02/04/2026
Apa Itu Coring Test?🧐❓
Coring test (asphalt) ialah ujian yang dijalankan dengan mengambil sampel turapan jalan menggunakan mesin khas (Core Drill) untuk menilai kualiti sebenar asphalt di tapak.
Ujian ini bertujuan untuk mengukur ketebalan lapisan, menentukan kepadatan (Density), serta memastikan turapan yang dibina memenuhi spesifikasi projek. Prosesnya melibatkan kerja menebuk permukaan jalan untuk mendapatkan sampel berbentuk silinder, kemudian sampel tersebut diuji di makmal.
Ujian ini sangat penting bagi mengelakkan kerosakan awal seperti retak atau berlubang, memastikan jalan lebih tahan lama, dan menjamin keselamatan pengguna. Selepas ujian dijalankan, lubang yang ditebuk akan ditampal semula.