06/05/2025
PATUT LA LOAN X LEPAS🥲PASAL NI JE PUN
Untuk membeli kenderaan, umumnya pihak pembeli akan mohon pembiayaan dengan bank. Jarang saya lihat (hampir Tiada) pihak syarikat yang membeli lori dengan dengan bayaran tunai walau akaun syarikat mampu (mungkin utk jaga cash flow etc.)
Jadi, ada b*k ciri profile akaun syarikat yg sy lihat. Cuma, ada 1 jenis yang agak susah nak dapat loan. Walau nampak remeh, kalau tak jaga perkara ni, bank x berani nak bagi loan. Walau duit berjuta dlm syarikat😵.
Ccris. Ya. Central Credit Reference Information System. Saya ringkaskan shj lah ya. Ccris ni rekod bayaran kita setiap bulan. On time atau tak on time. Kalau banyak yang yang tak on time, bank tak berani lepaskan loan. Duit ada tapi s**a Bayar lewat, Haa walau nampak remeh boleh beri kesan besar dekat profile kita😬
Saya cuba tolong customer yang ada ccris problem. Saya xtahu. Bankers akan checkkan. Mereka ada system. Sebenarnya kita sendiri boleh check di online. Mungkin kena bayar sikit lah. Saya tetap tolong juga submit di Mana2 bankers (dari bank hingga syarikat kredit). Tapi hanya sebab ccris, sampai kan syarikat kredit pun xdapat nak tolong. Tapi boleh try submit shj, mereka akan klasifikasikan severitiy case anda. Atas budi bicara juga lah. Kalau lepas, rezeki. Kalau tak lepas, kena cuba pakai profile syarikat lain pula😀
Jadi, ada yang nak saya tolong submit?😀