01/06/2026
Strengthening connections with one of the world's leading semiconductor ecosystems.
In Seoul, Deputy Premier of Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah bin Ali Hasan led a Sarawak delegation in a strategic engagement with the Korea Semiconductor Industry Association (KSIA), as part of ongoing efforts to deepen Sarawak's participation in the global semiconductor value chain.
Facilitated by SMD Semiconductor, the engagement reflects Sarawak's commitment to building strategic international partnerships that support technology advancement, talent development, innovation, and long-term ecosystem growth.
During the engagement, Datuk Amar Awang Tengah reaffirmed Sarawak's commitment to developing a future-ready technology ecosystem that goes beyond investment attraction to encompass innovation, talent development, technology partnerships, and sustainable industrial growth.
Our CEO Shariman Jamil highlighted that the company has entered the next phase of its roadmap, with a stronger focus on ex*****on, ecosystem expansion, and strategic collaborations that will help advance Sarawak's semiconductor ambitions.
The journey from ambition to ex*****on continues.
——
Memperkukuh jaringan dengan salah satu ekosistem semikonduktor terkemuka dunia.
Di Seoul, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah bin Ali Hasan mengetuai delegasi Sarawak dalam satu sesi libat urus strategik bersama Korea Semiconductor Industry Association (KSIA), sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh penglibatan Sarawak dalam rantaian nilai semikonduktor global.
Dihoskan oleh SMD Semiconductor, sesi libat urus ini mencerminkan komitmen Sarawak dalam membina kerjasama strategik antarabangsa yang mendokong kemajuan teknologi, pembangunan bakat, inovasi serta pertumbuhan ekosistem industri yang mampan.
Dalam sesi tersebut, Datuk Amar Awang Tengah menekankan komitmen Sarawak untuk membangunkan ekosistem teknologi yang bersedia menghadapi masa depan, yang bukan sahaja tertumpu kepada usaha menarik pelaburan, malah turut merangkumi pembangunan bakat, kerjasama teknologi, inovasi dan pertumbuhan industri yang mampan.
Ketua Pegawai Eksekutif kami, Shariman Jamil, menyatakan bahawa SMD kini yang sudahpun memasuki fasa kedua pelan hala tujunya, memfokuskan kepada pelaksanaan, pengembangan ekosistem serta kerjasama strategik bagi menyokong aspirasi Sarawak sebagai hab semikonduktor dan teknologi tinggi serantau.
Daripada aspirasi kepada pelaksanaan, perjalanan ini diteruskan.