FIC IPM - 1187123-H

FIC IPM - 1187123-H No. 201601016192 (1187123-H) FIC Integrated Property Management Sdn Bhd
Date of Incorporation - 11 May 2016
Company Reg.

FIC Integrated Property Management Sdn Bhd is an ISO 9001:2015 certified company and of wholly owned by Felda Investment Corporation Sdn Bhd & a subsidiary company of FELDA
Reg. No. 201601016192 (1187123-H)
Level 2 & 6, Balai FELDA,
Jalan Gurney 1,
54000, Kuala Lumpur

π‘π€ππ†πŠπ”πŒπ€π πŒπ„ππ€π‘πˆπŠ 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 ππ„ππ†π‹πˆππ€π“π€π π…πˆπ‚ 𝐈𝐏𝐌 πƒπˆ πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ”TARIKH: 28 OGOS - 6 SEPTEMBER 2026TEMPAT: MAEPS, SERDANG.
07/09/2026

π‘π€ππ†πŠπ”πŒπ€π πŒπ„ππ€π‘πˆπŠ 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 ππ„ππ†π‹πˆππ€π“π€π π…πˆπ‚ 𝐈𝐏𝐌 πƒπˆ πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ”

TARIKH: 28 OGOS - 6 SEPTEMBER 2026
TEMPAT: MAEPS, SERDANG.



π’π„π’πˆ π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ ππ„π‘πŠπ„π’πŽTARIKH: 18 OGOS 2026TEMPAT: BILIK MESYUARAT SEMAI BAKTI, KOMPLEKS PEJABAT FELDA WILAYAH SAHABATSatu...
18/08/2026

π’π„π’πˆ π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ ππ„π‘πŠπ„π’πŽ

TARIKH: 18 OGOS 2026
TEMPAT: BILIK MESYUARAT SEMAI BAKTI, KOMPLEKS PEJABAT FELDA WILAYAH SAHABAT

Satu Sesi Taklimat PERKESO telah diadakan sebagai usaha untuk meningkatkan kefahaman para petugas mengenai aspek perlindungan sosial dan kebajikan pekerja di bawah PERKESO.

Sesi ini telah melibatkan Encik Shahrizal Salleh, Ketua Operasi Sabah, petugas pejabat serta wakil-wakil daripada setiap stesen janakuasa dan loji rawatan air di Kawasan Sahabat. Taklimat ini turut memberikan ruang kepada para petugas untuk mendapatkan penerangan berkaitan kemudahan, perlindungan serta manfaat
yang disediakan oleh PERKESO.

Diharapkan sesi ini dapat memberikan manfaat serta meningkatkan kesedaran para petugas terhadap kepentingan perlindungan sosial dan kebajikan di tempat kerja.



πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ & ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π πŠπ„π‘π‰π€ ππŠπ’π… πƒπˆ 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 ππ€π’πŽπ‡ πŸŽπŸ’Tarikh : 10 Ogos 2026 Masa : 10.00 pagi – 1.00 petangTempa...
11/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ & ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π πŠπ„π‘π‰π€ ππŠπ’π… πƒπˆ 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 ππ€π’πŽπ‡ πŸŽπŸ’

Tarikh : 10 Ogos 2026
Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Masjid Ehsaniah FELDA Pasoh 04

Majlis Lawatan Tapak dan Penyerahan Kerja oleh Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF) telah berlangsung dengan jayanya, dengan fokus memastikan pelaksanaan kerja memenuhi skop, spesifikasi dan standard yang ditetapkan.

Majlis turut dihadiri oleh En. Ahmad Tarmizi Zakaria, Setiausaha Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF); En. Mohamad Nazri Jamaludin, Pengarah FELDA Wilayah Raja Alias; En. Mohd Rozan Mohd Munawar, Pengerusi Masjid Ehsaniah FELDA Pasoh 04, serta wakil-wakil pihak berkepentingan.

FIC IPM menghargai kerjasama strategik bersama FELDA dan semua pihak berkepentingan, khususnya En. Muhd Al Amim Ibrahim selaku Pengurus Projek serta pasukan kerja yang terlibat dalam mengurus dan menyelaras pelaksanaan projek, bagi memastikan setiap kerja dilaksanakan dengan berkualiti, berintegriti dan memberi nilai tambah kepada komuniti FELDA.




πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’π’πˆπ π…πˆπ‚ 𝐈𝐏𝐌Tarikh : 7 Ogos 2026Tempat : Pejabat FIC IPM, Aras 2, Balai FELDA.Alhamdulillah, Majlis Baca...
07/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’π’πˆπ π…πˆπ‚ 𝐈𝐏𝐌

Tarikh : 7 Ogos 2026
Tempat : Pejabat FIC IPM, Aras 2, Balai FELDA.

Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yassin telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan. Bacaan Surah Yassin telah dipimpin oleh Tuan Syed Fadil Syed Sofi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FIC, yang turut sama menyampaikan tazkirah ringkas bersempena ketibaan Maulidur Rasul.

Dalam tazkirah tersebut, beliau mengupas tentang kelebihan dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW serta mengajak seluruh warga kerja untuk terus menghayati sirah Baginda dan menjadikannya sebagai panduan serta teladan dalam kehidupan.

Semoga pengisian yang dikongsikan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus memperkukuhkan nilai-nilai murni dalam melaksanakan amanah serta mengeratkan ukhuwah sesama rakan sekerja.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan bersama-sama mengimarahkan majlis ini. Semoga segala amal ibadah kita diterima dan sentiasa diberkati Allah SWT.


π’π„π’πˆ π’π”π€πˆ πŠπ„ππ€π‹ πŠπ”πŒππ”π‹π€π 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 πˆππ•π„π’π“πŒπ„ππ“ π‚πŽπ‘ππŽπ‘π€π“πˆπŽπ 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ„ππ†π„π‘π”π’πˆ π…π„π‹πƒπ€πŸ“† Selasa, 4 Ogos 2026 πŸ“ Menara FE...
04/08/2026

π’π„π’πˆ π’π”π€πˆ πŠπ„ππ€π‹ πŠπ”πŒππ”π‹π€π 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 πˆππ•π„π’π“πŒπ„ππ“ π‚πŽπ‘ππŽπ‘π€π“πˆπŽπ 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ„ππ†π„π‘π”π’πˆ 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀

πŸ“† Selasa, 4 Ogos 2026
πŸ“ Menara FELDA

Pada 4 Ogos 2026, FIC Group telah berkesempatan mengadakan kunjung hormat bersama Pengerusi FELDA bertempat di Menara FELDA. Sesi ini menjadi platform strategik untuk memperkenalkan peranan, struktur organisasi serta bidang perniagaan utama FIC Group bersama anak-anak syarikat di bawah naungannya, termasuk FIC Integrated Property Management Sdn. Bhd. (FIC IPM).

Melalui sesi ini, FIC IPM turut berkongsi perkembangan terkini, pencapaian operasi serta peranan strategik syarikat dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan projek, fasiliti, dan pengoperasian dan penyelengaaran utili elektrik dan air di Wilayah sahabat, Sabah.

Sesi ini turut menjadi ruang perkongsian berkaitan cabaran semasa, tindakan yang dilaksanakan, di samping mendapatkan pandangan, panduan dan sokongan strategik daripada Pengerusi FELDA bagi memperkasakan peranan FIC IPM selaras dengan aspirasi dan hala tuju Kumpulan FELDA.

Semoga sesi suai kenal ini dapat memperkukuhkan hubungan strategik antara FELDA, FIC Group dan FIC IPM.



𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π…πˆπ™πˆπŠπ€π‹ 𝐃𝐀𝐍 π“π„πŠππˆπŠπ€π‹ ππ€π†πˆ ππ„πŒππ€π‡π€π‘π”π€π 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 ππˆπ‡π€πŠ ππ„π‘πŠπ”π€π’π€ ππ„πŠπ€π‹π€π π€πˆπ‘ (𝐋𝐏𝐁𝐁𝐀) π…πˆπ‚ 𝐈𝐏𝐌TARIKH : 31 JU...
31/07/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π…πˆπ™πˆπŠπ€π‹ 𝐃𝐀𝐍 π“π„πŠππˆπŠπ€π‹ ππ€π†πˆ ππ„πŒππ€π‡π€π‘π”π€π 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 ππˆπ‡π€πŠ ππ„π‘πŠπ”π€π’π€ ππ„πŠπ€π‹π€π π€πˆπ‘ (𝐋𝐏𝐁𝐁𝐀) π…πˆπ‚ 𝐈𝐏𝐌

TARIKH : 31 JULAI 2026
TEMPAT : LOJI RAWATAN AIR C, FAJAR HARAPAN, FELDA SAHABAT, SABAH

FIC IPM telah menerima kunjungan daripada pegawai Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang diketuai oleh Encik Asabri Robenson, Ketua Cawangan Pengeluaran dan Pihak Berkuasa Air, bagi melaksanakan Pemeriksaan Fizikal dan Teknikal sebagai sebahagian daripada proses pembaharuan Lesen Pihak Berkuasa Bekalan Air (LPBBA).

Pemeriksaan ini turut disambut dan diselaraskan oleh Encik Shahrizal Salleh, Ketua Operasi Sabah, bersama pasukan operasi FIC IPM bagi memastikan segala aspek teknikal, operasi dan dokumentasi berkaitan, berada dalam keadaan lengkap serta memenuhi keperluan pihak berkuasa.

Pelaksanaan pemeriksaan ini merupakan langkah penting dalam memastikan pengoperasian loji rawatan air yang diuruskan oleh FIC IPM sentiasa mematuhi keperluan kawal selia, standard teknikal serta amalan terbaik dalam industri bekalan air.

FIC IPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang pelaksanaan pemeriksaan tersebut. FIC IPM berharap hubungan strategik yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan dalam usaha meningkatkan kualiti, kecekapan dan kecemerlangan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna.



π’π„π’πˆ πŠπ”ππ‰π”ππ† π‡πŽπ‘πŒπ€π“ π…πˆπ‚ 𝐈𝐏𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ π“π‘πŽπ‹π€πŠ πŠπ„ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 π˜π€ππ† πƒπˆππ„π‘π“π”π€ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐇 (πŒπƒπ“)Tarikh : 17 Julai...
20/07/2026

π’π„π’πˆ πŠπ”ππ‰π”ππ† π‡πŽπ‘πŒπ€π“ π…πˆπ‚ 𝐈𝐏𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ π“π‘πŽπ‹π€πŠ πŠπ„ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 π˜π€ππ† πƒπˆππ„π‘π“π”π€ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐇 (πŒπƒπ“)

Tarikh : 17 Julai 2026
Tempat : Tapak Perumahan Generasi Kedua FELDA Gunong Besout dan Pejabat Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah.

Puan Khadijah Mohamad Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif FIC IPM, bersama Encik Shahariman Dolah Hassim, Pengarah FELDA Wilayah Trolak, telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada Encik Azmi Abd. Aziz, Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah (MDT), bertempat di Pejabat Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah.

Sesi kunjungan ini bertujuan membentangkan perkembangan semasa serta perancangan penyiapan Projek PGBF FELDA Gunong Besout, di samping membincangkan potensi kerjasama strategik antara FIC IPM, FELDA dan Majlis Daerah Tapah dalam memperkasa agenda pembangunan mampan di kawasan pentadbiran MDT.

Perbincangan turut memberi ruang untuk bertukar pandangan dan memperhalusi hala tuju pembangunan akan datang, khususnya dalam aspek perancangan, pengurusan serta pembangunan kawasan yang mampu memberi manfaat kepada komuniti setempat dan menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.

Semoga hubungan strategik yang terjalin antara FIC IPM, FELDA dan Majlis Daerah Tapah terus diperkukuhkan bagi merealisasikan aspirasi pembangunan yang progresif, mampan serta memberi impak positif kepada semua pihak.



ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’π’πˆπ 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π“π€π‡π‹πˆπ‹ π…πˆπ‚πˆππŒTarikh : 10 Julai 2026Tempat : Pejabat FIC IPM, Balai FELDA, Kuala Lumpu...
20/07/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’π’πˆπ 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π“π€π‡π‹πˆπ‹ π…πˆπ‚πˆππŒ

Tarikh : 10 Julai 2026
Tempat : Pejabat FIC IPM, Balai FELDA, Kuala Lumpur.

FIC IPM telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil khusus untuk petugas FIC IPM yang telah kembali ke rahmatullah.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh syahdu ini menghimpunkan barisan pengurusan dan warga FIC IPM bagi bersama-sama membaca Surah Yasin dan tahlil serta memanjatkan doa agar roh mereka dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghormatan, penghargaan dan mengenang jasa serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan di FIC IPM. Selain menjadi wadah untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan roh arwah, majlis ini turut mengeratkan silaturahim, menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja serta mengingatkan bahawa setiap yang bernyawa pasti akan kembali menghadap Allah SWT.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah, mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

06/07/2026

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ ππ„ππ„π‘πŽπŠπ€ & πŸ•πŸŽ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀

TARIKH : 6 JULAI 2026
TEMPAT : STADIUM TUN ABDUL RAZAK,JENGKA



*Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ω€Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩˆΩ†*_*"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu".*_Ya Allah, kami panjatka...
05/07/2026

*Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ω€Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩˆΩ†*

_*"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu".*_

Ya Allah, kami panjatkan doa agar Allah mengampunkan segala dosanya, melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya, menghapuskan segala kesalahannya, memuliakannya, melapangkan kuburnya dengan cahaya dan ketenangan, serta menggantikan tempat tinggalnya dengan syurga Firdaus yang abadi.

Semoga ahli keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan menghadapi ujian kehilangan insan tersayang ini.

Al Fatihah ....

بِسْمِ Ω±Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ€Ω†Ω Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…
Ω±Ω„Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ψ―Ω Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ¨ΩΩ‘ Ω±Ω„Ω’ΨΉΩŽΩ€Ω„ΩŽΩ…ΩΩŠΩ†Ϋž Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ€Ω†Ω Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…ΫžΩ…ΩŽΩ€Ω„ΩΩƒΩ ΩŠΩŽΩˆΩ’Ω…Ω Ω±Ω„Ψ―ΩΩ‘ΩŠΩ†ΫžΨ₯ΩΩŠΩŽΩ‘Ψ§ΩƒΩŽ Ω†ΩŽΨΉΩ’Ψ¨ΩΨ―Ω وَΨ₯ΩΩŠΩŽΩ‘Ψ§ΩƒΩŽ Ω†ΩŽΨ³Ω’ΨͺΩŽΨΉΩΩŠΩ†ΩΫž Ω±Ω‡Ω’Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω±Ω„Ψ΅ΩΩ‘Ψ±ΩŽΨ·ΩŽ ٱلْمُسْΨͺΩŽΩ‚ΩΩŠΩ…ΩŽΫžΨ΅ΩΨ±ΩŽΨ·ΩŽ Ω±Ω„ΩŽΩ‘Ψ°ΩΩŠΩ†ΩŽ Ψ£ΩŽΩ†Ω’ΨΉΩŽΩ…Ω’Ψͺَ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡ΩΩ…Ω’Ϋž ΨΊΩŽΩŠΩ’Ψ±Ω Ω±Ω„Ω’Ω…ΩŽΨΊΩ’ΨΆΩΩˆΨ¨Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡ΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΩ„Ψ§ΩŽ Ω±Ω„ΨΆΩŽΩ‘Ψ§Ϋ€Ω„ΩΩ‘ΩŠΩ†ΩŽΫžΨ§Ω…ΩŠΩ†

Aamiin Ya Rabbal β€˜Alamin.
Semoga Allahyarham Muhammad Syahmi Bin Zaid ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan para solihin.

Telah pulang ke pangkuan Ilahi seorang sahabat yang baik, meninggalkan kenangan indah dan budi yang tidak ternilai. Semoga setiap amal kebaikannya menjadi cahaya yang menerangi perjalanan menuju negeri abadi.

Address

Level 2 & 6, Balai Felda, Jalan Gurney 1
Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 08:15 - 17:15
Tuesday 08:15 - 17:15
Wednesday 08:15 - 17:15
Thursday 08:15 - 17:15
Friday 08:15 - 17:15

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FIC IPM - 1187123-H posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to FIC IPM - 1187123-H:

Share