06/09/2026
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para pelajar latihan industri yang telah menjalani latihan di syarikat kami.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan pendedahan yang diperoleh sepanjang latihan industri ini menjadi bekalan yang bermanfaat untuk masa depan serta kerjaya yang bakal diceburi.
Pihak syarikat mendoakan agar anda semua terus berjaya dalam pengajian dan mencapai cita-cita yang diimpikan.
Terima kasih atas segala usaha dan dedikasi yang telah diberikan. Semoga kita bertemu lagi pada masa akan datang.