09/04/2026
CUACA PANAS 🌤️ vs PENGHAWA DINGIN (aircond)
🗣️Saya dah set suhu rendah, tapi tak rasa sejuk.
Abang2,akak2.. sekarang kita sedang berhadapan dengan cuaca panas yang terik walaupun aircond di set pada suhu 16°C. Ini kerana dalam cuaca yang panas, compressor & condenser perlu berkerja lebih keras untuk turunkan suhu dari 30 –35°C (suhu cuaca) ke 16°C. Kalau kita set suhu 16°C, suhu udara yang keluar mungkin 22–25°C bergantung pada cuaca panas di luar serta keadaan aircond.
Aircond takkan keluar udara sama seperti yang kita set dalam cuaca panas sebab sistem ada limit tekanan dan kecekapan dia sendiri. Selain itu, setting yang terlalu rendah juga boleh menyebabkan compressor overload dan bil elektrik jadi tinggi.