Tasblock Malaysia

Tasblock Malaysia At Tasblock we’re redefining modern construction through innovation, sustainability, and circular design — powered by Tasblock’s next-gen IBS system.

Satu sesi perbincangan yang sangat positif telah berlangsung bersama Malaysia External Trade Development Corporation di ...
08/05/2026

Satu sesi perbincangan yang sangat positif telah berlangsung bersama Malaysia External Trade Development Corporation di bangunan MATRADE, Kuala Lumpur, yang turut dihadiri oleh Deputy Director, En Fairus serta wakil CIDB Malaysia, En Saiful.

Pertemuan ini memberi fokus kepada perbincangan mengenai teknologi IBS oleh Tasblock serta langkah penyelesaian dan sokongan strategik bagi membuka laluan ke pasaran Saudi Arabia dan juga pasaran Negara2 lain.

Dalam sesi tersebut, Puan Hasima, CEO Tasblock, telah berkongsi isu, cabaran serta keperluan sokongan yang diperlukan bagi memudahkan urusan pengembangan teknologi Tasblock di sana. Pihak MATRADE menyatakan komitmen untuk membantu dari sudut pemudahcara pasaran dan jaringan perdagangan antarabangsa, manakala pihak CIDB akan membantu memastikan aspek pematuhan industri dan standard berkaitan dipenuhi.

Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada pengembangan teknologi IBS tempatan ke peringkat global, sekaligus mengangkat inovasi Malaysia ke pentas antarabangsa.

Lawatan & Perbincangan Strategik Tasblock ke FELDA Wilayah Raja AliasPada 5 Mei 2026, pihak Tasblock telah mengadakan la...
06/05/2026

Lawatan & Perbincangan Strategik Tasblock ke FELDA Wilayah Raja Alias

Pada 5 Mei 2026, pihak Tasblock telah mengadakan lawatan rasmi ke FELDA Wilayah Raja Alias bagi sesi perbincangan lanjut serta pembentangan hala tuju pelaksanaan projek rintis (pilot project) susulan pemeteraian MOU bersama FPMSB.

Sesi ini memberi fokus kepada langkah seterusnya, daripada perancangan ke pelaksanaan sebenar di lapangan — bagi membuktikan keupayaan teknologi IBS Tasblock dari segi kecekapan kos, kepantasan pembinaan serta kualiti hasil akhir.

Lawatan dan perbincangan ini turut dihadiri oleh En. Nazri, Pengarah FELDA Wilayah Raja Alias, serta En. Afiq, Ketua Bahagian Pembangunan Strategik FPMSB bersama pasukan masing-masing.

Beberapa tapak telah dikenalpasti bagi tujuan pembangunan semula rumah pegawai yang tidak lagi sesuai didiami, sekaligus membuka ruang kepada pelaksanaan projek perintis menggunakan sistem IBS Tasblock.

Tasblock komited untuk memastikan projek pilot ini bukan sahaja berjaya dibuktikan secara praktikal, malah menjadi pemangkin kepada penggunaan teknologi IBS secara lebih meluas dalam pembangunan FELDA pada masa akan datang.

Inisiatif ini juga memberi peluang kepada tenaga kerja tempatan FELDA untuk terlibat secara langsung melalui latihan teori dan praktikal, dengan matlamat membolehkan mereka melaksanakan sendiri projek pembinaan menggunakan teknologi IBS Tasblock di masa hadapan.

Daripada MOU ke realiti, kini masa untuk membuktikan.

21 April 2026 - Tasblock (M) Sdn Bhd menerima kunjungan wakil dari Tanzania, Mr. Makame Haji Mohamed, Minister Counsello...
22/04/2026

21 April 2026 - Tasblock (M) Sdn Bhd menerima kunjungan wakil dari Tanzania, Mr. Makame Haji Mohamed, Minister Counsellor dari High Commission of the United Republic of Tanzania, yang hadir bersama En. Firdaus ke kilang Tasblock bagi sesi lawatan dan perbincangan strategik.

Lawatan selama kira-kira 2 jam setengah ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang secara mendalam mengenai potensi projek serta peluang adaptasi teknologi IBS Tasblock untuk dilaksanakan di Tanzania. Pihak Tasblock turut berkongsi kelebihan sistem pembinaan ini dari segi kelajuan, kecekapan dan kelestarian.

Sepanjang sesi tersebut, pihak Tanzania menunjukkan komitmen yang tinggi dan berhasrat untuk meneroka penggunaan teknologi IBS Tasblock, khususnya bagi projek-projek pembangunan yang dicadangkan untuk dilaksanakan di sana.

Tasblock komited untuk terus memperluaskan jangkauan teknologi ke peringkat antarabangsa dan bersedia menjadi rakan strategik dalam membawa solusi pembinaan moden yang lebih efisien dan mampan ke pasaran global.

Tasblock (M) Sdn Bhd baru-baru ini berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Bangsamoro ke rumah contoh IBS Tasbloc...
22/04/2026

Tasblock (M) Sdn Bhd baru-baru ini berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Bangsamoro ke rumah contoh IBS Tasblock yang terletak di Jalan Kelantan, Kuala Lumpur (bangunan LKTN) pada 9 April 2026.

Lawatan dimulakan dengan sesi perkongsian santai oleh pasukan Tasblock mengenai teknologi IBS Tasblock serta pendekatan pembinaan moden yang lebih pantas, efisien dan lestari. Delegasi yang diketuai oleh Mr. Aldin Asiri (Deputy Minister dan Officer-in-Charge of MHSD) turut disertai oleh barisan pegawai kanan termasuk Mr. Esmael Ebrahim, Engr. Zainodin Buisan, Atty. Nasihah Mamarungcas, Engr. Norudin Lali dan Ms. Amera Aisah Macalangcom.

Seterusnya, para delegasi dibawa melawat rumah contoh yang dibina menggunakan sistem Tasblock, yang berjaya disiapkan dalam tempoh hanya satu bulan — satu bukti jelas kecekapan kaedah IBS dalam mempercepatkan proses pembinaan tanpa menjejaskan kualiti.

Hasil daripada lawatan ini, pihak Bangsamoro menunjukkan minat yang positif untuk meneroka teknologi Tasblock dengan lebih lanjut, termasuk potensi pelaksanaan dalam projek pembinaan rumah sosial yang sedang mereka usahakan.

Tasblock sentiasa terbuka untuk berkongsi kepakaran dan menyediakan solusi pembinaan yang lebih baik, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa, demi memberi manfaat kepada lebih ramai komuniti.

20/04/2026

Sekitar Majlis Tandatangan MOU Tasblock (TMSB) x Felda (FPMSB) di bangunan Felda.

Terima Kasih atas kerjasama ini Felda Plantation Management Sdn. Bhd.Semoga kerjasama ini bakal memanfaatkan pelbagai la...
10/04/2026

Terima Kasih atas kerjasama ini Felda Plantation Management Sdn. Bhd.

Semoga kerjasama ini bakal memanfaatkan pelbagai lapisan masyarakat khususnya warga Felda.

Tasblock (M) Sdn Bhd telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Felda Plantation Management Sdn Bhd dala...
09/04/2026

Tasblock (M) Sdn Bhd telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Felda Plantation Management Sdn Bhd dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Menara FELDA pada jam 11.00 pagi.

Kerjasama strategik ini menandakan satu langkah penting ke arah pembangunan teknologi pembinaan yang lebih lestari, sejajar dengan usaha memperkenalkan inovasi dalam industri pembinaan negara. Melalui kolaborasi ini, kedua-dua pihak akan meneroka pembangunan bahan binaan baharu yang memanfaatkan biojisim daripada kelapa sawit sebagai sumber utama.

MoU ini telah ditandatangani oleh CEO Tasblock (M) Sdn Bhd, Pn. Hasima Che Hassan bersama CEO Felda Plantation Management Sdn Bhd (FPMSB), En. Saifullah Ahmad Nor, dan turut disaksikan oleh wakil pengurusan FPMSB, En. Nizamrudin dan En. Afiq.

Tasblock (M) Sdn Bhd mengharapkan agar MoU ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang berterusan dan jangka panjang antara kedua-dua pihak, demi mencapai manfaat bersama serta memacu pembangunan yang lebih mampan untuk masa hadapan.

🌙 Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,Pihak Tasblock Malaysia ingin mengucapka...
19/02/2026

🌙 Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Pihak Tasblock Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

Semoga bulan penuh keberkatan ini membawa rahmat, ketenangan, serta memperkukuhkan ukhuwah dan keimanan kita semua. Marilah kita sama-sama mengambil peluang Ramadan ini untuk memperbanyakkan amal ibadah, memperbaiki diri, dan menyemai nilai kesabaran serta keikhlasan.

✨ Ramadan Kareem ✨
Semoga segala amalan diterima dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas daripada,
Tasblock Malaysia

Tasblock ni dari bahan apa? Kuat ke? Tahan lama ke? Bahan mesra alam? Ya bahan Tasblock adalah dari bahan Termaju. Kami ...
10/02/2026

Tasblock ni dari bahan apa?

Kuat ke?
Tahan lama ke?
Bahan mesra alam?

Ya bahan Tasblock adalah dari bahan Termaju. Kami ada ciri2 tersebut.

Bersama CEO kami Pn Hasima di program
‘Advanced Materials & Technologies’

Address

No. 22A, Jalan Kesidang 1
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tasblock Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tasblock Malaysia:

Share