Polyurethane foam (PU) adalah kombinasi 2 bahan iaitu Voracor CY3129 Polyol (yang telah dicampurkan dengan gas 114b) dan Voracor CD345 Isocynate. Ketumpatan PU adalah bergantung kepada nisbah campuran. Kekonduksian terma (thermal conductivity, k-value) adalah bergantung kepada ketumpatan bahan. Semakin tumpat bahan, k-value akan menjadi semakin tinggi yang akan menyebabkan bahan ini tidak menjadi
penebat haba yang bagus.Nilai k-value seharusnya diantara 0.0200W/m.K- 0.0290W/m.K
PU digunakan sebagai bahan penebat haba untuk mencegah masalah kondensasi daripada berlaku dengan mengawal suhu permukaan (surface temperature) dinding mahupan concrete slab supaya lebih tinggi berbanding takat embun (dew point). Dew point adalah nilai suhu tertentu dimana wap udara bertukar menjadi air. Penggunaan PU akan mengurangkan perpindahan haba dari luar (suhu panas) kepada dalam bangunan (suhu sejuk) yang menggunakan penghawa dingin selama 24jam. Produk ini boleh digunakan di bangunan hospital, klinik kesihatan, lantai computer, bilik kawalan, bumbung, apartmen dan kondominium, atau mana-mana bilik yang menggunakan penghawa dingin selama 24jam. Penggunaan PU juga akan menjimatkan penggunaan elektrik bagi penghawa dingin dengan mengurangkan perpindahan haba panas dari luar dan bilik sentiasa dalam keadaan sejuk. Projek Terkini EX FOAM INSULATION SDN BHD :
1. Hospital Bentong Pakej 2,
2. CRC General Hosp. Sarawak,
3. Tawau Hospital