06/05/2026
Alhamdulillah, hari ni Vectolabs dapat peluang untuk menyertai Perbincangan Kumpulan Fokus yang dianjurkan oleh Jabatan Standard Malaysia satu sesi yang memang bermakna untuk kami.
Perbincangan ni berkaitan dengan dokumen Annex untuk standard Malaysia yang bakal dikeluarkan tak lama lagi, berasaskan standard antarabangsa ISO/IEC 24039. Malaysia akan guna pakai standard ni sepenuhnya, tapi dengan tambahan Annex khusus β iaitu senarai semak keperluan perolehan untuk PBT-PBT kita.
Senarai semak ni merangkumi tiga bidang utama:
π¦ Lampu isyarat pintar
π‘ Lampu jalan pintar
π· Sistem CCTV
Tujuannya mudah β nak bantu PBT buat keputusan perolehan yang lebih tersusun, telus, dan berkualiti. Salah satu aspirasi besar kita dalam membina bandar raya pintar ialah meruntuhkan "silo" β di mana semua pihak boleh bekerjasama dengan lebih baik di bawah satu bahasa yang sama.
Sesi ni disertai oleh MSCA - Malaysia Smart City Alliance Association, Kementerian Kerja Raya MalaysiaPuPusat Perancangan Bandar Pintar, PLANMalaysia, Malaysia Digital Economy Corporation,Sarawak Multimedia Authority, pelbagai PBT, dan syarikat-syarikat teknologi. Perbincangan yang produktif, dan kami optimis ini akan memberi kesan positif kepada pembangunan bandar pintar negara kita.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga usaha ni memberi manfaat buat rakyat Malaysia seluruhnya. π²πΎ