28/09/2026
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..
Menerima berita pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini pada usia 100 tahun. Berita tersebut disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Pemergian seorang insan yang telah melalui begitu panjang perjalanan kehidupan pastinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarga, sahabat-handai dan seluruh rakyat yang mengenali serta menghargai jasa dan sumbangan Allahyarhamah.
Terima kasih, Tun Dr. Siti Hasmah.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, ketabahan dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang hayat kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Kini, setelah genap 100 tahun perjalanan hidup, beliau kembali menghadap Ilahi.
Semoga segala kebaikan yang pernah dilakukan menjadi amal yang terus mengalir pahalanya. Semoga segala jasa dikenang sebagai sebahagian daripada perjalanan sejarah dan kehidupan negara ini.
Buat Tun Dr. Mahathir Mohamad, anak-anak, keluarga serta seluruh insan yang menyayangi arwah, kami titipkan salam takziah dan doa agar dikurniakan kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan yang amat berat ini.
Ya Allah, ampunkanlah segala dosanya, rahmatilah rohnya, lapangkanlah kuburnya, terangkanlah tempat persemadiannya dan tempatkanlah beliau bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengurniakan husnul khatimah serta menempatkan arwah di tempat yang terbaik di sisi-Nya.
Al-Fatihah.
Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali
12 Julai 1926 β 28 September 2026