Straits Technics Sdn Bhd

Straits Technics Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Straits Technics Sdn Bhd, Engineering service, No 22A Lorong Perda Utama 6, Bandar Perda, Pulau Pinang, Bukit Mertajam.

STRAITS TECHNICS SDN BHD (82763-P) , STSB has further reinforced its vision and mission to become a leading contractor in the country specializing in mechanical and electrical systems.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447HPihak [Straits Technics Sdn Bhd] ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladh...
26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H

Pihak [Straits Technics Sdn Bhd] ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pelanggan, rakan niaga, dan warga kerja yang diraikan.

Hari Raya Haji dirayakan untuk memperingati tindakan pengorbanan yang dilakukan pada Hari Raya Aidiladha berfungsi sebagai peringatan kisah kesediaan Nabi Ibrahim a.s. untuk mengorbankan anak lelakinya, Nabi Ismail a.s., sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT. Menurut sejarah Islam, Ibrahim menerima perintah ilahi untuk mengorbankan anaknya yang dikasihi, Nabi Ismail a.s. Sebagai bukti kesetiaan dan ketaatannya, Nabi Ibrahim a.s. bersedia melaksanakan pengorbanan tersebut.

Selain itu, pada Hari Raya Aidiladha juga dirayakan untuk memperingati ziarah umat Islam yang dikenali sebagai Hajj dan untuk merenungkan perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Mekah. Menurut rukun Islam yang kelima, semua umat Islam yang mampu dan berkemampuan kewangan diwajibkan untuk menjalankan ibadah haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.

Sambutlah Hari Raya Aidiladha dengan penuh kesyukuran dan rasa syukur kepada Allah SWT. Terima kasih atas sokongan berterusan anda. Semoga kita semua terus maju bersama dalam suasana harmoni dan sejahtera.

Salam Aidiladha,
Ikhlas daripada
[Straits Technics Sdn Bhd]

PEMASANGAN ELEKTRIK BAGI PEMBINAAN DEWAN BESAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK, NILA...
25/05/2026

PEMASANGAN ELEKTRIK BAGI PEMBINAAN DEWAN BESAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN

(STSB) telah dianugerahkan kontrak kerja pemasangan elektrik bagi projek pembinaan Dewan Besar (IPG) di Nilai, Negeri Sembilan.

Pada 22 Mei 2026 yang lalu, pasukan projek Dewan (IPG) telah menjalankan kerja-kerja pemetaan utiliti bagi kabel voltan sederhana di tapak projek.

Kerja-kerja Pemetaan Utiliti bagi Kabel Voltan Sederhana dijalankan bagi mengenal pasti lokasi kabel sedia ada serta menentukan titik yang sesuai untuk kerja pemotongan dan penyambungan (cut & joint) dengan selamat dan terancang.

Gambar di bawah diambil ketika staf (STSB) daripada pasukan projek Dewan (IPG) sedang menjalankan kerja-kerja pemetaan utiliti bagi kabel voltan sederhana di tapak projek Dewan (IPG), Nilai, Negeri Sembilan pada 22.05.2026.

PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAN DEWAN BESAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK, NILAI...
21/05/2026

PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAN DEWAN BESAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN

(STSB) telah dianugerahi dengan kontrak kerja pemasangan elektrik untuk pembinaan dewan besar (IPG) di Nilai, Negeri Sembilan.

Pada 21 Mei 2026 hari ini, telah melakukan kerja-kerja menanam paip HDPE PN10 bagi sistem kabel bawah tanah di tapak projek. Paip HDPE PN10 adalah bahagian penting dalam infrastruktur moden dan mempunyai banyak aplikasi dalam pelbagai industri. Ia digunakan secara meluas dalam pembinaan, pertanian, perlombongan, dan pengangkutan untuk kekuatan dan ketahanannya.

Gambar dibawah diambil ketika proses pemasangan Paip HDPE PN10 sedang dijalankan di tapak projek (IPG) Nilai.

PROGRAM PENSIJILAN PROFESSIONAL ISO 37001:2025 (ABMS)Selaras dengan keputusan dan arahan semasa Kementerian Kewangan (M*...
20/05/2026

PROGRAM PENSIJILAN PROFESSIONAL ISO 37001:2025 (ABMS)

Selaras dengan keputusan dan arahan semasa Kementerian Kewangan (M*F) melalui Pekeliling CIDB Bil. 1/2025, Pensijilan Anti-Bribery Management System (ABMS) menjadi keperluan WAJIB bagi permohonan baharu dan pendaftaran semula Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) bermula Januari 2027.

Pada 20 April 2025 yang lepas, pihak (STSB) telah menghantar dua orang wakil iaitu En. Mohammad Amirul Bin Nazeri dan Muhammad Ariff Bin Azenan untuk menghadiri kursus ini. Kursus akan berlangsung selama 7 sesi bermula pada 20 April 2026 dan dijangka habis pada 30 Jun 2026. Kursus ini di jalankan oleh pihak Sirim Academy Sdn Bhd bertempat di Master Builder Association Malaysia.

Pemilikan pensijilan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah MS ISO 37001:2025 adalah suatu keperluan mandatori bagi semua kontraktor G7, dan kegagalan untuk mematuhi peruntukan ini menyebabkan kontraktor tidak layak untuk membuat permohonan baharu dan pendaftaran semula Sijil Perolehan Kerja Kerajaaan (SPKK).

Gambar dibawah diambil ketika kursus tersebut sedang dijalankan di bilik seminar bertempat di di Master Builder Association Malaysia.

PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAN DEWAN BESAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK, NILAI...
14/05/2026

PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAN DEWAN BESAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN

(STSB) telah dianugerahi dengan kontrak kerja pemasangan elektrik untuk pembinaan dewan besar (IPG) di Nilai, Negeri Sembilan.

Pada 14 Mei 2026 hari ini, telah dijalankan Pemeriksaan Architectural Quality Performance Index (AQPI) oleh HODT Arkitek, En. Mohammad Rasydan Bin Noh (Arkitek Kanan), En Hasnisham Bin Abu Hassan, Cik Haliyatunnufus Binti Husman dan Pn. Rubiatun Binti Ahmad. Lawatan ini telah diadakan pada sesi pagi di tapak bina projek.

Gambar dibawah diambil ketika pemeriksaan dijalankan di tapak bina projek bagi sesi pagi dijalankan di tapak bina projek (IPG) Nilai pada 14.05.2026 yang lalu.

PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAN DEWAN BESAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK, NILAI...
08/05/2026

PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAN DEWAN BESAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN

(STSB) telah dianugerahi dengan kontrak kerja pemasangan elektrik untuk pembinaan dewan besar (IPG) di Nilai, Negeri Sembilan.

Pada 06 Mei 2026 baru-baru ini, (STSB) telah menghantar dua orang wakil untuk ke Factory Acceptance Test (FAT) iaitu En. Muhammad Yasir & En. Muhd Ariff. Ianya telah dijalankan di Sime UMW Bhd pada pukul 9 pagi.

Aktiviti (FAT) ini merupakan satu keperluan kontrak bagi menguji peralatan sebelum menghantar alat ubah ini ke tapak projek. Aktiviti ini dijalankan bersama wakil daripada (JKR) Elektrik Negeri Sembilan.

Gambar dibawah diambil ketika proses factory acceptance test (FAT) sedang dijalankan di Sime UMW Bhd pada 06.05.2026 yang lepas.

JAMUAN RAMAH TAMAH AIDILFITRI (STSB) TAHUN 2026 (1447H) 🌙✨Pada 8 April 2026 yang lepas – Straits Technics Sdn Bhd (STSB)...
11/04/2026

JAMUAN RAMAH TAMAH AIDILFITRI (STSB) TAHUN 2026 (1447H) 🌙✨

Pada 8 April 2026 yang lepas – Straits Technics Sdn Bhd (STSB) telah mengada Majlis Jamuan Ramah Tamah Aidilfitri. (STSB) ingin menghidupkan budaya mengadakan rumah terbuka bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan masyaraka.

Antara tetamu jamuan Hari Raya ini dihadiri oleh warga tenaga kerja (STSB), turut menerima kehadiran pembekal, kontraktor dan pihak pelanggan yang mempunyai hubungan kerjasama strategik berkaitan urusan perniagaan. Majlis jamuan ini bermula pada 12:30 tenggahhari dan diakhiri pada jam 4:30 petang hari tersebut.

Pihak kami berharap agar hubungan profesional ini dapat diteruskan dan berkembang dengan lebih erat pada masa hadapan.

Alhamdullilah dan ribuan terima kasih kepada kakitangan (STSB) dalam menjayakan majlis ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 🌙✨Pihak [Straits Technics Sdn Bhd] ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada se...
20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 🌙✨

Pihak [Straits Technics Sdn Bhd] ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan, rakan niaga, dan warga kerja yang diraikan.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kegembiraan, dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua. Di kesempatan ini, kami juga ingin memohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda. Semoga kita semua terus maju bersama dalam suasana harmoni dan sejahtera.

Salam Aidilfitri,
Ikhlas daripada
[Straits Technics Sdn Bhd]

MENITI DETIK AKHIR PEMERGIAN BULAN RAMADAN 1447HPada tanggal 18 Mac 2026 bersamaan 28 Ramadan 1447H, pihak (STSB) telah ...
18/03/2026

MENITI DETIK AKHIR PEMERGIAN BULAN RAMADAN 1447H

Pada tanggal 18 Mac 2026 bersamaan 28 Ramadan 1447H, pihak (STSB) telah menyumbang perkakasan lampu jenis pemasangan syiling kepada Masjid Alwi , Kangar Perlis. Perkakasan ini dapat digantikan di ruang solat utama masjid bagi memberi pencahayaan yang lebih terang. Sumbangan ini yang dilaksanakan pada hari- hari terakhir bulan Ramadan diharap dapat diterima dan diberkati oleh Allah swt. Sumbangan disampaikan oleh Muhamad Yasir Bin Ribuang, selaku Jurutera Projek bersama En Atiq bin Mazli Setiausaha Kerja
Jawatankuasa Masjid Alwi, Kangar.

PERKHIDMATAN BUMIPUTERA TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) BAGI SKOP KERJA SAVR & SERBIS DI NEGERI PULAU PINANG.(STSB) telah d...
13/03/2026

PERKHIDMATAN BUMIPUTERA TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) BAGI SKOP KERJA SAVR & SERBIS DI NEGERI PULAU PINANG.

(STSB) telah dianugerahi dengan kontrak kerja bumiputera (KKB) bagi skop savr & serbis di negeri Pulau Pinang.

Pada 29 Januari 2026 yang lepas, kumpulan projek SAVR telah menjalankan kerja-kerja merentang kabel 1x16 sebanyak 1 span. Selain itu, mereka turut memasang IPC sebanyak 5 biji dan merombak tiang berketinggian 9M. Dalam proses menyiapkan kerja-kerja ini, mereka memerlukan tower wagon dan auger crane sahaja.

Gambar dibawah diambil ketika kerja-kerja merentang kabel, memasang IPC dan merombak tiang sedang dijalankan di Lorong Sutera Prima pada 29 Januari 2026 yang lepas.

Address

No 22A Lorong Perda Utama 6, Bandar Perda, Pulau Pinang
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Straits Technics Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share