PEMBORONG NASUHA SDN. BHD.

Directions Contact the business

PEMBORONG NASUHA SDN. BHD. KONTRAKTOR KEJURUTERAAN AWAM, BANGUNAN DAN RUMAH SELURUH SABAH

Syarikat Pemborong Nasuha Sdn. Bhd.

adalah kontraktor yang berdaftar dengan CIDB sejak tahun 2011. Kualiti kerja kami mematuhi standard piawaian yang ditetapkan dan menjadi keutamaan kami.

πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! β€οΈπŸ‡²πŸ‡ΎSemarakkan semangat Merdeka! πŸŽ‰Mari kita raikan kemerdekaan dengan penuh rasa ban...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Semarakkan semangat Merdeka! πŸŽ‰
Mari kita raikan kemerdekaan dengan penuh rasa bangga, syukur dan cinta kepada tanah air tercinta. πŸ‡²πŸ‡Ύ

✨ Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati ✨

Semoga Malaysia terus maju, aman, makmur dan sentiasa dipenuhi keharmonian serta perpaduan. ❀️

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada,
PEMBORONG NASUHA SDN. BHD. πŸ’™πŸ’›

21/08/2026

APA ITU LPPSA?

LPPSA (Lembaga Perumahan Pembiayaan Sektor Awam) menyediakan pembiayaan kepada PENJAWAT AWAM YANG TELAH SAH JAWATAN dengan SYARAT dan KADAR FAEDAH yang berpatutan.

KELEBIHAN MEMBINA RUMAH SENDIRI
1. BEBAS dalam memilih rekabentuk rumah idaman anda.
2. JIMAT KOS dari segi pemilihan bahan dan rekabentuk rumah.
3. PELABURAN JANGKA PANJANG untuk kestabilan masa hadapan.

PANDUAN DAN PROSES PERMOHONAN BINA RUMAH DI TANAH SENDIRI DENGAN PEMBIAYAAN LPPSA

1. SEMAK KELAYAKAN (Sila pastikan anda memenuhi syarat kelayakan)
β€’ Telah SAH JAWATAN
β€’ Masih dalam tempoh perkhidmatan
β€’ Tidak disenaraihitamkan dalam CCRIS/CTOS

2. PENYEDIAAN DOKUMEN ASAS
β€’ Salinan kad pengenalan
β€’ Slip gaji terkini (3 bulan)
β€’ Penyata KWSP dan Surat Sah Perkhidmatan
β€’ Salinan hak milik tanah (geran)

3. HAK MILIK GERAN TANAH
β€’ Status geran 100% hak milik individu, atau ;
β€’ Status geran berganding nama suami/ibubapa (50:50), atau ;
β€’ Jika tanah pertanian, perlu dipastikan sesuai untuk pembinaan dan tukar geran tanah kepada hak milik individu (Tertakluk kepada Akta Tanah, syarat pihak berkuasa tempatan, serta keluasan tapak binaan rumah tidak melebihi syarat yang ditetapkan)

4. Lantik Perunding dan Penyedia Pelan (akan diuruskan oleh pihak Pemborong Nasuha)
β€’ Pelukis Pelan BERDAFTAR DAN BERLESEN – untuk lukis pelan rumah
β€’ Jurutera Struktur – jika rumah melebihi 2 tingkat
β€’ Kontraktor BERDAFTAR CIDB DAN BERLESEN – untuk bina rumah

Kami akan bantu anda menyediakan:
β€’ Pelan rumah lengkap
β€’ Anggaran kos pembinaan (Borang B – LPPSA)
β€’ Surat tawaran bina rumah
**(Untuk makluman pemohon, kos penyediaan pelan dan penyediaan tapak rumah contoh meratakan tapak rumah TIDAK DITANGGUNG oleh LPPSA)

5. Memohon kelulusan pelan rumah dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – Akan diuruskan oleh Pihak Pemborong Nasuha
β€’ Semua dokumen sokongan (Pelan Lokasi, Pelan Struktur, Pelan Saliran dan Sanitari) akan disediakan oleh Pemborong Nasuha.
β€’ Bayaran Fi PBT – Disediakan oleh pemohon

6. Permohonan LPPSA (Akan dibantu oleh Pihak Pemborong Nasuha)
Setelah dokumen semua lengkap, permohonan akan diajukan ke pihak LPPSA.

7. Tandatangan Perjanjian dan Daftar Gadaian. Setelah permohonan diluluskan :
β€’ Pemohon perlu tandatangan perjanjian pinjaman di hadapan peguam.
β€’ Daftarkan gadaian geran tanah kepada LPPSA melalui peguam
β€’ Pembayaran projek akan dibuat mengikut proses kemajuan projek secara berperingkat

8. Proses kemajuan projek berperingkat :
Pembahagian Peringkat Bayaran (Secara Am):
Bayaran selalunya terbahagi kepada 6 peringkat utama mengikut Jadual Ketiga Akta Pemajuan Perumahan:
β€’ Peringkat 1: Siap kerja tapak dan asas (substructure)
β€’ Peringkat 2: Siap kerangka konkrit dan dinding (superstructure)
β€’ Peringkat 3: Siap bumbung, pendawaian elektrik, dan perpaipan
β€’ Peringkat 4: Siap kerja melepa (plastering) dan kemasan lantai
β€’ Peringkat 5: Siap jalan, perparitan, dan pembetungan
β€’ Peringkat 6: Siap sepenuhnya dan penyerahan kunci (CCC/OP)

9. Sijil Siap Bina (CCC) dan Serahan Kunci
Selepas rumah siap, dapatkan:
β€’ Sijil Siap Bina (CCC)
β€’ Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (dari kontraktor)

10. LPPSA akan buat bayaran akhir setelah semua dokumen lengkap.

21/08/2026

🏑 **TAHUKAH KAMU BOLEH BINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI DENGAN PEMBIAYAAN LPPSA**

Bagi penjawat awam yang mempunyai tanah sendiri, terdapat kemudahan pembiayaan LPPSA untuk **membina rumah di atas tanah sendiri**? 🏠

Mempunyai tanah tetapi masih belum ada rumah? Ini mungkin salah satu pilihan yang boleh anda pertimbangkan.

Antara perkara penting yang perlu diketahui sebelum memulakan pembinaan:

πŸ“Œ Pastikan tanah memenuhi syarat yang ditetapkan
πŸ“Œ Semak kelayakan pembiayaan LPPSA
πŸ“Œ Tentukan jumlah pembiayaan berdasarkan kemampuan
πŸ“Œ Sediakan pelan rumah dan dokumen yang diperlukan
πŸ“Œ Pastikan proses pembinaan mematuhi syarat serta prosedur yang ditetapkan
πŸ“Œ Rancang kos pembinaan dengan teliti supaya bajet mencukupi sehingga rumah siap

πŸ’‘ **Tanah sudah ada, tinggal rancang rumah impian!**

Namun, sebelum membuat sebarang komitmen, pastikan anda mendapatkan maklumat terkini daripada LPPSA dan memahami syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

🏠 **Bina rumah sendiri, rancang dengan bijak, ikut kemampuan.**

Kalau anda penjawat awam dan **sudah ada tanah sendiri tetapi ingin tahu proses membina rumah melalui LPPSA**, boleh ikuti perkongsian saya. Saya akan kongsikan maklumat LPPSA secara ringkas dan mudah difahami.

BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM!!Bina rumah atas tanah sendiri kini lebih mudah. Semak kelayakan pinjaman LPPSA anda har...
25/06/2026

BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM!!

Bina rumah atas tanah sendiri kini lebih mudah. Semak kelayakan pinjaman LPPSA anda hari ini dan mulakan pembinaan dengan kami, kontraktor berdaftar CIDB dan dipercayai sejak 2011.

Tiada masa atau tidak tahu cara permohonan dengan LPPSA? Mari kami bantu dari awal sampai akhir sehingga proses penyiapan rumah.

Hubungi πŸ‘‰ www.wasap.my/60166450093/rumahLPPSA





21/05/2026

Kepuasan dan kepercayaan klien adalah keutamaan kami. Tiada kos tersembunyi, tiada kejutan di hujung projek.

Berminat membina rumah? Jom hubungi kami 0166450093 / 0109381013

19/05/2026

PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN BARU KLINIK KAV SB KENINGAU

Perlukan Konsultan sekaligus Kontraktor untuk bina rumah kamu? Buli bah bincang, runding harga terus bosku. Contact saja 0166450093 / 0109381013 untuk atur appointment kio..

11/05/2026

Projek Pembaikan Sekolah Agama Rakyat Bariawa Ulu Keningau

Kualiti dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Harga sudah pasti dijamin beres.

Jangan ko risau bosku. Mau risik2 bincang buat rumah, kamurang tekan itu wassap bos πŸ‘

Kami bah ne, bina rumah seluruh Sabah..

Address

Lot 131, Second Floor, Block G2, Bandar Baru
Keningau
89000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 15:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEMBORONG NASUHA SDN. BHD. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PEMBORONG NASUHA SDN. BHD.:

Shortcuts

Share