28/09/2026
Saat ramai rakyat Malaysia sedang concern dan mendoakan keadaan Tun, ada tiga petugas kesihatan yang setia berada di sisi beliau.
Kebetulan, mereka datang daripada tiga latar berbeza.
Melayu, India dan Cina.
Nampak seperti satu kebetulan yang biasa.
Tetapi dalam gambar ini, kebetulan itu terasa sangat besar maknanya.
Seolah-olah tiga petugas kesihatan ini sedang mewakili seluruh rakyat Malaysia.
Di saat seluruh Malaysia bimbang melihat keadaan Tun, merekalah antara insan yang berada paling dekat, memantau dan memastikan beliau terus mendapat rawatan terbaik.
Malah perkara kecil seperti tangan yang sentiasa disanitasi demi menjaga hygiene dan mengurangkan risiko jangkitan pun menggambarkan betapa telitinya amanah ini dijaga.
Terima kasih, frontline kita.
Terima kasih kerana menjaga Tun dengan penuh amanah dan kasih seorang petugas kesihatan.
Malaysia hargai kalian.