31/12/2025
PENUTUP TIRAI 2025
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, AMAL Kuching bersama Rakan Gabungan Van Jenazah Sarawak telah menutup tirai tahun 2025 dengan penuh rasa syukur atas segala amanah, kepercayaan serta sokongan berterusan yang diberikan oleh masyarakat.
Sepanjang tahun 2025, AMAL Kuching kekal komited melaksanakan khidmat fardhu kifayah dan kebajikan kepada masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Setiap perkhidmatan yang disampaikan berteraskan nilai keikhlasan, kemanusiaan dan semangat kesukarelawanan demi membantu mereka yang memerlukan.
Bagi tempoh ini, AMAL Kuching telah merekodkan pencapaian perkhidmatan seperti berikut:
▪ Pengurusan Jenazah: 614 kes
▪ Perkhidmatan Ambulans AMAL: 251 kes
▪ Pinjaman Katil Pesakit: 130 unit
Angka-angka ini bukan sekadar statistik, malah mencerminkan keperluan sebenar masyarakat serta tanggungjawab besar yang digalas oleh pasukan AMAL Kuching saban hari, siang dan malam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh pengguna perkhidmatan AMAL Kuching, para sukarelawan yang tidak mengenal erti penat lelah, serta para penyumbang dan penyokong yang sentiasa berkongsi saham amal jariah bersama kami.
Sesungguhnya, setiap sumbangan dalam bentuk tenaga, masa, idea dan kewangan amat bermakna dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan ini dapat diteruskan demi manfaat ummah.
Semoga segala kebaikan yang disumbangkan sepanjang tahun 2025 ini diterima sebagai amal soleh, dilipatgandakan ganjarannya serta menjadi bekalan berharga di akhirat kelak.
InsyaAllah, AMAL Kuching akan terus melangkah ke hadapan dengan tekad yang lebih utuh untuk berkhidmat, membantu dan menyantuni masyarakat pada tahun-tahun mendatang.
Untuk makluman semua, bermula 1 Januari 2026, AMAL Kuching secara rasminya telah berpindah dan mula beroperasi di premis baharu yang beralamat di:
Sublot 352
Taman Sumber Alam Sanctuary
📍 https://maps.app.goo.gl/2AXz2b1nd853Wec2A?g_st=ac
Perpindahan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan AMAL Kuching bagi memperkukuh sistem operasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan kebajikan dan fardhu kifayah kepada masyarakat.
Kepada para dermawan dan penyumbang yang ingin terus berkongsi saham amal jariah bersama kami, sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:
Bank: Bank Rakyat
No. Akaun: 1101662633
Nama Akaun: AMAL Kuching
Setiap sumbangan yang diberikan amat kami hargai dan akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan seperti pengurusan jenazah, perkhidmatan ambulans serta bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.
Bagi sebarang urusan kecemasan atau pertanyaan berkaitan perkhidmatan, orang ramai boleh menghubungi HOTLINE 24 JAM AMAL Kuching di talian:
📞 019-855 7806
Terima kasih atas sokongan, kepercayaan serta doa yang tidak putus-putus diberikan kepada AMAL Kuching.
Semoga segala sumbangan dan kerjasama yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati oleh Allah SWT.
Amiin....
1 place - Katil pesakit Ambulans AMAL