08/05/2026
Untuk warga Pahang, boleh hubungi BIM Centre UMPSA - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah bagi mendapatkan jadual latihan terkini, aktiviti pensijilan yang berkaitan dan sewaan makmal BIM yang dilengkapi perisian komersial AEC Autodesk bagi tujuan projek pembinaan.
Dengan harga petrol & diesel yang semakin meningkat, kini tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan latihan BIM berkualiti.
Singgah sahaja di Exit Gambang LPT, terus ke UMPSA Gambang dan rasai pengalaman pembelajaran BIM bertaraf industri di Pahang!
Ayuh follow FB page BIM Centre UMPSA untuk maklumat latihan seterusnya dan peluang meningkatkan kompetensi anda dalam BIM dan Digital Construction.
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada BIM Centre UMPSA atas kejayaan menganjurkan program:
CIDB BIM Proficiency Accreditation: BIM Modelling of Architecture
π CDSB UMPSA, MyBIM Satellite Centre Pahang
π
5 β 8 Mei 2026
BIM Centre UMPSA memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem latihan profesional, pembangunan kompetensi industri, serta pemerkasaan bidang Building Information Modelling (BIM) dan Digital Construction di negeri Pahang.
Inisiatif ini mencerminkan peranan UMPSA sebagai universiti teknikal yang komited dalam memacu pemindahan ilmu, peningkatan kemahiran dan pembangunan bakat berasaskan keperluan industri semasa.
Terima kasih CIDB Digital Sdn Bhd (anak syarikat milikan penuh CIDB Malaysia) atas kepercayaan kepada BIM Centre UMPSA sebagai operator satelit myBIM.
Syabas dan tahniah BIM Centre UMPSA.