17/04/2024
Kene buat kilang recycle panel solar mcm ni
Dunia kini sedang menyaksikan lambakan sisa panel solar, hasil daripada pemasangan sejak berdekad lalu.
Di Malaysia p**a, tenaga solar dijangka menjadi sumber tenaga utama memacu negara menjelang 2050. Untuk merealisasikan sasaran ini, lebih 164 juta unit panel solar perlu dipasang. Apabila kesemua panel ini mencapai akhir hayat, dijangka sisanya akan mencecah sekurang-kurangnya 3.3 juta tan.
Penggunaan tenaga solar sebenarnya satu perkembangan yang amat positif dalam usaha mentransisi ke arah penggunaan tenaga bersih sepenuhnya. Namun, dasar negara bagi pengendalian sisa solar masih belum jelas.
Mengapakah penting memulakan proses pembentukan dasar bagi pengurusan sisa solar dari sekarang? Ini kerana kelewatan dalam penyediaan dasar yang mantap akan menyebabkan pembuangan tidak berhemat, selain mengekang segala usaha penyelesaian bagi masalah ini.
Dalam bahagian akhir rencana tiga siri ini membincangkan bentuk penyelesaian yang mungkin dan keperluan bagi penyediaan dasar bagi pengurusan sisa solar dengan segera. Baca di garasi.bernama.com/stories/panel-solar-perlu-strategi-mantap-tangani-gelombang-sisa