24/05/2024
LUAHAN HATI TAUKE CAP AYAM
Bukan mudah mencari pekerja tempatan berkualiti dalam bidang kimpalan ni. Semua gaji nak besar. Tapi ‘attitude’ kedaung. Lepastu bila orang asing ramai di Malaysia. Tak dapat terima.
Biasa dalam temuduga jarang welder nak bawak ‘Resume’. Bila ditanya pengalaman. KLCC pun dia pernah buat. Hanya cerita dan cerita untuk mendapatkan basic tinggi.
Kita dapat beza kan tahap kemahiran dalam masa sehari je. Attitude tu boleh nampak dalam masa sebulan dua. Nak berpura pura ni bukan boleh lama. Sekejap je. Dia akan tak tahan untuk berlakon.
Terus terang saya katakan, jika dapat pekerja tempatan yang bermasalah, perniagaan anda tidak akan dapat buat duit. Sehari kita ada 8 jam. Bayangkan welder tempatan anda boleh buat kerja 4 jam sahaja. Selebihnya rehat, rokok, mundar mandir dan menular.
Tak pelik kenapa di Malaysia ramai welder ‘one man show’. Nak dapat pekerja yang berkualiti bukan mudah. Jika anda masih ada yang setia dan berjiwa besar. Hargailah mereka. Bayarlah gaji yang setimpal dengan tahap mereka.