Caliphgrouptechnology.com.my

  • Home
  • Caliphgrouptechnology.com.my

Caliphgrouptechnology.com.my " Educating The People Of Tomorrow "

Layari laman sesawang kami di:

www.caliphgrouptechnology.com.my

@

www.cgtpetroleum.com.my

Or Call : 017-3626610

We at CGT offer to our students piping design course. Piping Engineering is an application of Mechanical Engineering principles, which deals with Design, Analysis, Installation, Testing, Commissioning and Maintenance of Piping System. Industrially, all piping activities are performed with the compliance and guidelines of International and Industrial Codes & Standards as well as the laws and regula

tions of respective local authority. Piping design Course offered by CGT help students to cover all the topics which a piping designer need. This course enhance the over all skill of a piping designer and make him compatible with the latest Market trends.. CGT team develops the training programs based on the practical consulting and site construction expertise that has been built up over the years in various specialist areas. We set out to teach top-quality engineering skills training courses and we have achieved this-we constantly strive to make them as good as it’s possible to – but over the years we have also refined our methods, adding several enhancements to the construction stages of course description, design of the courses and assessment. We believe that these are important to our training participants; it’s easy to see what the courses consist of, what value they will gain from attending them and how they can apply their new knowledge and skills in their workplace in a structured, evidence-rich way.

30 STESEN MINYAK PETRONAS BEROPERASI DI BRAZIL DALAM  TEMPOH SETAHUN. --------------------------Petronas semakin kukuh m...
24/09/2025

30 STESEN MINYAK PETRONAS BEROPERASI DI BRAZIL DALAM TEMPOH SETAHUN.
--------------------------
Petronas semakin kukuh melebarkan sayapnya di pasaran antarabangsa apabila dalam tempoh kurang setahun, lebih 30 stesen minyak berjenama Petronas telah beroperasi di Brazil. Bermula dengan hanya tiga buah stesen pada Ogos 2024, kini rangkaiannya telah berkembang pesat meliputi sembilan negeri utama termasuk São Paulo, Brasília, Rio Grande do Sul, Minas Gerais, Santa Catarina dan Mato Grosso.

Menurut penganalisis industri, perkembangan ini adalah sebahagian strategi jangka panjang Petronas untuk menembusi pasaran tenaga runcit terbesar di Amerika Latin. Pasaran Brazil yang mempunyai lebih 200 juta penduduk dan kadar penggunaan bahan api yang tinggi dilihat sebagai medan penting untuk pertumbuhan luar negara syarikat minyak nasional itu.

Strategi Pelesenan Jenama
-------------------------
Langkah Petronas menembusi Brazil menggunakan kaedah pelesenan jenama bersama syarikat SIM Distribuidora dianggap lebih bijak dan kurang berisiko berbanding menubuhkan operasi sendiri. Melalui kaedah ini, pengendali tempatan menguruskan operasi harian serta kewangan, namun jenama dan formula bahan api kekal di bawah Petronas. Strategi ini membolehkan Petronas mengurangkan kos permulaan dan risiko operasi, tetapi pada masa sama memperkukuh nama jenama di pasaran.

Persaingan Sengit Pasaran
--------------------------
Pasaran runcit tenaga Brazil dikuasai oleh pemain swasta besar seperti Vibra Energia (bekas cabang runcit Petrobras) dan Ipiranga. Model perniagaan di negara itu banyak bergantung kepada pemilikan tempatan serta rangkaian pengedaran komersial, bukan dikendalikan terus oleh kerajaan. Ini menjadikan persaingan amat sengit, terutama dari aspek harga bahan api yang sentiasa berubah.

Pada Jun 2025, sebagai contoh, Petrobras menurunkan harga borong gasoline kepada pengedar sebanyak 5.6 peratus, iaitu purata 2.85 reais seliter. Namun harga di pam pengguna akhir masih dipengaruhi faktor lain seperti cukai, margin pengedar, kos logistik dan campuran etanol semula jadi yang diwajibkan kerajaan Brazil. Keadaan ini menuntut strategi teliti bagi memastikan stesen minyak Petronas terus kompetitif di pasaran.

Sasaran Jangka Panjang
-----------------------
Secara rasmi, Petronas mengesahkan lebih 30 stesen minyak berjenama sudah pun beroperasi. Namun laporan media tempatan mendedahkan syarikat itu bercita-cita membina sehingga 1,000 stesen minyak dalam jangka panjang, satu sasaran yang dilihat mampu mengubah landskap pasaran tenaga Brazil sekiranya berjaya dicapai.

Penganalisis percaya langkah agresif Petronas ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan syarikat di peringkat global, malah berpotensi memberi pulangan ekonomi jangka panjang kepada Malaysia melalui pengukuhan jenama serta keuntungan antarabangsa.

TAHNIAH PETRONAS!!!

Address

Caliph Group Technology

43000,

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Caliphgrouptechnology.com.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Caliphgrouptechnology.com.my:

  • Want your business to be the top-listed Equipment Service?

Share