11/06/2026
Malaysia Membawa Kepakaran Gait Analysis ke Peringkat Antarabangsa di ICOSHR 2026, Universitas Negeri Padang, Indonesia
10 Jun 2026, Summit Features Sdn. Bhd. dengan penuh kebanggaan mewakili Malaysia Association of Rehabilitation Care and Health (MARCH) telah menghantar wakil Malaysia, Ts. Mohamad Azlan Mohamed Shapie, Timbalan Presiden MARCH, sebagai Keynote Speaker di The 10th International Conference of Sports, Health, Recreation and Exercise (ICOSHR 2026) yang berlangsung di Fakultas Ilmu Keolahragaan (FIK), Universitas Negeri Padang (UNP), Indonesia.
Sesi keynote bertajuk “From Motion Capture to a Malaysian Movement” memberi ruang kepada Malaysia untuk berkongsi pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Movement Analysis Technology, Gait Analysis dan Biomechanics. Perkongsian ini turut merangkumi bimbingan asas dalam Analisa Gait dan Electromyography (EMG) kepada peserta, ahli akademik serta profesional antarabangsa.
Pengalaman Malaysia selama dua dekad dalam bidang gait analysis ini dilihat mampu memberi kesan yang signifikan kepada jalur pengembangan ilmu, teknologi dan aplikasi klinikal yang boleh dikembangkan di Indonesia, khususnya dalam bidang rehabilitasi, sukan, kesihatan, biomekanik dan analisis pergerakan manusia.
Sebagai rujukan dan dokumentasi, berikut adalah video berkaitan sesi keynote speaker tersebut yang berlangsung selama kira-kira 45 minit, merangkumi perkongsian pengalaman Malaysia dalam membangunkan kepakaran motion capture, gait analysis, biomechanics dan movement analysis technology sehingga mampu dibawa ke peringkat antarabangsa:
https://www.youtube.com/live/i1tJDcdCyfY?si=TgsjhUla8AYu3IR3&t=6388
Selain sesi keynote tersebut, Ts. Mohamad Azlan Mohamed Shapie turut dijemput untuk mengendalikan Pelatihan International Tester Fisik: Test Kontraksi Otot Menggunakan EMG (Elektromiografi) pada 11 hingga 12 Jun 2026 di Fakultas Ilmu Keolahragaan, UNP. Program latihan praktikal ini bertujuan meningkatkan kompetensi peserta dalam pengukuran kontraksi otot, penggunaan teknologi EMG, analisis data yang tepat dan aplikasi praktikal bagi prestasi sukan, rehabilitasi serta kesihatan.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
Dr. Ir. Krismadinata, S.T., M.T.
Rektor Universitas Negeri Padang
Prof. Dr. Nurul Ihsan
Dekan Fakultas Ilmu Keolahragaan, UNP
Dr. Ilham
Pensyarah Fakultas Ilmu Keolahragaan, UNP
atas jemputan, kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada Malaysia untuk berkongsi kepakaran serta membimbing peserta dalam bidang Gait Analysis dan Movement Analysis Technology.
Kehadiran Malaysia di ICOSHR 2026 bukan sahaja menonjolkan keupayaan dan kepakaran tempatan di pentas antarabangsa, malah turut memperkukuh hubungan akademik, profesional dan strategik antara Malaysia dan Indonesia.
Sijil penghargaan turut diterima sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Malaysia dalam persidangan ini. Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada pihak penganjur ICOSHR 2026, para peserta dan semua pihak yang telah menyokong usaha ini.
Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam bidang Gait Analysis, membawa kepakaran, pengalaman dan teknologi tempatan ke peringkat antarabangsa.
Malaysia Brings Gait Analysis Expertise to the International Stage at ICOSHR 2026, Universitas Negeri Padang, Indonesia
On 10 June 2026, Summit Features Sdn. Bhd., with great pride, represented the Malaysia Association of Rehabilitation Care and Health (MARCH) by sending Malaysia’s representative, Ts. Mohamad Azlan Mohamed Shapie, Deputy President of MARCH, as a Keynote Speaker at The 10th International Conference of Sports, Health, Recreation and Exercise (ICOSHR 2026), held at the Faculty of Sports Science, Universitas Negeri Padang (UNP), Indonesia.
The keynote session, titled “From Motion Capture to a Malaysian Movement,” provided Malaysia with the opportunity to share more than 20 years of experience in Movement Analysis Technology, Gait Analysis, and Biomechanics. The session also included fundamental guidance in Gait Analysis and Electromyography (EMG) for participants, academics, and international professionals.
Malaysia’s two decades of experience in gait analysis is seen as having significant potential to contribute to the development pathway of knowledge, technology, and clinical applications that can be further expanded in Indonesia, particularly in the fields of rehabilitation, sports, health, biomechanics, and human movement analysis.
For reference and documentation, the following is the related video recording of the keynote speaker session, which lasted approximately 45 minutes. The session highlights Malaysia’s journey and experience in developing expertise in motion capture, gait analysis, biomechanics, and movement analysis technology, and how these capabilities can be brought to the international stage:
https://www.youtube.com/live/i1tJDcdCyfY?si=TgsjhUla8AYu3IR3&t=6388
In addition to the keynote session, Ts. Mohamad Azlan Mohamed Shapie was also invited to conduct an International Physical Tester Training Programme on Muscle Contraction Testing using Electromyography (EMG) on 11 and 12 June 2026 at the Faculty of Sports Science, UNP. This practical training aimed to strengthen participants’ competency in muscle measurement, EMG technology, data analysis, and practical applications for sports performance, rehabilitation, and health.
We would like to express our deepest appreciation and sincere gratitude to:
Dr. Ir. Krismadinata, S.T., M.T.
Rector of Universitas Negeri Padang
Prof. Dr. Nurul Ihsan S.Pd, M.Pd
Dean, Faculty of Sports Science, UNP
Dr. Ilham
Senior Lecturer, Faculty of Sports Science, UNP
for the invitation, trust, and opportunity given to Malaysia to share its expertise and guide participants in the fields of Gait Analysis and Movement Analysis Technology.
Malaysia’s presence at ICOSHR 2026 not only highlighted local capabilities and expertise on the international stage, but also strengthened academic, professional, and strategic ties between Malaysia and Indonesia.
A Certificate of Appreciation was also received in recognition of Malaysia’s contribution to the conference. Our heartfelt thanks also go to the ICOSHR 2026 organizing committee, all participants, and everyone who supported this meaningful initiative.
Malaysia continues to move forward in the field of Gait Analysis, bringing local expertise, experience, and technology to the international arena.