ZF Industrial Global

ZF Industrial Global Authorized Dealer
MANNOL MALAYSIA
PAHANG

Stok untuk enjin diesel yang "Paling hangat, Paling laku keras". Tulah dia Mannol Diesel Extra 10W-40 dan TS-7 UHPD BLUE...
21/11/2024

Stok untuk enjin diesel yang "Paling hangat, Paling laku keras". Tulah dia Mannol Diesel Extra 10W-40 dan TS-7 UHPD BLUE 10W-40. Kadang2 kat warehouse HQ pun habis stok.

𝗗𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗘𝘅𝘁𝗿𝗮 𝟭𝟬𝗪-𝟰𝟬
✅ Semi Synthetic + SCT-Ester
✅ API CH-4/SN
✅ ACEA A3/B4
👉 VOLKSWAGEN 505 00 | 502 00 | 501 01 | 500 00
👉 MB 229.3 | MB 229.1
👉 PSA B71 2296
👉 RENAULT RN0700 | RENAULT RN0710

𝗧𝗦-𝟳 𝗨𝗛𝗣𝗗 𝗕𝗟𝗨𝗘 𝟭𝟬𝗪-𝟰𝟬
💯 Fully Synthetic + SCT-Ester
✅ API CK-4/CJ-4
✅ ACEA E8 | ACEA E11
✅ Approval: MACK EOS-4.5 | DAIMLER DTFR 15C110 | RENAULT VI RLD-3 | VOLVO VDS-4.5
👉 DAF (ACEA E6) | IVECO (ACEA E6) | CATERPILLAR ECF-3 | CUMMINS CES 20086 | DETROIT DIESEL DDC 93K222 | MB 228.31 | MAN M 3477 | MAN M 3775

Boleh didapati di bengkel Authorised Mannol

http://www.WhatsAap.my/601155500537/ZF
http://www.WhatsAap.my/601155500537/ZF
http://www.WhatsAap.my/601155500537/ZF

Prestasi Tanpa Kompromi

19/03/2024
13/03/2024
21/11/2023
𝗞𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗔𝗣𝗔 𝗜𝗧𝗨 𝗔𝗣𝗜, 𝗔𝗖𝗘𝗔 𝗱𝗮𝗻 𝗢.𝗘.𝗠 𝗦𝗽𝗲𝗰𝗶𝗳𝗶𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻. (Bacaan 5 - 10 minit)Dah lama min tak sentuh pasal Piawaian aka Standa...
16/08/2023

𝗞𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗔𝗣𝗔 𝗜𝗧𝗨 𝗔𝗣𝗜, 𝗔𝗖𝗘𝗔 𝗱𝗮𝗻 𝗢.𝗘.𝗠 𝗦𝗽𝗲𝗰𝗶𝗳𝗶𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻. (Bacaan 5 - 10 minit)

Dah lama min tak sentuh pasal Piawaian aka Standards ni. Sedia maklum yang biasa orang Malaysia tahu adalah piawaian daripada API; akronim kepada American Petroluem Institute. Tetapi ramai yang tidak sedar atau tahu pasal:
✅ ACEA
✅ O.E.M (Original Equipment Manufacturer

Jom kita lihat prinsipal dalam menghasilkan minyak enjin iaitu:
👉 BLENDING
👉 UJIAN / TESTING / BENCH TEST / RIG TEST.
👉 PEMATUHAN PARAMETER PIAWAIAN / STANDARDS
Blending merupakan asas kepada pembuatan minyak enjin di mana Base Oil dan Additives di formulasikan bersama untuk menghasilkan minyak pelincir.
Ujian / Testing / Bench Test / Rig Test p**a merupakan amalan untuk menentukan perkara2 berikut:
👉 SAE Grade
👉 Viscosity Index | Flash Point | Pour Point | TBN | Kinematic Viscosity dll.
Di dalam ujian inilah, minyak pelincir di kategorikan samada Mematuhi atau Melepasti Piawaian yang di inginkan. Terdapat DUA(2) jenis Kaedah / Method yang biasa digunapakai, iaitu 👉 ASTM dan 👉 CEC. As you can rest assure, Mannol menggunakan kaedah ini dalam menguji minyak pelincir. Terdapat pelbagai ujian antaranya adalah:
👉 ASTM D2896, D92, D6749, D6278, D445, CEC-L-093, CEC-L-88-T-02 dan lain2 lagi.

✅ API - American Petroluem Institute
(Rujuk gambar 3) - API mengeluarkan satu set PARAMETER yang perlu di uji oleh setiap pengeluar minyak enjin dunia. Dalam contoh tersebut adalah Requirement untuk API SM. Sekiranya minyak enjin mematuhi atau melepasi Limit yang ditetapkan oleh API untuk SM, maka minyak pelincir tersebut layak di labelkan sebagai API SM. Begitu juga dengan API SN, SP dll. Parameter di keluarkan oleh API, pengeluar minyak enjin cuma perlu melepasi ujian yang ditetapkan.
API memiliki satu laman database yang memaparkan pengeluar atau jenama minyak yang meletakkan label API DONUT yang biasa kita lihat pada botol minyak enjin. Mana2 pengeluar yang tidak mempunyai API DONUT, bermakna minyak tersebut mematuhi dan melepasi ujian API, tetapi tidak membayar API licensing (rujuk gambar 11, akhir). API Licensing ini membolehkan minyak enjin yang didaftarkan, disenaraikan di dalam EOLCS. Kalau taknak daftar, just LABELkan sahaja API apa yang di patuhi TANPA API Donut.
Mana2 pengeluar yang meletakkan API Donut, tapi tidak berdaftar, boleh dikenakan tindakan. Sebab itulah banyak pengeluar minyak jenama yang diragukan, meletakkan API DONUT yang berbeza dari yang API keluarkan. Kadang2 sanggup tiru seakan2, untuk mengelirukan pengguna.

✅ ACEA - European Automobile Manufacturers' Association
(Rujuk gambar 4, 5, 6, 7) - ACEA merupakan piawaian dari Eropah hasil daripada gabungan 15 pengeluar enjin di Eropah, antaranya BMW, Audi, Renault, Mercedes dan lain2. Dimana mereka memerlukan satu piawaian khusus untuk enjin yang mereka keluarkan. Sebab itulah pemilik kereta Eropah, mereka akan tengok piawaian ACEA berbanding API. Malah, minyak dari Amerika dan lain2 juga perlu menguji minyak enjin berdasarkan Parameter yang di keluarkan oleh pihak ACEA. Contoh parameter boleh dilihat pada gambar 4 & 5 untuk ACEA A5/B5 dan ACEA C. Contoh kenderaan yang guna ACEA adalah Ford. Sebab tu Ford Ranger keluaran 2016 ke atas, mereka menyarankan ACEA A5/B5 dalam buku manual.
Spesifikasi ACEA ini adalah bersifat VOLUNTEER (sama seperti API) tetapi tidak mempunyai sebarang Database atau Listing minyak enjin seperti API. Tetapi kita boleh lihat, banyak pengeluar minyak enjin Amerika dan Asian yang mempunya spesifikasi ACEA. Sebab untuk memasuki pasaran Eropah, mereka kena patuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh ACEA. Kalau tak, tak lakulah minyak enjin diaorang. Just follow PARAMETER yang dikeluarkan oleh ACEA mengikut code of conduct dan audit tertentu pada sampel serta pematuhan EELQMS.

✅ Original Equipment Manufacturer (O.E.M) - merupakan piawaian terpenting dan selalu pemilik kenderaan terutama Eropah abaikan atau tak pernah ambil tahu. Ia adalah piawaian yang di keluarkan sendiri oleh pengeluar enjin seperti BMW, Mercedes, Audi, Ford, Renault, Honda dan lain2 lagi. Sebagai contoh min letak disini:
MB 229.51, VW 504 00/507 00, BMW LL-04, Renault RN 0700 dan banyak lagi. Spesifikasi OEM ini, PARAMETERnya di keluarkan sendiri oleh setiap pengeluar enjin (mostly Eropah, sebahagian Asian dan Amerika). Pengeluar minyak pelincir ada 2 pilihan; PATUHI piawaian atau MENGHANTAR SAMPEL kepada pengeluar enjin untuk mendapatkan persijilan atau APPROVAL. Sebab itulah minyak enjin seperti Mannol Elite yang ada MB 229.51 APPROVAL. Bermaksud ianya diuji sendiri oleh Mercedes Benz.
Bila melibatkan spesifikasi OEM, pemilik boleh dikatakan, "just abaikan" API dan ACEA dan cari minyak pelincir yang memiliki spesifikasi OEM. Sebagai contoh pada (Gambar 2), Mannol Elite 5W-40 memiliki piawaian OEM seperti MB 229.51 (Approval), MB 229.3, Porsche A40 dan lain2.
✅ Apa pentingya OEM specification ni?
Sebab untuk elakkan enjin mengalami kerosakan dan minyak enjin yang tidak menepati parameter yang ditetapkan. Terdapat satu kes di Amerika sebelum ni di mana, VW Passat mengalami masalah Jellying disebabkan menggunakan minyak yang hanya ada API sahaja, tapi spesifikasi OEM dari VW.

Jadi di sini min ringkaskan yang mana perlu korang rujuk dahulu:
✅OEM > ACEA > API (boleh rujuk gambar 8, 9, 10)
Simple.
Mannol? Mannol merupakan pengeluar minyak enjin Eropah yang menyasarkan pasaran mostly untuk kenderaan Eropah dan seantero dunia. Sebab itulah tidak banyak minyak enjin Mannol yang ada API Donut atau listing di dalam EOLCS. Sebab Mannol penting aspek utama iaitu, OEM dan ACEA. API tetap kami patuhi dan lepasi piawaian dan tiada masalah digunakan pada mana2 kenderaan Asian seperti Honda, Perodua, Proton, Kia, Nissan Toyota dan lain2 lagi. Minyak enjin seperti Energy Formula JP 5W-30, Energy Ultra JP 5W-20, Legend Ultra 0W-20 antara minyak enjin yang mencapai dan melepasi tahap piawaian API SN, SN Plus dan SP.
Panjang lebar min karang ni, kalau korang tak hadam juga tak tahulah. Boleh ajukan sebarang persoalan di ruangan komen untuk topik Piawaian ini. InshaAllah kami akan jawab sebaiknya.
👉 Tahukah anda, tidak lama lagi, akan keluar piawaian terbaru daripada negara China dan India. Masih dalam peringkat pengenalan dan spesifikasi lagi.

Jadi, jangan sempitkan pemikiran anda dengan API sahaja, sedangkan ACEA, OEM, ILSAC dan banyak lagi sebenarnya Standards atau Piawaian yang ada dalam dunia ini. Kita sebagai pengguna kena ambil tahu dan belajar pasal perkara ini.

Sekian daripada admin handsome lagi kacak.

Kredit Mannol Malaysia

Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 1444H.
22/03/2023

Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 1444H.

Address

Kuantan
26070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ZF Industrial Global posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ZF Industrial Global:

Share