28/04/2026
STIC UMPSA Teroka Kolaborasi Strategik Bersama University of Tsukuba Malaysia π²πΎπ―π΅
28 April 2026 - Delegasi Sports Technology Innovation Centre (STIC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA Malaysia) telah mengadakan lawatan ke University of Tsukuba Malaysia, Lembah Pantai sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang teknologi sukan.
Lawatan ini merupakan susulan kepada kunjungan terdahulu STIC ke University of Tsukuba, Ibaraki, Jepun pada 16 April 2026, yang membuka ruang kepada perbincangan lanjut bersama pakar antarabangsa.
Delegasi STIC telah mengadakan pertemuan bersama:
π€ Prof. Shigetada Kudo
Profesor Biomekanik, University of Tsukuba
Dalam sesi tersebut, pihak STIC telah membentangkan inisiatif dan penyelidikan terkini dalam bidang sports technology di UMPSA, di samping meneroka peluang kolaborasi strategik dalam penyelidikan dan pembangunan.
Antara hasil perbincangan utama termasuk cadangan penubuhan sebuah jurnal akademik yang memfokuskan kepada sports science, engineering dan technology. Prof. Kudo turut menyatakan kesediaan untuk dilantik sebagai salah seorang ahli editorial board, sekali gus memperkukuh kredibiliti dan jaringan antarabangsa jurnal yang dicadangkan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen STIC UMPSA dalam memperluas jaringan global serta memperkasa bidang teknologi sukan melalui kolaborasi berimpak tinggi di peringkat antarabangsa π²πΎπ―π΅
UMPSA Research & Innovation