04/09/2026
UAC Berhad, menerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), menyeru seluruh warga kerja dan masyarakat untuk bersama-sama menyokong Kempen Bersama Wira: “Seringgit Je”, sebuah inisiatif yang bertujuan membantu keluarga asnaf dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dengan serendah RM1, setiap daripada kita berpeluang menyumbang kepada kesejahteraan mereka yang memerlukan. Walaupun kecil nilainya, setiap ringgit yang dihulurkan mampu membawa sinar harapan dan memberi makna yang besar kepada penerima.
Pada tahun 2025, Kempen Bersama Wira telah memberi manfaat kepada 200 keluarga asnaf ATM. Melangkah ke tahun ini, marilah kita teruskan usaha murni ini dengan menyumbang mengikut kemampuan masing-masing demi meringankan beban dan membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.
Kerana apabila kita bersama, seringgit mungkin kecil buat kita, tetapi besar ertinya buat mereka. 🤍
Seringgit daripada kita, sinar harapan buat mereka. 🤍