Young Mechanics Sdn Bhd

Call Directions Website Contact the business

Young Mechanics Sdn Bhd Bengkel kenderaan di Kajang, pakar servis & pembaikan berkualiti untuk sektor awam & swasta.

19/10/2026

KENAPA ABANG S**A BENGKEL ABANG…

Entahlah… susah nak cerita.

Bengkel ni bukanlah tempat yang sejuk, bersih atau wangi. Hari-hari dengar bunyi enjin, compressor, impact wrench… kadang-kadang pening juga kepala melayan macam-macam kerenah kereta. 😁

Tapi peliknya, dekat sinilah abang rasa tenang.

Abang abang.. s**a tengok pomen-pomen abang bekerja. Ada masa mereka bergurau, ada masa serius mencari punca masalah. Ada masa kerja jadi mudah, ada masa satu skru pun boleh buat pening satu bengkel. 😂

Bagi orang lain, mungkin ini cuma tempat membaiki kereta.

Tapi bagi abang, bengkel ni tempat abang belajar tentang kehidupan.

Tentang sabar bila sesuatu tak menjadi. Tentang percaya pada orang lain. Tentang jatuh, bangun dan terus mencuba.

Abang abang...bukan sekadar nak bina sebuah bengkel yang berjaya. Abang nak bina satu tempat di mana orang-orang yang bekerja bersama abang juga boleh membina masa depan mereka.

Kadang-kadang abang datang bukan sebab ada kerja pun. Cukup sekadar duduk, tengok suasana, dengar bunyi peralatan dan berbual dengan budak-budak bengkel.

Rupanya, ketenangan itu bukan semestinya berada di tempat yang sunyi. Kadang-kadang ia hadir di tengah-tengah bunyi enjin dan tangan yang berminyak.

Itulah terapi abang.

Itulah dunia kecil yang sedang abang bina.

YOUNG MECHANICS SDN BHD
Because the best never rest. 🔧




19/10/2026

MACAM-MACAM GAYA, SATU PERJUANGAN! 😎🔩

Kalau masuk bengkel Young Mechanics ni, macam-macam aksi boleh tengok…

Ada yang tengah baring bawah kereta, sampai nampak kasut je. 😂

Ada yang khusyuk menghadap telefon, bukan tengah scroll TikTok tau… tengah cari info, rujuk manual dan selesaikan masalah kereta pelanggan.

Ada yang kena buat kerja berdua. Seorang pegang, seorang pasang. Kadang-kadang seorang buka, seorang lagi pening kepala! 🤣

Ada pulak yang sibuk menghadap komputer, buat billing, kira kos barang, upah dan siapkan invoice. 💻💰

Nampak macam masing-masing buat hal sendiri, tapi sebenarnya semua sedang memainkan peranan.

Dalam dunia bengkel, bukan semua kerja perlukan spanar. Ada yang perlukan tenaga, ada yang perlukan ilmu, ada yang perlukan pengalaman dan ada juga yang perlukan ketelitian mengira.

Yang penting, masing-masing tahu tanggungjawab.

Sebab di Young Mechanics, kita bukan sekadar membaiki kereta. Kita sedang membina sebuah pas**an, mengasah kemahiran dan mencari rezeki bersama-sama.

Lain orang, lain gaya. Lain tugas, sama matlamat.

Begitulah kehidupan di bengkel kecil kami… hari-hari ada cerita, hari-hari ada benda baharu nak belajar.

🔧 YOUNG MECHANICS SDN BHD
Because The Best Never Rest.

17/10/2026

“What’s your best therapy?”

“Some people find peace in music, some in travelling, and some in a cup of coffee.

But for us at Young Mechanics, our best therapy is being in the workshop — getting our hands dirty, fixing what’s broken, and bringing engines back to life.

The sound of engines, the smell of engine oil, and the satisfaction of solving problems.
It’s not just a job. It’s our passion. It’s our therapy.”

YOUNG MECHANICS SDN BHD
Because the best never rest. 🔥




Brek Haus? Jangan Tunggu Sampai Jadi Bahaya! ⚠️Bila brake pad dah haus, setiap kali membrek bukan saja kuasa membrek sem...
21/07/2026

Brek Haus? Jangan Tunggu Sampai Jadi Bahaya! ⚠️

Bila brake pad dah haus, setiap kali membrek bukan saja kuasa membrek semakin berkurang, malah permukaan brake disc juga boleh calar dan menjadi tidak rata.

Sebab itu ada keadaan di mana brake disc perlu di-skim bagi meratakan semula permukaannya supaya pad brek yang baharu dapat mencengkam dengan lebih baik.

Namun begitu, bukan semua brake disc boleh di-skim. Jika ketebalannya sudah melepasi had minimum yang ditetapkan pengeluar, jalan terbaik ialah menukar brake disc baharu demi keselamatan.

Jangan tunggu sehingga terdengar bunyi besi bergesel atau stereng bergegar ketika membrek. Pemeriksaan awal bukan sahaja menjimatkan kos, malah memastikan keselamatan anda dan keluarga sentiasa terjaga.

📍 Young Mechanics Sdn. Bhd.
“Because the best never rest.”

Watch, follow, and discover more trending content.

https://vt.tiktok.com/ZSXu1w5cc/Kenderaan Syarikat Bukan Untuk Dilenjan, Tetapi Untuk DijagaRamai yang beranggapan kende...
18/07/2026

https://vt.tiktok.com/ZSXu1w5cc/

Kenderaan Syarikat Bukan Untuk Dilenjan, Tetapi Untuk Dijaga

Ramai yang beranggapan kenderaan syarikat hanya perlu diisi minyak dan dipandu sehingga rosak. Hakikatnya, setiap kilometer yang dilalui tanpa penyelenggaraan akan memberi kesan kepada prestasi dan kos operasi syarikat.

Servis berkala bukan sekadar menukar minyak hitam. Ia memastikan enjin sentiasa berada pada tahap terbaik, mengelakkan kerosakan besar, menjimatkan penggunaan bahan api, dan yang paling penting mengurangkan risiko kenderaan tersadai ketika menjalankan tugas.

Bila kenderaan rosak, bukan sekadar kos pembaikan yang meningkat. Masa kerja terbuang, urusan pelanggan tergendala, penghantaran lewat, malah imej syarikat juga boleh terjejas.

Jangan tunggu rosak baru nak baiki. Jadikan servis berkala sebagai satu pelaburan, bukan satu beban.

Kerana kenderaan yang dijaga dengan baik akan terus memberi pulangan kepada syarikat untuk jangka masa yang panjang.

Young Mechanics Sdn. Bhd.
“Because the Best Never Rest.”

TikTok - trends start here. On a device or on the web, viewers can watch and discover millions of personalized short videos. Download the app to get started.

JAGUAR "GOYANG" KEMBALI TEGAP! Korang ada masalah bila bawa kereta, rasa macam naik bot? Membuai-buai, melambung berlebi...
24/06/2026

JAGUAR "GOYANG" KEMBALI TEGAP!

Korang ada masalah bila bawa kereta, rasa macam naik bot? Membuai-buai, melambung berlebihan, atau handling rasa melayang masa cornering?

Itu tanda besar suspension dah lembut dan goyang! Macam Jaguar XF mantap yang masuk bengkel kami hari ini.

Pemanduan Jaguar dah tak solid. Jadi, jalan penyelesaian terbaik

Buka 4 biji absorber depan & belakang.

Periksa komponen sekeliling (bush & mountings)

Tukar unit baharu untuk kembalikan sifat dinamik pemanduan asal

Kenapa kena tukar 4 biji terus?

Bila tukar satu set lengkap (4 biji), agihan tekanan dan hentakan akan jadi seimbang semula. Barulah kereta rasa tegap, "melekat" atas jalan, dan tiada lagi masalah buai atau lambung berlebihan! Pemanduan premium Jaguar pun kembali macam keluar kilang.

Ada masalah suspension longgar, bunyi membuang atau goyang? Jangan biarkan merosakkan tayar korang.

Ini hari cerita servis major Saga NFE. Tukar waterpump dan timing belt, kira 2 komponen ni adik beradik yang rapat. Kala...
21/06/2026

Ini hari cerita servis major Saga NFE. Tukar waterpump dan timing belt, kira 2 komponen ni adik beradik yang rapat. Kalau salah satu antara 2 benda ni kena tukar, akan tukar sekali dua².

Keputusan yang bijak bila mileage dah sampai waktu untuk buat pertukaran timing belt dan waterpump.

Korang yang masih belum berbuat demikian, boleh lah ke bengkel kami ☺️

"ORANG NAMPAK KERJA POMEN NI SENANG, SEKADAR PEGANG SPANAR PUSING SKRU jer..." Tapi hakikatnya, bila cabaran sebenar dat...
20/06/2026

"ORANG NAMPAK KERJA POMEN NI SENANG, SEKADAR PEGANG SPANAR PUSING SKRU jer..."

Tapi hakikatnya, bila cabaran sebenar datang kat bengkel macam kes skru patah atau tersekat dalam enjin, kat situlah magic kena keluar. Spanar dah tak boleh pakai, kena tukar jadi 'pakar bedah' besi!

Sambil mata fokus menahan silau, tangan kena gantung pegang torch welding dalam ruang sempit. Salah sikit, habis rosak barang lain. Kerja kami bukan takat guna tenaga, tapi kena ada seni, ilmu, dan kesabaran yang tinggi.

Alhamdullilah, demi kepuasan pelanggan, semua skill kita keluarkan. Asalkan kereta keluar bengkel dengan selamat!

GENG 4X4 / VAN / TRUCK... BILA KALI TERAKHIR KORANG TUKAR BUSH LEAF SPRING? Saja nak kongsi gambar work-in-progress kat ...
19/06/2026

GENG 4X4 / VAN / TRUCK... BILA KALI TERAKHIR KORANG TUKAR BUSH LEAF SPRING?

Saja nak kongsi gambar work-in-progress kat bengkel hari ni. Tengah setelkan projek tukar bush leaf spring & absorber belakang.

Ramai yang tak perasan, bush yang dah keras atau pecah boleh buat leaf spring bergesel terus dengan besi. Kesannya? Bunyi bising dan pemanduan jadi tak selesa langsung.

Cuba komen sikit, kereta korang pernah kena tukar benda ni tak? Atau ada yang tengah cari bengkel untuk check sistem suspensi belakang kereta?

Kalau ada masalah, boleh terus datang ke bengkel kami ya! Kita cek mana yang patut untuk korang.

18/06/2026

No Plate Rare....

Address

70, Jalan SC 3
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 21:30 - 18:00
Tuesday 09:30 - 18:00
Wednesday 09:30 - 18:00
Thursday 09:30 - 18:00
Saturday 09:30 - 18:00
Sunday 09:30 - 18:00

Telephone

+60196225874

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Young Mechanics Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Young Mechanics Sdn Bhd:

Shortcuts

Share

Nearby equipment services