SierraAgrotech

SierraAgrotech PEMBEKAL MESIN PERTANIAN & PERTERNAKAN

01/06/2026

πŸ“’ JAWATAN KOSONG – SIERRA AGROTECH RESOURCES

Sierra Agrotech Resources merupakan syarikat yang terlibat dalam pembinaan, pembuatan, fabrikasi, pemasangan, penyelenggaraan dan pembekalan mesin pemprosesan makanan ternakan, akuakultur, pertanian dan pemprosesan makanan (F&B / hiliran). Kami sedang mencari individu yang rajin, bertanggungjawab dan komited untuk menyertai pasukan kami.

πŸ‘¨πŸ»β€πŸ­ 1. WORKSHOP WELDER

Tanggungjawab:

* Kerja kimpalan dan fabrikasi besi.
* Memotong, memasang dan menyiapkan komponen mengikut spesifikasi.
* Membantu pemasangan dan penyelenggaraan mesin.

Kelayakan:

* Berpengalaman dalam bidang kimpalan/fabrikasi.
* Boleh bekerja secara berdikari dan berkumpulan.

βΈ»

πŸ‘¨πŸ»β€πŸ”§ 2. WORKSHOP FOREMAN (POMEN)

Tanggungjawab:

* Menyelia operasi harian bengkel.
* Melaksanakan pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan mesin.
* Memastikan projek berjalan mengikut jadual.

Kelayakan:

* Berpengalaman dalam bidang mekanikal, elektrik atau penyelenggaraan mesin.
* Mempunyai kemahiran menyelia pekerja.

βΈ»

πŸ”© 3. WORKSHOP HELPER

Tanggungjawab:

* Membantu kerja fabrikasi, pemasangan dan penyelenggaraan.
* Membantu mengurus peralatan dan kebersihan bengkel.

Kelayakan:

* Rajin, jujur dan bersedia belajar.
* Tiada pengalaman digalakkan memohon.

βΈ»

🎁 KEMUDAHAN & FAEDAH

βœ… Gaji menarik mengikut pengalaman
βœ… Bayaran OT (Overtime)
βœ… Elaun berkaitan kerja
βœ… Caruman EPF & SOCSO
βœ… Latihan disediakan
βœ… Peluang kenaikan pangkat

πŸ“ Lokasi Kerja: Masai, Johor

πŸ“² WhatsApp Resume:
019-654 4320 (Rozwan)
019-261 2557 (Ahmad Fauzi)

πŸ“§ Email Resume:
[email protected]

πŸš€ Kemasukan segera. Calon yang berminat dipelawa menghantar resume sekarang!

27/05/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha

Terima kasih atas pertanyaan dan maklum balas.Untuk makluman semua, Sierra Agrotech Resources adalah syarikat yang menja...
25/03/2026

Terima kasih atas pertanyaan dan maklum balas.

Untuk makluman semua, Sierra Agrotech Resources adalah syarikat yang menjalankan pembekalan mesin pemprosesan makanan ternakan dan mesin pelet ikan serta latihan operasi dan penyelenggaraan mesin.

Buat masa ini kami aktif berkongsi aktiviti, projek, dan penerangan teknikal melalui platform TikTok kerana ia lebih mudah untuk menunjukkan operasi mesin, demo pelet terapung, dan aplikasi sebenar di workshop.

Selain itu, kami juga menjalankan:β€’ Bengkel latihan mesin pelet ikanβ€’ Pembekalan mesin kepada penternak, universiti dan agensiβ€’ Khidmat konsultasi dan troubleshooting mesinβ€’ Operasi workshop di Taman Sierra Perdana, Masai, Johor

Peserta juga dialu-alukan untuk datang terus ke workshop untuk melihat mesin dan operasi sebenar sebelum membuat keputusan menyertai kursus.

Kami amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan boleh berkongsi profil syarikat, gambar workshop, serta projek yang telah dijalankan.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan semua.

21/02/2026

apabila hujan turun di kolam , kandungan oksigen dalam air mula berubah. Percikan air di permukaan membantu melarutkan lebih banyak oksigen dari udara, tetapi perlu pastikan perubahan ini tidak terlalu mendadak sehingga mengejutkan ternakan.
Jadi bagaimana?

Ramadhan adalah waktu untuk memperbaiki diri dan memperbanyak amal kebaikan. Semoga bulan yang suci ini membawa kita leb...
18/02/2026

Ramadhan adalah waktu untuk memperbaiki diri dan memperbanyak amal kebaikan. Semoga bulan yang suci ini membawa kita lebih dekat dengan Allah SWT dan mempererat ukhuwah kita. Selamat Menjalani Ibadah Bulan Ramadhan 1147H

09/02/2026

Jom buat makanan ikan

Address

No. 23, Jalan Sierra Perdana 4, , Taman Sierra Perdana
Masai

Telephone

+60196544320

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SierraAgrotech posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category