21/05/2025
Trial lay
Plant trial? Trial lay? Dua istilah ini sentiasa digunakan oleh kontraktor dan pihak S.O. sendiri. Adakah ia memberi maksud yang sama? Clause 4.3.3.3 (b) dalam JKR/SPJ/2008-S4 menyatakan plant trial. Tiada istilah trial lay. Namun, ramai di kalangan pemain industri di negara ini yang faham bahawa jika ia melibatkan penghasilan, penurapan dan pemadatan asphalt, itu biasanya dipanggil trial lay. Sebaliknya jika ia hanya melibatkan penghasilan sedikit asphalt dan dibuat ujian di makmal di asphalt mixing plant (kuari), itu dipanggil plant trial. Ujian yang biasa dijalankan semasa plant trial itu ialah binder content dan aggregate grading (bagi mengesahkan pematuhan atas job mix formula - JMF) serta volumetric properties (air voids - VFB, VIM) dan Marshall stability dan flow ke atas spesimen Marshall. Plant trial yang diamalkan ini tidak dinyatakan dalam SPJ. Namun, adalah wajar ia dilaksanakan oleh pihak kuari, tanpa perlu disaksikan oleh pihak S.O., bagi memastikan pihak kuari bersedia menghasilkan asphalt yang mematuhi JMF untuk trial lay. Jika asphalt yang dihasilkan didapati tidak mematuhi JMF umpamanya, pihak kuari seharusnya ulang plant trial itu sehingga berjaya dan diberi kelulusan awal oleh pihak S.O. ke atas JMF yang dicadangkan itu (cadangan JMF adalah berdasarkan mix design yang dibuat sebelum itu). Jika umpamanya aggregate grading yang dihasilkan semasa plant trial tidak sama dengan mix design (tidak sama bermaksud grading curve terkeluar dari grading envelope JMF iaitu grading curve mix design +/- toleransi yang ditetapkan dalam Table 4.3.6), adalah tidak wajar dan tidak seharusnya diterima jika aggregate grading diubah sesuka hati selepas plant trial. Ini adalah kerana perubahan ke atas aggregate grading akan turut melibatkan perubahan ke atas optimum binder content, dan perubahan ini hanya dapat ditentukan dan disahkan jika mix design dibuat semula, dengan menggunakan aggregate grading yang diubah itu.
Setelah pihak kuari berpuas hati dan yakin dapat menghasilkan asphalt sepertimana mix design hasil dari pelaksanaan plant trial itu, baharulah trial lay dapat diatur untuk dilaksanakan.
Kawasan trial lay hendaklah diluluskan oleh S.O. Kawasan ini seharusnya bukan sebahagian dari tapak kerja dalam kontrak. Walau bagaimanapun, bagi kerja pembaikan berkala pavemen dalam kontrak penyenggaraan jalan persekutuan, kawasan trial lay ini dibenarkan dibuat di tapak kerja.
Clause 4.3.3.3 (b) itu menetapkan setelah kelulusan awal ke atas job mix formula yang dicadangkan itu diperolehi daripada S.O., kontraktor hendaklah merancang untuk menghasil, menurap dan memadat asphalt yang mematuhi JMF itu, iaitu melaksanakan trial lay. Kuantiti minimum asphalt untuk triial lay ialah 20 tan. Tidak sebagaimana plant trial, trial lay seharusnya disaksikan oleh pihak S.O.
Sepertimana dinyatakan dalam SPJ, trial lay ini dilaksanakan untuk memastikan asphalt yang dihasilkan mematuhi JMF dan tahap pemadatan adalah memuaskan. Saya berpandangan ada tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian dan dibuat ujian semasa trial lay;
a. Jentera penurapan yang digunakan (paver, rollers).
b. Asphalt yang dihasilkan (komposisi - binder content dan aggregate grading, serta air voids, Marshall stability dan flow).
c. Kerja penurapan yang dijalankan (mixing, laying dan rolling temperatures, rolling pattern, laying thickness, compacted thickness dan density).
Sepertimana ditetapkan dalam SPJ, tindakan yang diperlu diambil semasa trial lay, antaranya ialah;
a. Rekod jenis dan berat rollers.
b. Rekod jenis paver.
c. Ambil sampel asphalt dari setiap lori (jika guna lebih dari satu lori), buat ujian binder content dan aggregate grading, density, air voids, Marshall stability dan flow.
d. Rekod mixing, laying dan rolling temperatures, rolling pattern dan laying thickness.
e. Ambil sampel core dan buat ujian untuk tentukan compacted thickness dan density.
Jika asphalt itu terbukti mematuhi JMF, dan compacted thickness dan density adalah memuaskan, baharulah kerja sebenar dapat dijalankan. Tapi jangan lupa, semua rekod semasa trial lay hendaklah sentiasa dirujuk. Ini adalah untuk memastikan jentera penurapan yang sama digunakan, mixing, laying dan rolling tempratures, laying thickness dan rolling pattern sepertimana semasa trial lay digunakan. Jika tidak, apa guna buat trial lay!
Bagi trial lay, minimum asphalt yang diperlukan ialah 20 tan (1 lori). Ambil sampel asphalt dari atas lori dari bahagian berbeza (depan, tengah dan belakang lori). Total 20 kg. Campurkan dalam lab, buat quartering untuk sediakan 2 duplicate samples - 1 utk testing, 1 reserved jika perlu repeat testing. Jika tidak comply dengan JMF, dikira fail dan ulang semula trial. 3 core samples untuk ujian density. Ambil di wheelpath, atau antara wheelpaths jika dibuka trafik sebelum coring. JIka tak dapat minimum 98% Marshall density (untuk wearing course), dikira fail, repeat trial lay, tukar rolling temperature, rolling pattern atau kedua-duanya
Tiga perkara yang seharusnya diuji atau diperhatikan semasa trial lay;
1. Bahan
Grading dan bitumen content (mesti mematuhi JMF), air voids, Marshall stability dan flow.
2. Jentera
* Paver - seharusnya tiada segregation, blemishes, stripes, ridges dan sebagainya di belakang paver, screed ada heater, tamping bar dan sebagainya.
* Steel wheeled tandem roller - saiz, keadaan roller drums dan sebagainya.
* Pneumatic tyred roller - saiz, tyre pressure dan sebagainya.
3. Kerja penurapan
Mixing, laying dan rolling temperatures, rolling pattern, compacted density dan thickness.
Jika compaction ok tetapi bitumen content tinggi, boleh menyebabkan bleeding, rutting.
Jika compaction tidak ok tetapi grading dan bitumen content ok? Compactive effort tidak cukup, mungkin rolling temperature rendah, rolling pattern tidak sesuai. Sepertimana ditetapkan dalam SPJ, tindakan yang diperlu diambil semasa trial lay, antaranya ialah;
a. Rekod jenis dan berat rollers.
b. Rekod jenis paver.
c. Ambil sampel asphalt dari setiap lori (jika guna lebih dari satu lori), buat ujian binder content dan aggregate grading, density, air voids, Marshall stability dan flow.
d. Rekod mixing, laying dan rolling temperatures, rolling pattern dan laying thickness.
e. Ambil sampel core dan buat ujian untuk tentukan compacted thickness dan density.
Semasa trial lay, minimum 20 tan, lay katakan dalam 40 m, biasa ambil 3 sampel dari trial lay itu. Ambil purata. Actual laying di tapak baru kita ambil 1 sampel per 500 sq.m (ikut SPJ) atau 1 sampel per 250 lane-m (ikut PQP senggara jalan).
Bagi ujian grading, satu point pun tidak boleh keluar dari Job Mix Formula (JMF) envelope sepertimana ditetapkan dalam SPJ “the S.O. final approval of the job mix formula shall bind the contractor to produce asphaltic concrete mixes confirming to the precise gradation and bitumen content specified in the formula" dalam toleransi yang dibenarkan sepertimana ditetapkan mmgy dalam SPJ Table 4.3.6.