MS Road Works Sdn Bhd

MS Road Works Sdn Bhd MS Road Works Sdn. Bhd. have nearly 30 years of experience in road works construction Ms Road Works Sdn. has its own expertise in road works services.

We provide various road work services which include Road Paving & Milling,Road Marking,Road Signboard & Furniture,Drainage and Earthwork. MS Road Works maintained a solid reputation for excellence in the road building industry in Malaysia over the past 30 years. As a regular supplier of road construction and maintenance services to the municipalities, private companies and other developers. " Your Road Specialist "

Johor akan menjadi negeri pertama untuk menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran ...
05/11/2024

Johor akan menjadi negeri pertama untuk menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan pada 3 November.

Selain itu, Kerajaan Negeri Johor menerusi Johor Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini. Kerjasama ini membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta.

Kerajaan Negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira AS$190 juta ke negeri ini.

Projek-projek baharu ini dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam beberapa tahun yang akan datang.

Untuk makluman semua, dalam masa terdekat Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan akan dinaik taraf sebelum dibuka kepada umum sebagai usaha menambah nilai pelancongan di Johor Bahru. Kedua-dua Bangunan Sultan Ibrahim dan Istana Besar Johor mempunyai pelbagai sejarah Johor sejak abad ke-19.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀)Tawaran Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor BUMIPUTERA...
24/10/2024

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀
𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀)

Tawaran Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM-CIDB), Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta lain-lain sijil yang masih sah adalah di pelawa untuk menyertai sebut harga di bawah ini:

24/10/2024

SUV Dipandu Pelajar 18 Tahun Rempuh Kereta

Seorang doktor dan anak lelakinya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu seorang pelajar 18 tahun di Kluang, Johor.

24/10/2024

[UPDATE] KERATAN AKHBAR PILIHAN: CEO GISBH, 21 PENGIKUT DIDAKWA TERBABIT KEGIATAN SALAH SEJAK 2020

Selayang, 24 Oktober 2024 - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pengikutnya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020.

Selain Nasiruddin, 65, turut didakwa isterinya, Datin Azura Md Yusof, 57, dan seorang anak bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tamimi Asa''ari, 32.

Pengikut lain yang didakwa adalah Hasnan Abd Hamid, 53, Mohd Shukri Mohd Noor, 53, Mokhtar Tajuddin, 60, Shuhaimi Mohamed, 56, Muhammad Afdalu-Zahid Azhar@Nadzri, 51, Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 34, dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 28.

Pengikut wanita lain yang didakwa adalah Hamimah Yakub, 72, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly,44, Mahani Kasim, 54, Siti Hajar Ismail, 51, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 27, Nurul Jannah Idris, 28, Nur Jannah Omar, 32, dan Siti Salmiah Ismail, 57.

Bagaimanapun, semua tertuduh hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh terdiri daripada 13 lelaki dan sembilan wanita itu kerana kes mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan yang dibaca berasingan, mereka didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH di sebuah premis di Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, Rawang antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.

Kesalahan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani, Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail dan Siti Hajar Mat Radzi.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

Sumber: Harian Metro

24/10/2024
𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐋𝐎𝐑𝐎𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐏𝐔𝐑𝐀 𝟑𝟑/𝟏 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐈𝐊𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐑𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐈𝐍𝐓𝐑𝐄𝐄 𝐒𝐄...
24/10/2024

𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐋𝐎𝐑𝐎𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐏𝐔𝐑𝐀 𝟑𝟑/𝟏 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐈𝐊𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐑𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐈𝐍𝐓𝐑𝐄𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐋𝐀𝐈𝐍-𝐋𝐀𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍

Untuk makluman terdapat keperluan penutupan sebahagian lorong Jalan Indahpura 33/1 bagi kerja- kerja menaiktaraf Bulatan Iris dan Bulatan Raintree yang akan dilaksanakan oleh pihak pemaju Genting Property Sdn Bhd. Tempoh penutupan jalan ini adalah sebagaimana ketetapan yang berikut:

Tarikh: 𝟐𝟒 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬) 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟕 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐀𝐡𝐚𝐝)

Pengguna dan orang awam dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif bagi kelancaran perjalanan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan. Terima Kasih.

Majlis Perbandaran Kulai

20/02/2024
SITUASI TERKINI BANJIR NEGERI JOHOR Sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 1,510 penduduk ...
05/01/2024

SITUASI TERKINI BANJIR NEGERI JOHOR

Sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 1,510 penduduk daripada 394 keluarga di empat daerah yang terjejas akibat banjir, setakat jam 2 petang.
Sebuah PPS baharu dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gembut, hari ini, menjadikan keseluruhan tujuh PPS beroperasi di Kota Tinggi diikuti Johor Bahru (empat), Mersing (dua) dan Kluang (satu).
Penduduk terutama di kawasan berisiko banjir disarankan mengikuti perkembangan cuaca semasa menerusi media sosial rasmi METMalaysia serta Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran selain mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Notis Pembukaan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kota Tinggi.Bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut 202...
05/01/2024

Notis Pembukaan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kota Tinggi.

Bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut 2024.

Jawatan Kosong Admin di I-Park Indahpura, Kulai Johor. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor seperti tertera di bawah...
30/10/2023

Jawatan Kosong Admin di I-Park Indahpura, Kulai Johor. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor seperti tertera di bawah.

Sekian, Terima Kasih

Rumah Mampu Milik JohorTempoh Permohonan : 28 Julai 2023 - 28 Sept 2023
13/09/2023

Rumah Mampu Milik Johor

Tempoh Permohonan : 28 Julai 2023 - 28 Sept 2023

JUALAN RAHMAH BERGERAK PERINGKAT NEGERI JOHORNantikan Program Jualan Rahmah Bergerak/Mobil Peringkat Negeri Johor yang a...
25/08/2023

JUALAN RAHMAH BERGERAK PERINGKAT NEGERI JOHOR

Nantikan Program Jualan Rahmah Bergerak/Mobil Peringkat Negeri Johor yang akan berada di lokasi-lokasi terpilih seluruh Johor.
Jangan lepaskan peluang untuk berbelanja serta dapatkan barang keperluan harian dengan harga yang lebih murah.

Address

PTD. 47237/LOT. 58916(B/S), Jalan PEKELILING TANJUNG 27, KAWASAN PERINDUSTRIAN INDAHPURA
Kulai
81000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60 7-663 2664

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MS Road Works Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share