Kedai Alat Ganti Kenderaan Salam 1

Kedai Alat Ganti Kenderaan Salam 1 DIMIKILI OLEH SALAM 1 SDN BHD
NO SSM:1447236-U

Notis Penutupan❗️Kepada semua pelanggan yang dihargai✨Kedai kami akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada progr...
05/04/2026

Notis Penutupan❗️

Kepada semua pelanggan yang dihargai✨Kedai kami akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada program team building syarikat 🏕️

📅 Tarikh tutup: 6 April – 8 April 2026
📅 Beroperasi semula: 9 April 2026

Segala kesulitan amat kami kesali 🙏
Terima kasih atas sokongan anda semua

Harap maklum.

📢 Pengumuman Penutupan Sementara OperasiUntuk pengetahuan semua pelanggan yang dihargai, sempena Hari Raya Aidiladha, Ke...
06/06/2025

📢 Pengumuman Penutupan Sementara Operasi

Untuk pengetahuan semua pelanggan yang dihargai, sempena Hari Raya Aidiladha, Kedai Alat Ganti Salam 1 akan ditutup sementara bermula pada 7 Jun 2025 (Sabtu) hingga 8 Jun 2025 (Ahad).

Kami akan kembali beroperasi seperti biasa pada 9 Jun 2025 (Isnin).

Sepanjang tempoh ini, segala urusan jualan, servis dan pemasangan akan dihentikan buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada staf kami menyambut Aidiladha bersama keluarga tercinta.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pelanggan Muslim. Semoga ibadah korban kita diterima dan diberkati. 🤲🐄

Terima kasih atas sokongan anda, dan jumpa anda selepas cuti! 🚗✨

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha dari Kedai Alat Ganti Salam 1 🌙Kami seluruh warga kerja Kedai Alat Ganti Salam 1 ingin men...
06/06/2025

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha dari Kedai Alat Ganti Salam 1 🌙

Kami seluruh warga kerja Kedai Alat Ganti Salam 1 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pelanggan setia kami yang sentiasa menyokong kami selama ini.

Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada anda seisi keluarga.

Kepada yang p**ang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya. Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat, cukup rehat sebelum memulakan perjalanan, dan jangan lupa buat semakan tayar, brek, serta minyak hitam.

Terima kasih kerana terus mempercayai perkhidmatan kami.
Ikhlas daripada seluruh warga kerja Kedai Alat Ganti Salam 1.

📢 Jawatan Kosong di Kedai Sparepart Kami!Kami sedang mencari Kerani Akaun & Admin yang berkelayakan untuk menyertai team...
01/06/2025

📢 Jawatan Kosong di Kedai Sparepart Kami!

Kami sedang mencari Kerani Akaun & Admin yang berkelayakan untuk menyertai team kami. Jika anda memenuhi kriteria berikut, jangan lepaskan peluang untuk memohon!

✅ Kriteria yang diperlukan:

Diploma atau Degree dalam bidang Perakaunan atau berkaitan

Pengalaman minimum 1 tahun dalam bidang yang berkaitan

Mahir menggunakan Microsoft Word & Excel (Bonus jika mahir guna SQL)

📩 Hantar resume anda sekarang ke:
📧 [email protected]
atau hubungi:
📞 Puan Aisyah - 017-4077157
📞 Puan Aini - 013-4728520

Jom sertai kami dan berkembang bersama! 🌟

Alhamdulillah, segala urusan menguruskan jenazah arwah Mohd Amirul Bin Ahmad telah berjalan dengan lancar pagi ini.Penge...
30/04/2025

Alhamdulillah, segala urusan menguruskan jenazah arwah Mohd Amirul Bin Ahmad telah berjalan dengan lancar pagi ini.

Pengebumian telah disempurnakan dengan tenang dan penuh doa dari ahli keluarga, sahabat handai serta rakan-rakan sekerja. Kehilangan arwah merupakan satu kehilangan besar buat kami di Salam Tayar & Servis Jitra & Kedai Alat Ganti Salam 1.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebaikan, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan mengirimkan doa serta ucapan takziah.

Al-Fatihah buat arwah Mohd Amirul Bin Ahmad.

29/04/2025

“Dimaklumkan bahawa kedai akan mula beroperasi pada tengah hari, untuk memberi laluan kepada pengebumian arwah Mohd Amirul bin Ahmad, staf Salam Sparepart yang telah kembali ke rahmatullah pada malam semalam.”
Al-Fatihah

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.Salam takziah kepada keluarga arwah staf kami di Salam Sparepart yang telah kembali k...
29/04/2025

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Salam takziah kepada keluarga arwah staf kami di Salam Sparepart yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Pemergiannya satu kehilangan besar buat kami semua.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah.

🌙 Satu Syawal Menjelang Tiba, Takbir Bergema Mengegarkan Jiwa 🎶Sekiranya ada salah dan dosa, ampun dipinta di hari mulia...
31/03/2025

🌙 Satu Syawal Menjelang Tiba, Takbir Bergema Mengegarkan Jiwa 🎶

Sekiranya ada salah dan dosa, ampun dipinta di hari mulia.
Kami di Kedai Alat Ganti Kenderaan Salam 1 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh Muslimin & Muslimat.

🚗 Bagi yang p**ang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang, utamakan keselamatan.

Ikhlas daripada kami,
Kedai Alat Ganti Kenderaan Salam 1💚

.مِنَ الْعَائِدِيْن وَالْفَائِزِيْنSaya, Mohd Khusairi Bin Ibrahim ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Z...
31/03/2025

.مِنَ الْعَائِدِيْن وَالْفَائِزِيْن

Saya, Mohd Khusairi Bin Ibrahim ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelanggan Kedai Alat Ganti Kenderaan Salam 1.

Ramadhan merupakan satu medan perjuangan yang melatih kita erti kesabaran, Syawal p**a bulan untuk meraikan kejayaan kita menahan letih dan penatnya berpuasa.

Semoga ibadah kita semua diterima oleh Allah SWT. Saya memohon maaf seandainya ada kesilapan daripada saya dan juga Kedai Alat Ganti Kenderaan Salam 1 sendiri.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ✨Makluman kepada semua pelanggan Kedai Alat Ganti Kenderaan Salam 1 yang dihormat...
31/03/2025

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ✨
Makluman kepada semua pelanggan Kedai Alat Ganti Kenderaan Salam 1 yang dihormati,

Pada 31/03/2025 (ISNIN) sehingga 02/04/2025 (RABU), Kedai Alat Ganti Kenderaan Salam 1 tidak akan beroperasi selama 3 hari bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri

Kami akan kembali beroperasi pada 04/04/2025 (KHAMIS)
Kami memohon maaf ke atas kesulitan yang dialami.

Salam Ramadhan 1446HRamadhan kembali menjelang, membawa seribu rahmat dan keberkatan. Semoga bulan yang mulia ini menjad...
02/03/2025

Salam Ramadhan 1446H

Ramadhan kembali menjelang, membawa seribu rahmat dan keberkatan. Semoga bulan yang mulia ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan amal, memperkukuh silaturahim, dan mensucikan hati.

Kami di Salam Tayar & Servis ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua pelanggan setia kami. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan, dan ketenangan dalam hidup kita. Mari sama-sama persiapkan hati dan jiwa untuk menyambut bulan yang penuh rahmat ini.

Jaga kesihatan dan semoga ibadah kita diterima. Ramadhan Kareem! 🌙✨

Address

NO1A PUSAT BANDAR BARAT, BANDAR DARULAMAN
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 09:30 - 19:00
Tuesday 09:30 - 19:00
Wednesday 09:30 - 19:00
Thursday 09:30 - 19:00
Friday 09:30 - 18:00
Saturday 09:30 - 19:00
Sunday 09:30 - 19:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Alat Ganti Kenderaan Salam 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share