TNB Research Sdn Bhd

Call Directions Website Contact the business

TNB Research Sdn Bhd TNB Research, better known as TNBR, has been the in-house solution provider for Tenaga Nasional Bhd. 199301004782 (259519-A)

TNB Research, better known as TNBR, has been the in-house solution provider for Tenaga Nasional Berhad since 1993. Situated in Bangi, Selangor, the R&D Centre provide a centralised, one-stop centre for technical solutions and innovation. Streams of solution developed under various Applied Research projects have been introduced to our parent company. These solutions have contributed towards improving the overall operational performance of the company in areas such as power plant unplanned outage rate (UOR), transmission system minutes, distribution SAIDI and a few others. While continuing effort on operational improvement initiatives in TNB, TNBR now are embarking on various Advanced Research projects in positioning TNB to be an early adopters of promising technologies.

TNB Research berbesar hati menerima kunjungan delegasi Korea Electric Power Research Institute (KEPRI) bagi membincangka...
19/10/2026

TNB Research berbesar hati menerima kunjungan delegasi Korea Electric Power Research Institute (KEPRI) bagi membincangkan potensi kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan , pembiayaan inovasi serta pembangunan teknologi tenaga.

Sesi perbincangan turut merangkumi peluang pembiayaan bersama bagi inovasi, pelaksanaan projek perintis teknologi dan perkongsian kepakaran sebelum dibawa ke lawatan tapak.

Kunjungan ini menjadi platform untuk TNBR dan KEPRI meneroka peluang kolaborasi strategik, memperluas perkongsian kepakaran serta menyokong pembangunan teknologi dan penyelesaian tenaga masa hadapan.

TNBR melakar satu lagi kejayaan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Huawei bagi memperkukuh kerja...
13/10/2026

TNBR melakar satu lagi kejayaan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Huawei bagi memperkukuh kerjasama dalam teknologi grid-forming (GFM) melalui pendekatan Controller Hardware-in-the-Loop (CHIL).

Kerjasama ini bertujuan memperkasa keupayaan pengujian dan validasi teknologi GFM di TNBR, di samping menilai prestasinya berdasarkan keperluan sistem grid di Malaysia.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen TNBR dalam memperkukuh kepakaran teknologi bagi menyokong agenda peralihan tenaga TNB dan keperluan sistem tenaga masa hadapan.

Anak syarikat TNBR, TNB LABS Sdn. Bhd. melangkah setapak ke hadapan menerusi pemeteraian Surat Lantikan (LOA) bersama He...
13/10/2026

Anak syarikat TNBR, TNB LABS Sdn. Bhd. melangkah setapak ke hadapan menerusi pemeteraian Surat Lantikan (LOA) bersama Helios Solar Park Sdn. Bhd. bagi perkhidmatan perundingan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Impak Sosial (SIA) untuk cadangan pembangunan Ladang Solar Helios dan Rizab Konservasi Safari di Gua Musang, Kelantan.

Projek berkapasiti solar sehingga 1,000 MWp bersama Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) 1,600 MWh ini mencerminkan kepercayaan industri terhadap kepakaran teknikal Kumpulan TNBR dalam menyokong peralihan tenaga negara dan pembangunan lestari.

TNB Research berbesar hati menerima kunjungan delegasi dairpada International Electric Research Exchange (IERE) yang dik...
08/10/2026

TNB Research berbesar hati menerima kunjungan delegasi dairpada International Electric Research Exchange (IERE) yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Shimota Akiro.

Selain berpeluang bertukar pandangan mengenai perkembangan teknologi tenaga serta potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan delegasi turut melawat fasiliti makmal TNBR bagi mendapatkan pendedahan mengenai kepakaran teknikal yang dimiliki.

Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh hubungan strategik serta membuka ruang kepada kolaborasi penyelidikan antara TNBR dan IERE.

05/10/2026

Bagaimana kita boleh membantu memulihkan ekosistem laut?

Melalui inisiatif pemuliharaan marin, TNB Research meneroka usaha pemulihan terumbu karang dan pemeliharaan biodiversiti marin bagi menyokong ekosistem yang lebih sihat dan berdaya tahan.

Daripada memulihkan terumbu karang, kepada memberi ruang kepada kehidupan marin untuk terus berkembang, itulah usaha yang sedang diterokai demi kelestarian ekosistem laut.

Video penuh di: https://youtu.be/6RW4o8zp-hA?si=ot_i9xcyKBZWZDEq

18/09/2026

POV: Life in TNBR ⚡️

Safety shoes ✔️
Safety jacket ✔️
Safety helmet ✔️
Tumbler ✔️
Selfie ✔️📸

Just another day at TNBR.

Selamat Hari Malaysia!Raikan kebersamaan, hargai kepelbagaian.
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia!
Raikan kebersamaan, hargai kepelbagaian.

Tahukah anda, TNBR sedang meneroka potensi tenaga daripada sumber angin di Sabah?Melalui kajian ini, TNBR sedang menguku...
11/09/2026

Tahukah anda, TNBR sedang meneroka potensi tenaga daripada sumber angin di Sabah?

Melalui kajian ini, TNBR sedang mengukur dan mengumpul data untuk memahami keadaan angin di kawasan kajian serta melihat sejauh mana sumber ini boleh dimanfaatkan sebagai salah satu pilihan tenaga pada masa hadapan.

Swipe ke tepi untuk tahu lebih lanjut tentang apa yang sedang TNBR usahakan.

Nak tahu apa yang ditemui daripada kajian ini? Stay tuned untuk update seterusnya daripada TNBR!

Pada era 80-an, dunia tenaga sedang melalui fasa penerokaan. Teknologi diuji, idea dicuba dan pelbagai kemungkinan diter...
10/09/2026

Pada era 80-an, dunia tenaga sedang melalui fasa penerokaan. Teknologi diuji, idea dicuba dan pelbagai kemungkinan diterokai.

Ada yang berjaya. Ada yang perlu diperbaiki.
Namun, setiap percubaan membawa kita selangkah lebih dekat kepada hari ini.

TNB terus berkembang — memperkukuh operasi, meningkatkan kecekapan dan meneroka cara baharu untuk menyampaikan tenaga yang lebih mampan, pintar dan berdaya tahan.

Kemudian, pada tahun 1993, TNBR ditubuhkan.

Perjalanan inovasi TNB diteruskan melalui penyelidikan, pembangunan teknologi dan penyelesaian baharu yang menyokong keperluan perniagaan hari ini serta cabaran masa depan.

Daripada makmal kepada operasi.
Daripada idea kepada inovasi.
Daripada inovasi kepada penyelesaian.
Daripada penyelesaian kepada masa depan.

Hari ini, TNBR terus memainkan peranan sebagai rakan strategik TNB dalam meneroka teknologi baharu, menyelesaikan cabaran operasi dan mempercepatkan perjalanan TNB ke arah masa depan tenaga yang lebih bersih dan mampan.

Kerana transformasi bukan sekadar tentang mengejar masa depan.

Ia tentang berani mencuba, berani berubah dan terus menambah baik — demi membina masa depan yang lebih baik.

Dulu kita membayangkan masa depan.
Hari ini, kita menciptanya bersama.

TNBR mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga semangat kemerdekaan menjadi inspi...
30/08/2026

TNBR mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan menjadi inspirasi untuk kita terus mencipta, meneroka dan membawa perubahan demi masa depan yang lebih mampan.

Bersama melangkah ke hadapan, untuk Malaysia yang lebih sejahtera.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

Address

No. 1, Lorong Air Hitam, Kawasan Institusi Penyelidikan Bandar Baru Bangi
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:15
Tuesday 08:30 - 17:15
Wednesday 08:30 - 17:15
Thursday 08:30 - 17:15
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+60389225000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TNB Research Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TNB Research Sdn Bhd:

Share