Kelab Teknologi Elektrik FPTV

Kelab Teknologi Elektrik FPTV Kelab Teknologi Elektrik FPTV, UTHM

29/01/2024
WEBINAR : "BUSINESS IN ELECTRICAL"Assalamualaikum dan salam sejahtera.Telah berlangsung satu program WEBINAR : "BUSINESS...
22/06/2023

WEBINAR : "BUSINESS IN ELECTRICAL"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Telah berlangsung satu program WEBINAR : "BUSINESS IN ELECTRICAL" yang dianjurkan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional pada 18 Jun 2023. Seorang usahawan mahir telah dijemput sebagai panel pembicara bagi memberi perkongsian iaitu Encik Muhammad Afiq Hakimi bin Isnawi dari Awi Construction. Program ini telah berjalan lancar dengan penyertaan dari 109 orang peserta bagi menjayakan program tersebut.






WEBINAR : JURUELEKTRIK KOMPETEN BERJAYAAssalamualaikum dan salam sejahtera.Telah berlangsung satu program WEBINAR : JURU...
02/02/2023

WEBINAR : JURUELEKTRIK KOMPETEN BERJAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Telah berlangsung satu program WEBINAR : JURUELEKTRIK KOMPETEN BERJAYA yang dianjurkan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional pada 30 Januari 2023. Dua orang panel telah dijemput bagi memberi perkongsian iaitu dari pihak Suruhanjaya Tenaga (Encik Azlan bin Ramli) dan dari pihak MBOT (Ir. Ts. Dr. Ahmad Azlan bin Ab Aziz). Program telah berjalan lancar dengan penyertaan dari 135 orang peserta bagi menjayakan program tersebut.






WEBINAR : JURUELEKTRIK KOMPETEN BERJAYAAssalamualaikum dan salam sejahtera.YBhg Prof/Dr/Tuan/Puan,Adalah dimaklumkan bah...
30/01/2023

WEBINAR : JURUELEKTRIK KOMPETEN BERJAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg Prof/Dr/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa subjek BBJ10603 Professional Practices, Universiti Tun Hussein Onn dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional akan menganjurkan Webinar Juruelektrik Kompeten Berjaya.

Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih lanjut tentang kriteria-kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang juruelektrik yang mashur di mata dunia agar dapat membantu pelajar mempraktikkan dalam kehidupan mereka khususnya pelajar elektrik.

Butiran lanjut tentang program ini adalah seperti berikut :

*Tarikh : 30 Januari 2023*
*Masa : 9:00 am hingga 1:00pm*
*Tempat : Secara atas talian (Platform Google Meet)*
*Link : https://meet.google.com/csy-uzkn-buv*

Sekiranya pihak YBhg Prof/Dr/Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami :

Saudara Aiman Aizat : 0136585337
Saudari Amilla Amira : 01140180289

  Lawatan Pelajar Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik (BBJ) ke Hospital Universiti Islam Malaysia. Si...
30/01/2023

Lawatan Pelajar Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik (BBJ) ke Hospital Universiti Islam Malaysia. Sistem elektrik hospital ini dikawal selia oleh Peninsular Medical Sdn Bhd (PenMedic) di bawah Jabatan Perkhidmatan Bio-Medikal, Kejuruteraan dan Penyelenggaraan, dibantu oleh PAKAR Engineering Sdn Bhd. Pelajar bukan sahaja didedahkan kepada generator backup system, tetapi juga diberi peluang untuk melihat sistem elektrik lain yang ada dalam skop Jabatan tersebut seperti main intake 11kV switchboard, transformer, LV panel, UPS, motor, chiller dan BMS.




  Lawatan Pelajar Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik (BBJ) ke Stesen Janakuasa Tanjung Bin. Stesen j...
30/01/2023

Lawatan Pelajar Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik (BBJ) ke Stesen Janakuasa Tanjung Bin. Stesen janakuasa ini dikawal selia oleh Tanjung Bin Energy (TBE) dengan kerjasama syarikat Malakoff dan MMC Group. Pelajar bukan sahaja didedahkan kepada sistem janakuasa, tetapi juga diberi peluang untuk melihat proses janakuasa yang ada di stesen tersebut.




  Program TVET@UNITY Fasa 2 ini adalah sambungan daripada Fasa 1. Fasa 2 ini dilaksanakan di Parit Hj. Sirat, Parit Sulo...
30/01/2023

Program TVET@UNITY Fasa 2 ini adalah sambungan daripada Fasa 1. Fasa 2 ini dilaksanakan di Parit Hj. Sirat, Parit Sulong di bawah program Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik (BBJ) dan di bawah subjek Penyelenggaraan Sistem Elektrik Bangunan (BBJ 20705) melibatkan tujuh orang staf iaitu Dr. Khairul Rijal Bin Wagiman (Penyelaras), Prof. Madya Ts. Dr. Alias bin Masek, Prof. Madya Dr. Mohamad Zaid Bin Mustafa, Ts. Mohd Hairwan Bin Md Nor, En. Mohd Faiz Bin Md Adnan, En. Mohamad Rafi Bin Rahhim dan En. Mohmad Syah Hafiz Bin Masrol dan 46 orang pelajar. Fasa ini dibahagikan kepada dua tugas utama iaitu (1) pemeriksaan dan (2) pembaikan sistem pendawaian elektrik. Bagi tugas pemeriksaan, tiga buah surau dan 100 buah rumah terlibat. Pemeriksaan ini melibat pegujian RCCB dan sistem pembumian dan pemeriksaan keseluruhan sistem pendawaian. Manakala, bagi tugas pembaikan, enam buah rumah terlibat dengan pembaikan sistem pembumian (penambahan copper rod) dan penukaran seperti distribution board (DB), suis, conduit, soket, kabel, kipas.




  Program ‘University for Society@ Keluarga Malaysia atau UNiTY  yang  diadakan bagi menyokong amanat Menteri Pengajian ...
30/01/2023

Program ‘University for Society@ Keluarga Malaysia atau UNiTY yang diadakan bagi menyokong amanat Menteri Pengajian Tinggi bagi tahun 2022 iaitu “Memperhebat Strategi, Melonjak Kecemerlangan” melalui strategi “Memacu Kesejahteraan Komuniti.”

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat dan dilaksanakan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional telah diamanahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyelaras sekali gus menjayakan program TVET UNITY@Parit Sulong.
Program UNiTY ini memberi fokus kepada bidang kepakaran atau tujahan institut pengajian tinggi (IPT) untuk dimanfaatkan oleh masyarakat setempat berdasarkan kepada pendekatan teknikal dan vokasioanl dalam komuniti social. Program ini dalam membantu komuniti menerusi perkongsian kepakaran teknikal kejuruteraan, khidmat penyelidikan dan sains sosial dalam peningkatan kesejahteraan kehidupan dan sosio ekonomi yang berkaitan dengan Technical and Vocational Education Training (TVET).
Program TVET UNITY@Parit Sulong menyasarkan bantuan teknikal kepada penduduk B40 dan mangsa bencana sekitar Dun Semerah, Dun Sri Medan dan Kampung Bintang, Peserai. Program yang melibatkan tiga fasa bagi September 2022 ini dilaksanakan bertujuan untuk berkongsi dan memindahkan teknologi dan pengetahuan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Pemindahan teknologi dan pengetahuan dibuat melalui pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan yang mengkhususkan kepada bidang TVET dari IPT seperti semi konduktor, penyaman udara dan elektrik. Untuk fasa pertama ini, tiga surau dan dua rumah telah dibaik pulih melibatkan kerja-kerja seperti kemasan pendawaian elektrik, penukaran kipas, penyelenggaraan penyaman udara dan pembaikan soket.




Address

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), , Parit Raja
Batu Pahat
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Teknologi Elektrik FPTV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share