24/04/2026
21 April 2026 | Kunjungan Hormat MWI Melaka Sdn. Bhd. ke Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Komtar Georgetown & Penang Water Service Academy (PWSA) di Kompleks Padang Tembak.
Lawatan ini bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam aspek pengurusan operasi serta penggunaan teknologi dalam industri perkhidmatan air.
Delegasi MWI diketuai oleh Datuk Hj Roslan Hj Ahmad bersama enam orang wakil yang disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Dato’ Ir. Pathmanathan K. serta Pengarah PBA Resources, Dato' Mohd Zulkifli Abdul Hamid.
Dalam perbincangan PBAPP turut berkongsi pendekatan strategik merangkumi pengurusan operasi dan pembangunan modal insan, khususnya melalui Penang Water Services Academy (PWSA) yang berperanan sebagai pusat latihan teknikal dalam industri perkhidmatan air. PWSA turut menjadi platform bagi pembangunan kompetensi tenaga kerja serta amalan terbaik dalam pengurusan air.
Delegasi MWI turut dibawa melawat fasiliti bagi melihat sendiri kemudahan latihan dan teknologi yang digunakan, di samping bertukar pandangan berkaitan amalan industri bagi memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak.