Bina Rumah Harga Murah

Bina Rumah Harga Murah Kami menawarkan khidmat binaan baru dan ubahsuai rumah dengan harga berpatutan dan murah dengan rekaa Kualiti setanding harga.

26/02/2025

𝗛𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗣𝗔𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗥𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥

Sebagai pemilik rumah, anda mungkin teruja untuk memulakan projek pembinaan atau ubah suai rumah impian anda.

Namun, sebelum memulakan projek ini, penting untuk memahami hak anda sebagai pemilik rumah yang membayar perkhidmatan kontraktor yang anda lantik.

Ini dapat mengurangkan risiko seperti penipuan, pembinaan tidak berkualiti, atau kontraktor yang tidak menyiapkan kontrak setelah menerima bayaran.

10 Hak Pemilik Rumah Yang Perlu Anda Tahu

𝟭. 𝗠𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗞𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗕𝗲𝗿𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗖𝗜𝗗𝗕 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
Anda berhak memilih kontraktor berdaftar CIDB yang telah memenuhi syarat dan diiktiraf oleh pihak berwajib bagi mengelakkan anda dikampoun atau didenda kerana melanggar peratuan dan undang-undang di bawah Akta 520.

Status pendaftaran kontraktor boleh dilakukan melalui portal rasmi CIDB sebelum memulakan projek melalui capaian https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/reglocalsearchcontractor.vbhtml.

𝟮. 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗰𝗶
Anda berhak menerima sebut harga bertulis yang merangkumi perincian kerja, spesifikasi bahan yang akan digunakan dan harga yang jelas. Ini membantu untuk mengukur kesahihan kuantiti kerja yang dilaksanakan berbanding dengan tuntutan bayaran oleh kontraktor

𝟯. 𝗠𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗥𝗲𝗸𝗼𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗽𝘂𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸𝘁𝗼𝗿
Sebelum memilih kontraktor, anda berhak meminta rekod projek mereka dan ulasan pelanggan lama. Lawatan ke tapak projek sebelumnya membantu menilai kualiti kerja dan kepuasan hati pelanggan mereka. Pastikan kontraktor mempunyai pengalaman yang relevan dan rekod yang baik dalam industri dan pasaran pembinaan.

𝟰. 𝗠𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗮𝘄𝗮𝗿𝗮𝗻
Anda berhak membandingkan tawaran daripada sekurang-kurangnya dari tiga kontraktor. Ini membantu pemilihan yang terbaik dari segi harga, kualiti dan tempoh masa. Perbandingan ini juga memastikan anda mendapat nilai terbaik untuk rumah anda.

𝟱. 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗺𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸
Anda berhak mengetahui perincian setiap klausa dalam kontrak, termasuk skop kerja, tempoh projek, kos dan syarat pembayaran. Jangan ragu meminta penjelasan jika ada terma yang tidak jelas. Kontrak yang jelas melindungi hak anda dan mengelakkan pertikaian di masa hadapan.

𝟲. 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸𝗮𝗹
Anda juga berhak meminta kontraktor memberikan penerangan terperinci tentang bahan, reka bentuk dan kaedah kerja. Ini memastikan anda memahami keseluruhan proses pembinaan dan memastikan bahan dan kaedah yang digunakan setimpal dengan apa yang dibayar. Penjelasan ini juga membantu anda membuat keputusan yang lebih baik jika timbul ketidakpastian.

𝟳. 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮
Anda hanya perlu membayar berdasarkan kemajuan kerja yang diselesaikan. Elakkan membuat bayaran pendahuluan yang terlalu besar atau di luar terma kontrak. Pembayaran berkala mengikut kemajuan kerja akan memastikan projek berjalan lancar dan mengurangkan risiko kerugian.

𝟴. 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸𝘁𝗼𝗿
Jika kontraktor tidak mematuhi syarat kontrak atau melakukan penipuan, anda berhak melaporkannya kepada CIDB untuk tindakan selanjutnya. CIDB akan menyiasat aduan anda dan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak anda sekiranya siasatan mendapati kontraktor telah sengaja melakukan penipuan tersebut.

𝟵. 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗛𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶
Anda berhak menerima hasil pembinaan yang memenuhi standard kualiti dan keselamatan CIDB. Pastikan kontraktor mematuhi spesifikasi yang dipersetujui dan menyediakan laporan kemajuan kerja secara berkala. Ini memastikan projek anda selesai dengan sempurna.

𝟭𝟬. 𝗛𝗮𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸
Anda berhak menamatkan kontrak jika kontraktor gagal mematuhi peraturan atau syarat yang ditetapkan. Ini melindungi kepentingan anda dan keluarga daripada kerugian atau masalah yang timbul apabila kontraktor gagal melaksanakan tanggungjawabnya mengikut ikatan kontrak yang telah dipersetujui.

Dengan memahami hak ini, anda boleh memastikan projek pembinaan atau ubah suai rumah berjalan lancar dan mengelakkan masalah seperti penipuan atau kerja tidak berkualiti.

Selamat membina dan mengubahsuai rumah.


&UbahsuaiRumah

Pagi pagi dah cari emas 👍🏼😆🫢. U all cari apa pagi ni?
15/02/2024

Pagi pagi dah cari emas 👍🏼😆🫢. U all cari apa pagi ni?




Takde siapa alert,Loan rumah ni kejam, bunga ratus ribu.Takde siapa alert, If terpaksa amik loan rumah, jangan ambik tem...
03/08/2022

Takde siapa alert,
Loan rumah ni kejam, bunga ratus ribu.

Takde siapa alert,
If terpaksa amik loan rumah, jangan ambik tempoh yang panjang. Jangan ambik maximum. Semakin panjang tempoh pinjaman, semakin tinggi bunga

Tiada siapa alert,
Kambus hutang lelaju. Elak rugi ratus ribu

Gomen tak educate.
Sekolah pun tak educate pasal ni.
Bank opkos la tak educate kita sebab dia nak untung besorrr.

Gerammm.
Mulai harini, berazam, pasak niat sungguh sungguh, nak kambus hutang cecepat, nak spread awareness pada masyarakat pasal bahaya loan rumah ni, dan nak ajar anak-anak pasal saving emas untuk preparation masa depan.

Tak mampu beli tanah atau rumah untuk anak-anak, start simpan emas untuk mereka. Nanti boleh letgo mughah mughah rege kasih sayang. Nak bagi percuma pun boleh, cumaaa.... Fikir sendiri la 😅

bina lah rumah kalau mampu insha Allah..

Ideas.
03/12/2020

Ideas.

Tanda ingatan untuk semua sebelum tahun baru menjelma.
30/11/2020

Tanda ingatan untuk semua sebelum tahun baru menjelma.

Hai selamat pagi semua..Selain pembinaan dan ubahsuai rumah, pihak kami turut melaksanakan kerja fabrikasi logam seperti...
11/08/2020

Hai selamat pagi semua..

Selain pembinaan dan ubahsuai rumah, pihak kami turut melaksanakan kerja fabrikasi logam seperti grill pintu dan tingkap, ms grating, awning dan sebagainya. Kerja-kerja ini dilaksanakan sepenuhnya oleh team kami di kilang milik kami sendiri.

Awning p**a terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya metal deck, polycarbonate, tempered glass dan aluminum composite panel ACP ( gambar di bawah ).

Setiap jenis awning memiliki kelebihan tersendiri. Pemilihan jenis juga bergantung kepada tahap kewangan dan status yang dimiliki oleh pelanggan.

Sekian info ringkas dari kami.






Sekiranya anda berminat mendapatkan khidmat kami, boleh hubungi nombor yang tertera dibawah atau terus tekan butang WhatsApp untuk berhubung dengan kami.

Have a nice day..😀😀😀

Salam Ramadhan 1438H drpd team kami..
28/05/2017

Salam Ramadhan 1438H drpd team kami..

12/02/2017
Bismillahirahmanirrahim. ..Assalamualaikum dan salam sejahtera.
02/06/2015

Bismillahirahmanirrahim. ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

05/10/2014
Kelayakan pinjaman perumahan utk kakitangan awam..
04/07/2014

Kelayakan pinjaman perumahan utk kakitangan awam..

Proses penyediaan I-beam utk struktur bumbung..lokasi:kilang besi kami..
28/06/2014

Proses penyediaan I-beam utk struktur bumbung..lokasi:kilang besi kami..

Address

No. 26, Jalan Lestari 1, Taman Amalina Lestari
Raub
27600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60166299252

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bina Rumah Harga Murah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bina Rumah Harga Murah:

Share