29/05/2024
Hobi memancing jadi mesin duit.
Hakikat sesuatu hobi adalah anda memang akan keluar duit. Return of Investment sesuatu hobi adalah perkara yang sangat subjective dan bukan semata-mata duit.
ROI sesuatu hobi dari seorang individu dengan indvidu yang lain boleh jadi kegembiraan, networking, ketenangan, kesihatan fizikal & mental serta banyak lagi yang bukan berbentuk duit.
Jom kita buat matematik sikit kos minimum peralatan tak termasuk kos trip yang perlu dikeluarkan oleh seorang anglers. Saya kira sebagai kos purata ye untuk peralatan yang boleh pakai dan agak praktikal.
Setiap individu mungkin berlainan tetapi inilah kos minimum yang biasa dikeluarkan oleh seorang anglers untuk game casting. Game jigging lain pulak.
Reel : RM 300.00 ( boleh pakai la & boleh buat kerja tapi tidak terlalu bagus)
Rod : RM 250.00
Tali : RM 35.00
Terminal Tackle :
1. Hook, Snap, Split Ring, Plier, Leader, gunting & tackle box : RM 200.00
2. Gewang : 2 x selaman dalam, 2 x top water, 2 x jerk bait, 2 x spoon, 1 spinner bait, 1 x buzzbait & 1 pack Sp : RM 200.00
Total kos minimum untuk kualiti peralatan yang boleh kita consider sebagai boleh pakai la adalah dalam lingkungan RM 985.00.
Anglers apabila mereka telah mula serious, normally mereka akan ada more then 1 set up dan akan mencari peralatan yang lebih baik prestasinya serta lebih advance.
Macam mana kita boleh turn hobi ini menjadi lebih menjimatkan dan boleh tukar menjadi duit?
1. Jadi Influencer memancing dan sebahagia peralatan dan trip anda akan ditaja. Anda boleh juga monetize social media anda.
Paid review jika ada syarikat yang inginkan perkhidmatan anda atau menjadi wakli penjual serta affiliate.
2. Pro Staff - Anda bergaji, trip dan peralatan anda ditanggung + projek-projek sampingan yang akan dibayar.
3. Guide / Tekong / coach / Jualan tackle - Ini bermaksud anda telah masuk ke dalam dunia perniagaan. Memancing sudah menjadi perniagaan.
4. Pomen Reel : Bidang yang sangat besar peluang untuk menjana duit tetapi ramai pemancing tak mampu nak buat sebab tiada kemahiran, ilmu dan pengalaman.
Sumber untuk belajar dan informasi adalah terlalu general serta terhad. Ramai yang hanya belajar melalui logik akal, pengalaman dari kesilapan dan belajar melalui media social.
Jom kita buat matematik sikit potensi income yang seorang pomen reel boleh dapat secara part time.
Harga yang perlu dibayar oleh seorang anglers untuk service reel adalah lebih kurang RM 50.00 / biji. Ini hanya service tidak termasuk repair.
Kalau anda ada kemahiran untuk service dan repair reel, katakan sebiji reel anda ambil masa 2 jam dan anda nak service 1 biji jer sehari.
Anda akan dapat income RM 50/ day dengan hanya bekerja lebih kurang 2 jam jer sehari. Kalau konsisten setiap hari, anda akan jana income RM 1,500.00 sebulan dan bersamaan RM 18,000.00 setahun.
On paper mungkin nampak senang kan? Tapi boleh tak anda dapat 30 biji reel sebulan yang orang akan nak hantar kat anda?
Anda tak ada kemahiran, tak ada ilmu, tak ada kredibiliti dan tak ada orang pun yang percaya lagi dengan kualiti kerja anda.
Atas dasar inilah kami di FBA telah membuka peluang kepada para anglers yang ingin menjana pendapatan sebagai pomen reel melalui program ReelMaster.
Program ReelMaster ini akan melatih anda selama 3 bulan hanya melalui pembelajaran secara online. So tak perlu kalut-kalut nak jumpa dan datang belajar secara fizikal.
Semua orang boleh join selagi anda ada line internet dan faham Bahasa Melayu.
Anda akan dilatih oleh para coach FBA yang telah berpengalaman lebih dari 10 tahun di dalam bidang service dan repair reel.
Tamat sahaja pengajian selama 3 bulan, jika kami melihat anda telah mencapai tahap competency yang telah kami gariskan, anda dijemput dan diiktiraf sebagai ReelMaster di dalam komuniti kami.
Kerja anda adalah hanya repair reel sahaja. Tak payah nak pening-pening cari customer, buat marketing dan sales bagi. ReelMaster akan uruskan untuk anda.
Nak menjadi salah seorang ReelMaster? Daftar sekarang di
https://ezy.la/RM2024