20/11/2022
*REZEKI TAK SALAH ALAMAT*
Manusia tak pernah tahu dimana dia harus menjemput rezekinya. Tapi, rezekinya pasti tahu dimana pemiliknya.
*Rezeki tak pernah salah alamat*! Cuma kita saja yang tak sabar. Semua benda nak cepat. Bersabarlah. Rezeki akan tiba bila-bila masa. Tanpa di sangka.
Kalau dah tertulis itu rezeki kita, dihempap gunung pun akan tetap jatuh ke tangan kita. Kalau dah bukan rezeki kita, dah masuk mulut pun boleh jatuh ke tanah jua.
Ia sudah diatur untuk semua penerimanya. Hanya waktu sahaja berbeza. Ada orang dapat sambung belajar tinggi. Ada yg dapat kerja cepat.
Ada juga yg berkahwin awal. Ada yg dapat bawa orang tua pergi umrah dan haji. Rezeki masing-masing. Tak pernah lambat dan tak pernah cepat. Oleh itu, janganlah cepat putus asa.
Semuanya sudah di atur oleh Allah. Tak akan berpindah, tak akan kurang dan tak akan terlebih. Tugas kita hanya berikhtiar menjemputnya.
Serta bersyukur atas apa yang telah kita perolehi. Sesungguhnya jika rezeki datang kerana kerja keras, seharusnya orang paling kaya adalah kuli bangunan.
Jika rezeki datang kerana panjangnya waktu kerja, seharusnya *warung kopi 24* jam boleh mengalahkan McDonald dan KFC.
Jika rezeki datang kerana kepintaran, semestinya pensyarah *pensyarah* sudah menjadi jutawan.
Jika rezeki datang kerana pangkat, seharusnya para *presiden dan raja* berada diurutan teratas dari senarai 100 orang terkaya di dunia.
Rezeki itu bukan apa yang kamu dapat apabila kamu nak. Tapi sesuatu yang dianugerahkan Tuhan. Maka bersyukur dan bersabarlah. Masa kamu akan tiba.
Kesimpulannya, mulai sekarang, bersyukur dan bersabarlah dgn rezeki yg kita perolehi. Jika berat, ingat Allah takpernah mengkhianati hambaNya.
Assalammualaikum & Salam pehujung Ahad semua.