05/10/2025
✨ 6th JKR BIM Day 2025 di PICC ✨
Berlangsung dengan penuh meriah, JKR BIM Day 2025 anjuran bersama Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) JKR dan Pertubuhan BIM Malaysia (PBM) telah diadakan pada 30 September hingga 1 Oktober 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Edisi keenam yang bertemakan “Bridging Design to Sustainable Public Assets Through Digital Twins & AI” ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya dan dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya; Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra); YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan); serta YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), bersama para pegawai JKR, wakil agensi kerajaan, pemain industri dan warga akademik.
Program dwi tahunan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan jumlah kehadiran seramai 965 orang peserta, yang mencerminkan sokongan semakin meningkat terhadap adaptasi Building Information Modelling (BIM) dan pendigitalan dalam industri pembinaan di Malaysia.
📌 Sorotan utama:
🔹 10 moderator dan 38 penceramah tempatan & antarabangsa 🌍 (dari Russia, Spain, France, China, India, Thailand, Filipina, Vietnam, Indonesia & Singapura) dalam sesi Knowledge Arena dan Project Showcase.
🔹 22 pembentangan daripada 31 pempamer dan rakan strategik (agensi kerajaan, persatuan & syarikat swasta).
🔹 Pelancaran BIM Manufacturing Component Library oleh TeknovasiX dengan kerjasama PBM, bagi memperkukuh sumber digital & menyokong standardisasi pembangunan komponen BIM pembekal dan pengilang.
🔹 Penekanan pelaksanaan Pekeliling PK1.15: Pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) sebagai dasar utama projek kerajaan — memperkukuh komitmen JKR dan Kementerian Kerja Raya dalam memacu BIM secara holistik dari perancangan hingga pengurusan aset.
🔹 Malam Anugerah BIM JKR 2025 🎉 – meraikan para pemenang Anugerah BIM JKR 2025 serta menyampaikan Anugerah Khas BIM JKR kepada YBhg. Dato’ Ir. Mohd Daud bin Harun (Mantan Pengarah Kanan CPAB JKR), Ts. Muhammad Khairi bin Sulaiman (Mantan Pengarah Kepakaran BIM JKR) dan Hj. Ahmad Azmil bin Mohd Azlan (Mantan Ketua Unit BIM CPAB JKR) bagi menghargai sumbangan mereka pada peringkat awal pelaksanaan BIM di JKR.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini 🙌
Semoga JKR BIM Day terus menjadi platform perkongsian ilmu, kolaborasi dan inovasi dalam memacu transformasi digital industri pembinaan negara.