Jurukur Bangi/Kajang/Semenyih

Jurukur Bangi/Kajang/Semenyih Provides professional land surveying, mapping and geomatics related services to the public and private sectors in Malaysia

Kami merupakan freelancer jurukur tanah bertauliah yang menyediakan servis ukur tanah. Kerja ukur yang sering dilakukan merangkumi kerja-kerja seperti carian batu sempadan, tandaan sempadan lot, pecah bahagian lot, dan pelbagai lagi. Kami lebih memilih untuk menjalankan kerja-kerja ukur di hujung minggu agar lebih mudah untuk berjumpa dan berbincang bersama tuan tanah. Sebarang pertanyaan berkaita

n urusan persempadanan lot tanah boleh terus hubungi kami untuk berbincang dan mendapatkan sebutan harga.

Carian serta tandaan sempadan di salah satu lot tanah di kawasan mukim Sepang.p/s: dapatan hasil dari ukuran, binaan sto...
08/03/2025

Carian serta tandaan sempadan di salah satu lot tanah di kawasan mukim Sepang.

p/s: dapatan hasil dari ukuran, binaan stor pemilik lot sedikit melepasi garisan sempadan

Pertelagahan yang berlaku antara kejiranan melalui perjanjian orang terdahulu yang berkiblatkan sumber seperti pokok/lon...
05/03/2025

Pertelagahan yang berlaku antara kejiranan melalui perjanjian orang terdahulu yang berkiblatkan sumber seperti pokok/longkang/parit etc sebagai rujukan garisan sempadan mengakibatkan sebahagian kawasan rumah yang dibina telah melebihi garisan sempadan lot.

p/s: baki bayaran khidmat jurukur tidak dijelaskan selepas kerja-kerja ukuran siap setelah kini hampir setahun tertunggak 😅

Tinjauan bersama beberapa pemilik lot tanah bersama bagi mengenalpasti kedudukan tanda serta garisan sempadan yang telah...
01/03/2025

Tinjauan bersama beberapa pemilik lot tanah bersama bagi mengenalpasti kedudukan tanda serta garisan sempadan yang telah diukur kepada luas bahagian masing-masing.

p/s: kesemua pemilik bersama mencapai kata sepakat untuk membahagi lot mengikut keluasan yang telah dinyatakan di dalam geran tanah.

Sebuah lot tanah yang sekian lama tidak digunakan oleh pemilik kini bakal diusahakan kembali setelah garisan sempadan te...
27/02/2025

Sebuah lot tanah yang sekian lama tidak digunakan oleh pemilik kini bakal diusahakan kembali setelah garisan sempadan telah disahkan oleh jurukur bertauliah.

p/s: Tuan tanah khuatir akan lot yang lama tidak diusahakan akan diceroboh oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Lot tanah berukuran sekitar 2 ekar di kawasan Lenggeng, N9. Pemilik tanah mengalami sedikit keresahan akibat daripada ha...
29/12/2023

Lot tanah berukuran sekitar 2 ekar di kawasan Lenggeng, N9. Pemilik tanah mengalami sedikit keresahan akibat daripada hakisan sungai yang semakin menghakis lot tanah beliau. Sehingga kini kedudukan salah satu tanda sempadan telah pun berada di tengah laluan sungai.

p/s: Jurukur harus menyeberangi anak sungai bagi membuat tandaan sempadan lot.

Cabaran menjalankan kerja-kerja ukur di musim tengkujuh sedikit merumitkan terutama di kawasan berparit dek kerana banya...
24/12/2023

Cabaran menjalankan kerja-kerja ukur di musim tengkujuh sedikit merumitkan terutama di kawasan berparit dek kerana banyak takungan-takungan lopak air serta longkang-longkang yang tersumbat. Pemilik ingin segera mengetahui keberadaan tanda sempadan bagi memudahkan beliau memulakan kerja-kerja memasang pagar rumah serta mendirikan binaan rumah.

p/s: kerja-kerja ukur dikawasan ini mengambil masa 2 hari untuk disiapkan. Lopak-lopak air yang bertakung menyukarkan lagi kerja-kerja carian batu sempadan.

Pemilik tanah ingin membina rumah di atas lot tanah tetapi tidak jelas akan kedudukan serta garisan sempadan. Jurukur Ba...
22/12/2023

Pemilik tanah ingin membina rumah di atas lot tanah tetapi tidak jelas akan kedudukan serta garisan sempadan. Jurukur Bangi/Kajang/Semenyih diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pemilik tanah.

p/s: Anggaran 5 kaki di penghujung lot tanah adalah cerun tinggi terletaknya kedudukan antara dua batu sempadan

Carian serta tandaan batu sempadan rumah yang hilang. Pemilik rumah gusar akan kehadiran khinzir yang sering masuk ke pe...
19/12/2023

Carian serta tandaan batu sempadan rumah yang hilang. Pemilik rumah gusar akan kehadiran khinzir yang sering masuk ke perkarangan lot, beliau berhasrat untuk mendirikan pagar di sekeliling lot bagi membendung haiwan perosak tersebut.

p/s: kawasan yang sering berair berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sistematik sedikit menyukarkan kerja-kerja carian batu sempadan.

Tandaan sempadan lot di kawasan perumahan taman. Sekian lama lot terbiar tidak diusahakan, pemilik lot berhasrat untuk m...
18/12/2023

Tandaan sempadan lot di kawasan perumahan taman. Sekian lama lot terbiar tidak diusahakan, pemilik lot berhasrat untuk membina rumah baru. Carian batu sempadan dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja membangun pagar rumah tidak melepasi garisan sempadan lot.

Kerja-kerja carian batu sempadan di salah satu lot di sekitar kawasan Kampung Kota Raja Bersiong. Wakil tuan tanah yang ...
11/06/2023

Kerja-kerja carian batu sempadan di salah satu lot di sekitar kawasan Kampung Kota Raja Bersiong. Wakil tuan tanah yang sekian lama tidak menguruskan tanah milik bapanya ingin mendapatkan khidmat jurukur tanah bagi memastikan keberadaan batu sempadan di sekitar lot tanah.

p/s: Persekitaran kawasan tanah yang sering berlaku banjir mengakibatkan sesetengah batu sempadan telah ditimbusi tanah. Sedikit hasil bantuan serta informasi daripada orang tempatan berhampiran, terdapat batu sempadan yang masih utuh namun telah tertimbus berjaya dicari gali semula.

Carian & pengesahan sempadan di salah satu kawasan perumahan sekitar Putrajaya. Pemilik rumah ingin mendapatkan kepastia...
10/06/2023

Carian & pengesahan sempadan di salah satu kawasan perumahan sekitar Putrajaya. Pemilik rumah ingin mendapatkan kepastian akan tambahan renovasi rumah yang dilakukan tidak melepasi garisan sempadan lot. Kerja-kerja ukur dilakukan agar permohonan bagi kerja-kerja renovasi rumah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

p/s: Tuan rumah menarik nafas lega kerana tambahan binaan rumah masih berada di dalam lingkungan garisan sempadan. Sebarang binaan di atas lot perlulah dimulai dengan mengenal pasti terlebih dahulu setiap batu/tanda sempadan yang telah disahkan agar tiada sebarang masalah/kerugian kelak.

Address

Seksyen 16
Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jurukur Bangi/Kajang/Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jurukur Bangi/Kajang/Semenyih:

Share