Moderno Agrofarm

Moderno Agrofarm SMART FARMING SUPPLIER & AGRO ALLIED SERVICES MODERNO AGROFARM(0000196582T)

26/03/2026
03/03/2025
14/10/2024
17/09/2024

RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN
Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin yang berlaku di utara Semenanjung dan barat Sabah dijangka berterusan sehingga 21 September 2024. Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut serta angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara.
Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang berkuatkuasa sehingga 19 September 2024 dan juga telah mengemaskini Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara berkuatkuasa sehingga 21 September 2024.
Sementara itu, di negeri-negeri lain, cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 1:00 tengah hari
Tarikh: 17 September 2024

Sumber : Malaysian Meteorological Department

16/09/2024

7 September 2024 (Sabtu) - Farm Tokou telah menganjurkan Kursus Teknikal Sistem Hidroponik Siri 6 yang disertai oleh 12 peserta. Peserta telah belajar asas-asas pertanian moden secara sistem hidroponik dan menghadiri sesi praktikal. Di hujung kursus, peserta telah menerima sijil penyertaan kursus, produk Farm Tokou iaitu Organic Pest Control, Baja AB dan satu plastik sayur hidroponik fresh dari ladang Farm Tokou sendiri.

Semoga perkongsian dan ilmu sepanjang kursus ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua peserta 😊


01/09/2024

Bayangkan pagi yang kelam kabut, Anak perempuan anda tidak sengaja menumpahkan kopi ke atas baju kerja anda.

Dalam marah, anda memaki dan memarahi dia sehingga dia menangis. Kemudian, anda menuding jari kepada isteri anda kerana meletakkan cawan terlalu dekat dengan tepi meja. Berlaku pertengkaran kecil. Anda bergegas ke atas dan menukar baju.

Oleh kerana terlambat, anda memandu 100 km/j di kawasan had laju 60 km/j dan kena saman RM300. Selepas tiba di pejabat, anda dapati anda terlupa membawa beg kerja!

Hari anda bermula dengan teruk, dan semakin lama, semakin buruk keadaannya

Mengapa anda mengalami hari yang buruk?

A Adakah kopi yang menyebabkannya?

B Adakah anak perempuan anda yang menyebabkannya?

C) Adakah pegawai trafik yang menyebabkannya?

D) Adakah ANDA yang menyebabkannya?


Anda tidak boleh kawal apa yang berlaku dengan kopi itu, tapi anda boleh kawal bagaimana anda bertindak balas.

Dalam masa 5 saat, anda boleh memilih untuk menenangkan keadaan atau memburukkannya dengan membiarkan kemarahan menguasai diri anda.

90% daripada apa yang berlaku dalam hidup anda ditentukan oleh bagaimana anda bertindak balas.

Anda mungkin tidak dapat kawal apa yang orang lain katakan atau lakukan kepada anda, tetapi anda PUNYA KUASA untuk memilih reaksi anda. Dan pilihan itu boleh mengubah seluruh hari anda, bahkan hidup anda.

Jadi, bila dunia mencuba menggugat anda, ingatlah: Anda berkuasa!

Pilihlah untuk bertindak balas dengan kasih sayang, kesabaran, dan tenang.

Address

Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 06:00 - 18:00
Tuesday 06:00 - 18:00
Wednesday 06:00 - 18:00
Thursday 06:00 - 18:00
Friday 06:00 - 18:00
Saturday 06:00 - 18:00
Sunday 06:00 - 12:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Moderno Agrofarm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Moderno Agrofarm:

Share