AutoExpert Penchala

AutoExpert Penchala Pusat servis & pembaikian kenderaan tempatan dan continental milik syarikat bumiputera Lon G Setia Auto Sdn. Bhd. (843474-X)

21/11/2024

Nak tahu tak kenapa tekan brake kereta akan rasa bergegar?!!

19/11/2024

Bateri kunci keyless dah kong?! Korang kelam kabut pintu kereta tak boleh nak bukak, Ikut je cara ni!!

Sampai bila nak biarkan panas?!Kebelakangan ni, banyak betul kereta datang ke bengkel kami sebab isu aircond. Bila kami ...
15/11/2024

Sampai bila nak biarkan panas?!

Kebelakangan ni, banyak betul kereta datang ke bengkel kami sebab isu aircond. Bila kami tanya macam mana boleh tahu pasal bengkel ni, ramai yang kata dari video content TikTok pasal relay aircond. Siapa sangka, video yang nampak simple tu boleh bantu orang cari penyelesaian.

Contohnya, hari ni datang satu kereta Kia Picanto Tahun 2005 dengan masalah aircond tak sejuk langsung. Owner dah cuba macam-macam tukar gas, servis itu ini, tapi tetap sama.

Lepas dengar keluhan pelanggan, mekanik kami pun terus periksa semua sistem aircond dengan teliti.

Akhirnya, punca sebenar ditemui cooling coil bocor, Cooling coil ni sebenarnya komponen penting yang menyejukkan udara sebelum ia keluar dari blower ke dalam kereta. Kalau bocor, gas sejuk akan keluar dan buatkan sistem aircond hilang kecekapan.

Antara punca biasa cooling coil bocor ialah usia komponen, kotoran yang terkumpul, atau kerosakan akibat tekanan yang tak stabil.

Sebab tu penting untuk buat pemeriksaan menyeluruh. Kalau tak periksa betul-betul, memang susah nak jumpa masalah sebenar.

Jadi, kalau korang ada masalah aircond macam ni, jangan tunggu lama-lama. Kadang-kadang, puncanya mungkin lain dari yang disangka.

Kami sedia bantu, dan siapa tahu, mungkin video TikTok seterusnya boleh jadi jawapan untuk masalah kereta korang juga.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.


12/11/2024

Disc brake tengah panas tapi korang simbah air, Boleh ke?!

Brake caliper punya hal!Hari ini ada seorang pelanggan datang ke bengkel membawa kereta jenis Toyota Estima Aeras G 2004...
11/11/2024

Brake caliper punya hal!

Hari ini ada seorang pelanggan datang ke bengkel membawa kereta jenis Toyota Estima Aeras G 2004. Brake kereta jammed melekat dan kereta harus di 'towing' untuk datang ke bengkel.

Mekanik kami segera membuat pemeriksaan. Setelah pemeriksaan dibuat, didapati brake caliper bermasalah, kotor dan sudah rosak!

Brake caliper adalah komponen utama dalam sistem brek cakera yang memegang brake pad dan menekan rotor untuk memperlahankan kenderaan. Ia berfungsi dengan cara menekan piston di dalamnya apabila pedal brake ditekan, menyebabkan brake pad menjepit rotor.

Jika caliper tersumbat dengan kotoran, berkarat, atau piston tersekat, ia akan menyebabkan brake gagal kembali ke posisi asal, lalu brake terasa jammed atau tersangkut.

Piston caliper yang berkarat akan menyukarkan pergerakan piston, menyebabkan brake tersangkut. Selain itu, kotoran atau debu yang terkumpul dalam caliper juga boleh buat brake sukar bergerak.

Kekurangan minyak pelincir pada caliper turut jadi punca pergerakan piston jadi kurang lancar.

Kami nasihatkan, agar korang sentiasa pastikan caliper dibersihkan secara berkala bagi membuang kotoran. Tukar piston atau caliper yang sudah berkarat, dan jangan lupa sapukan minyak pelincir yang berkualiti dan sesuai pada caliper.

Mekanik membuat pembaikan dengan menggantikan caliper yang sudah rosak kepada yang baru. Sistem brake dibersihkan dan disapukan minyak pelincir khas.

Kereta kembali ok dan sistem brake sudah berfungsi seperti biasa.

Pentingnya menggunakan tayar yang sesuai dan ideal dengan rim.Pemasangan tayar mengikut spesifikasi dan saiz rim yang be...
07/11/2024

Pentingnya menggunakan tayar yang sesuai dan ideal dengan rim.

Pemasangan tayar mengikut spesifikasi dan saiz rim yang betul bukan sekadar gaya, ia juga melibatkan soal keselamatan dan prestasi kereta.

Pemasangan tayar yang tidak sesuai dengan rim boleh menyebabkan tayar bengkak, mudah rosak, dan berisiko pecah.

Untuk pilih tayar yang ideal dan sesuai dengan rim, korang dinasihatkan periksa terlebih dahulu kod tayar di sidewall untuk pastikan saiz rim yang serasi. Kalau salah pilih tayar ada risiko bengkak.

Semak juga lebar dan offset rim supaya tayar tak keluar terlalu banyak dari ruang fender. Akhir sekali, uji fit tayar untuk pastikan ia tak bergesel dengan fender atau bahagian dalam kereta semasa belokan. Tayar yang tepat lebih selamat dan stabil.

Kalau korang ada masalah atau perlukan sebarang khidmat nasihat berkaitan tayar, jemput lah datang ke bengkel kami. Kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan servis terbaik untuk korang.

Bengkel kami dekat Sungai Penchala. Jemput lah datang.

Hari ini bengkel kami buka seperti biasa dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang.Jemputlah datang bagi yang memerlukan...
01/11/2024

Hari ini bengkel kami buka seperti biasa dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang.

Jemputlah datang bagi yang memerlukan khidmat kami.

Kami dari AutoExpert Penchala ( Lon G Adn Bhd ) mengucapkan Selamat menyambut Hari Deepavali buat sahabat-sahabat yang m...
31/10/2024

Kami dari AutoExpert Penchala ( Lon G Adn Bhd ) mengucapkan Selamat menyambut Hari Deepavali buat sahabat-sahabat yang meraikannya.

Hari ini bengkel kami tutup sempena hari perayaan ini.

Hari perayaan sudah tiba. Pasti semua orang sudah merancang pelbagai aktiviti sempena cuti panjang ini.Kepada korang yan...
30/10/2024

Hari perayaan sudah tiba. Pasti semua orang sudah merancang pelbagai aktiviti sempena cuti panjang ini.

Kepada korang yang nak berjalan atau balik kampung, kami nasihatkan agar korang sentiasa pastikan korang berada di dalam keadaan yang sihat dan cergas untuk memandu.

Pastikan juga kad touch 'n' Go sudah diisi secukupnya dan yang paling penting kereta berada dalam keadaan terbaik.

Maklumlah, di cuti musim perayaan ni kebiasaannya seluruh jalan akan sesak dan banyak kereta. Kita bimbang kalau kereta buat hal di tengah jalan. Pening kepala dibuatnya!

Kepada yang masih belum memulakan perjalanan, korang masih ada masa untuk datang ke bengkel untuk servis dan buat pemeriksaan kereta.

Jemputlah datang ke Lon G ( Autoexpert Penchala ). Kami sedia memberi servis terbaik untuk kereta korang.

Waktu operasi bengkel.Sebagai makluman, bengkel kami beroperasi enam hari seminggu dan bercuti pada hari Ahad. Bengkel b...
23/10/2024

Waktu operasi bengkel.

Sebagai makluman, bengkel kami beroperasi enam hari seminggu dan bercuti pada hari Ahad. Bengkel buka seawal jam 8.30 pagi dan tutup jam 5.00 petang.

Di sini kami menyediakan servis membaiki kereta, servis enjin, aircond, tayar, dan juga kami menerima kereta konti.

Pendek kata, semuanya ada di sini! Jemput lah datang.

See less

Pernah tak korang rasa kereta anda macam lari ke kiri atau kanan? Ini mungkin sebab alignment tayar tak betul. Alignment...
12/10/2024

Pernah tak korang rasa kereta anda macam lari ke kiri atau kanan? Ini mungkin sebab alignment tayar tak betul. Alignment tayar adalah aspek penting dalam penjagaan kereta yang ramai tak sedar.

Ini tiga sebab kenapa perlu buat alignment tayar :

1. Panjangkan jangka hayat tayar – Dengan alignment yang betul, tayar anda akan haus secara sekata, menjadikannya tahan lebih lama.

2. Pemanduan lebih lancar dan selesa – Kereta akan bergerak lurus tanpa terpesong ke kiri atau kanan, memudahkan kawalan stereng.

3. Penjimatan minyak – Tayar yang selari kurangkan geseran, membolehkan enjin bekerja lebih efisien dan menjimatkan petrol.

Jika abaikan alignment, tiga masalah utama yang boleh berlaku:

1. Tayar cepat haus – Tayar jadi tak sekata dan perlu ditukar lebih kerap.

2. Kesukaran mengawal kereta – Kereta terasa 'lari' dari arah asal, menjadikan pemanduan tak selesa dan bahaya.

3. Penggunaan petrol lebih tinggi – Enjin terpaksa bekerja lebih kuat, meningkatkan kos minyak.

Korang diisarankan untuk buat alignment setiap 6 bulan, atau selepas tukar tayar baru, supaya kereta sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Korang boleh datang ke bengkel kami untuk dapatkan khidmat nasihat dan servis alighment tayar.

Jemput datang ya.

" Bengkel kat mana tu? "Alaaaaaa... senang je nak cari. Bengkel kami berada betul-betul di susur keluar dari Penchala Li...
05/10/2024

" Bengkel kat mana tu? "

Alaaaaaa... senang je nak cari. Bengkel kami berada betul-betul di susur keluar dari Penchala Link ke Kampung Sungai Penchala. Bergahadapan dengan GGR Motor dan hanya beberapa meter dari simpang masjid Sungai Penchala.

Kami menyediakan perkhidmatan membaiki yang lengkap meliputi baiki enjin, servis, aircond dan juga tayar. Kalau dah baiki kereta kat sini, tak perlu baiki ke tempat lain untuk kerosakan yang berbeza. Kerana kat sini semuanya ada.

Kami menerima semua jenis kereta termasuk kereta konti.

Kawasan kat sini juga sangat meriah dengan pelbagai kedai makan dan kedai tepi jalan yang jual macam-macam makanan.

Kalau korang datang baiki kereta kat bengkel kami, memang seronok dan tak bosan.

Bengkel kami buka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Hari Ahad cuti.

Bagi anda yang memerlukan khidmat pembaikan, jemputlah datang ke sini.

Address

Lot 3048 Jalan Datuk Sulaiman, Off Kg Sungai Penchala Ttdi
Damansara New Village
60000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00
Saturday 08:30 - 17:00

Telephone

+60199511207

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AutoExpert Penchala posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AutoExpert Penchala:

Share