDIKAN PEMETAAN SUMBER TENAGA BOLEH BAHARU (TBB) BIRU MALAYSIA (NAHRIM-SEDA)

Satu sesi Perbincangan Halatuju Skop Penyelidikan Pemetaan Sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) Biru Malaysia yang melibatkan kerjasama antara NAHRIM dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) telah berlangsung di SEDA, Cyberjaya pada 18 Mei 2026. Objektif utama pertemuan strategik ini adalah untuk merangka langkah dan kaedah bagi mengenal pasti serta memetakan potensi sumber tenaga ombak di kawasan perairan Malaysia secara komprehensif berpandukan analisis parameter lautan.

Melalui inisiatif perbincangan ini, kedua-dua pihak menaruh harapan untuk menyediakan pangkalan maklumat asas teknikal dan saintifik yang tepat bagi menyokong pembangunan projek perintis tenaga ombak di negara ini pada masa akan datang. Usaha perintis ini juga merupakan sasaran penting NAHRIM dalam memacu pertumbuhan Pembangunan Ekonomi Biru, di samping mendokong agenda peralihan tenaga negara demi mencapai kelestarian alam dan pemerkasaan teknologi hijau.

18 MAY 2026 | DISCUSSION ON THE RESEARCH SCOPE DIRECTION FOR MAPPING MALAYSIA'S BLUE RENEWABLE ENERGY (RE) RESOURCES (NAHRIM-SEDA)

A discussion session on the Research Scope Direction for Mapping Malaysia's Blue Renewable Energy (RE) Resources, a collaborative effort between NAHRIM and the Sustainable Energy Development Authority (SEDA), took place at SEDA, Cyberjaya on 18 May 2026. The main objective of this strategic meeting was to formulate steps and methodologies to comprehensively identify and map the potential of wave energy resources in Malaysian waters based on the analysis of ocean parameters.

Through this initiative, both parties hope to establish a precise technical and scientific baseline database to support the development of pilot wave energy projects in the country moving forward. This pioneering effort is also a crucial target for NAHRIM in driving the growth of the Blue Economy, while supporting the national energy transition agenda to achieve environmental sustainability and the advancement of green technology.










18 MEI 2026 | MESYUARAT KEMAJUAN PROJEK BIL. 1/2026 BAGI SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEMBEKAL DATA PRESTASI PENGHASILAN TEN...
19/05/2026

18 MEI 2026 | MESYUARAT KEMAJUAN PROJEK BIL. 1/2026 BAGI SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEMBEKAL DATA PRESTASI PENGHASILAN TENAGA DIPERBAHARUI BERASASKAN ALIRAN AIR

Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), NAHRIM telah mengadakan Mesyuarat Kemajuan Projek Bil. 1/2026 bagi Sebut Harga Perkhidmatan Membekal Data Prestasi Penghasilan Tenaga Diperbaharui Berasaskan Aliran Air pada 18 Mei 2026 (Isnin) yang lalu. Bertempat di Bilik Mesyuarat MHI, NAHRIM, mesyuarat secara bersemuka ini diadakan bertujuan untuk membincangkan laporan kemajuan projek semasa, menyelaraskan gerak kerja, serta memperincikan jadual pelaksanaan (timeline) bagi memastikan keseluruhan projek berjalan dengan lancar dan teratur antara kedua-dua belah pihak.

Mesyuarat yang dihadiri oleh pihak pengurusan, pengurus projek, serta wakil teknikal yang bertanggungjawab ini amat penting dalam meneliti perincian data prestasi penghasilan tenaga diperbaharui berasaskan aliran air agar menepati standard kualiti yang ditetapkan. Melalui komitmen tinggi dan jalinan kerjasama erat yang dizahirkan dalam perbincangan ini, NAHRIM terus mengorak langkah kanan dalam memacu penyelidikan hidraulik, pemerkasaan teknologi hijau, dan pengurusan sumber air yang mampan demi kelestarian masa depan negara.

18 MAY 2026 | PROJECT PROGRESS MEETING NO. 1/2026 FOR THE QUOTATION OF SERVICES TO SUPPLY PERFORMANCE DATA FOR WATER FLOW-BASED RENEWABLE ENERGY GENERATION

The Hydraulics and Instrumentation Laboratory (MHI), NAHRIM recently held the Project Progress Meeting No. 1/2026 for the Quotation of Services to Supply Performance Data for Water Flow-Based Renewable Energy Generation on Monday, 18 May 2026. Held at the MHI Meeting Room, NAHRIM, this face-to-face meeting aimed to discuss the current project progress report, coordinate workflows, and detail the implementation schedule (timeline) to ensure the overall project runs smoothly and systematically between both parties.

The meeting, attended by management, project managers, and key technical representatives, was crucial in examining the details of the performance data for water flow-based renewable energy generation to ensure it meets the established quality standards. Through the high commitment and close collaboration demonstrated during this discussion, NAHRIM continues to stride forward in driving hydraulic research, empowering green technology, and managing water resources sustainably for the future of the nation.










14 MEI 2026 | Penghargaan Buat Warga Kerja Kajian Penilaian Outcome (KPO) NAHRIM di peringkat Kementerian Peralihan Tena...
15/05/2026

14 MEI 2026 | Penghargaan Buat Warga Kerja Kajian Penilaian Outcome (KPO) NAHRIM di peringkat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi tahun 2025

Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), selaku penyelaras Program Penyelidikan Produk Hidraulik bagi Industri Sumber Air di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), telah berjaya menyempurnakan Kajian Penilaian Outcome (KPO) NAHRIM di peringkat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi tahun 2025.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Ismail bin Hj. Tawnie, P.Geol (Pengarah MHI) serta Ir. Ts. Icahri bin Hj. Chatta (Ketua Program merangkap Pembentang Penilaian Akhir KPO). Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Penilaian Outcome Peringkat Jabatan serta seluruh pegawai Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) yang telah memberikan komitmen jitu dalam menjayakan program ini.
โ€‹
Melalui impak positif KPO ini, program penyelidikan tersebut bukan sahaja memperkukuh infrastruktur hidraulik negara, malah bertindak sebagai pemangkin utama dalam pembangunan modal insan tempatan. Pemindahan teknologi dan peningkatan kepakaran rantaian penyelidik muda ini amat kritikal bagi melahirkan tenaga pakar yang kompeten, sekali gus memacu agenda kelestarian sumber air demi kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat secara menyeluruh.

14 MAY 2026 | Appreciation to the NAHRIM Outcome Evaluation Study (KPO) Team at the Ministry of Energy Transition and Water Transformation (PETRA) Level for the Year 2025

โ€‹The Hydraulics and Instrumentation Laboratory (MHI), as the coordinator of the Hydraulic Product Research Program for the Water Resources Industry under the Eleventh Malaysia Plan (RMKe-11), has successfully completed the NAHRIM Outcome Evaluation Study (KPO) at the Ministry of Energy Transition and Water Transformation (PETRA) level for the year 2025.

โ€‹Highest appreciation and gratitude are extended to Mr. Ismail bin Hj. Tawnie, P.Geol (Director of MHI) and Ir. Ts. Icahri bin Hj. Chatta (Program Head and Presenter for the Final KPO Evaluation). A special token of appreciation is also dedicated to the Department-Level Outcome Evaluation Committee members, as well as all officers of the National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM) who have demonstrated unwavering commitment toward ensuring the success of this program.

โ€‹Through the positive impact of this KPO, the research program not only strengthens the nation's hydraulic infrastructure but also serves as a key catalyst for local human capital development. The technology transfer and capacity building within this network of young researchers are critical to producing competent experts, thereby driving the water sustainability agenda for the overall well-being and quality of life of the people.














Address

Jalan Putra Permai
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Makmal Hidraulik dan Instrumentasi - MHI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share