04/06/2026
Dari mana datang Rohingya ke Terengganu, dan bagaimana mengurangkan pop**asi mereka di negeri kita?
Jika diperhalusi, majoriti komuniti Rohingya yang berada di Terengganu hari ini bukan datang secara terus dari Rakhine. Sebaliknya, mereka adalah gelombang migrasi pusingan kedua yang berpindah dari kawasan Pantai Barat Semenanjung
Mereka berpindah Terengganu untuk terus hidup apabila ketepuan ekonomi dan tekanan penguatkuasaan yang agresif berlaku di Pantai Barat
Sejak 5-6 tahun terakhir ini, wujud toleransi ekonomi dan peluang luas untuk mereka mencari rezeki di negeri kita.
Sektor-sektor kritikal seperti pertanian, perikanan, pembinaan, dan pasaran runcit tempatan menawarkan ruang subur untuk mereka bertapak.
Hari ini ramai di antara mereka yang diambil bekerja, menjaja, malah berniaga di premis-premis runcit secara terang-terangan
Cara mengurangkan pop**asi mereka bukan dengan menghalau mereka. Ke mana kita mahu halau mereka jika status mereka sendiri tiada negara?
Strategi sebenar yang paling praktikal adalah tutup peluang cari makan mereka. Kelak runtuhlah ekosistem keselesaan mereka di negeri kita.
Bagaimana?
Pertama, menyekat total pemilikan dan pengoperasian perniagaan termasuk taktik Ali Baba. PBT di bawah kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak untuk melarang warga asing mengendalikan sebarang lesen perniagaan, pasar malam, mahupun penjajaan.
Gunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk menyita barangan, premis, mengenakan kompaun serta membatalkan lesen perniagaan warga tempatan yang bersubahat
Kedua, memutuskan rantaian pekerjaan tidak sah melalui tindakan terhadap majikan. PBT boleh menggantung / membatalkan lesen premis tempatan yang didapati menggaji Rohingya.
Ketiga, menggerakkan operasi bersepadu dengan kerjasama agensi Persekutuan. PBT akan bertindak memeriksa premis, menyita barangan, dan membatalkan lesen. Imigresen dan PDRM p**a akan menahan dan mendakwa individu terbabit.
Formula ini dipraktikkan di negeri-negeri Pantai Barat sehinggakan sebahagian mereka terpaksa berpindah mencari rezeki di Terengganu p**a
Walaupun kita simpati terhadap nasib malang warga Rohingya, namun implikasi rantaian masalah sosial, keselamatan, dan kedaulatan ekonomi tempatan adalah jauh lebih berat kesannya kepada masa depan negeri kita.
Kerajaan negeri mempunyai ruang kuasa besar dalam isu ini. Apabila lubang rezeki tidak sah ini ditutup rapat melalui penguatkuasaan yang tegas, pop**asi Rohingya akan menyusut dengan sendiri kerana faktor penarik di Terengganu telah tiada.
📷 Posting Harris Haikal